Berasap dapur

Ini my favourite. Di suatu petang Ahad yang membosankan, aku masuk dapur siapkan bahan untuk buat Kuih Tiram ni. Pernah sembang-sembang dengan mak angkat pasal kuih ni. Senang je katanya nak membuatnya. Aku pun google youtube. Ye lah senang je. Resepinye aku ambik kat sini.

  • 500gm tepung
  • 1 biji telur
  • 2 sudu margerin
  • sedikit garam
  • 160ml air
  • *6 sudu tepung jagung
  • *6 sudu minyak

*satukan bahan2 ni, jadi macam krim
yang lain-lain tu uli jadi doh

Tapi aku lupa nak letak telur :D. Lepas sehari baru aku teringat :P. Aku buat sikit je. 1st time, takut tak jadi kan, membazir. Sukatan agak-agak je. Tambah tepung, tambah air, sampai doh tu agak-agak cantik. Pastu buat doh-doh kecil, dapat dalam 5 biji. Untuk doh pertama, aku ikut youtube ni. Tapi jadi tebal. Tak best. Pastu doh yang ke-2 aku ikut cara yang mak angkat ajar. Jadi nipis seperti yang aku nak :). Yeay! Tak de gambar, tengok gambar kat blog mat gebu ni je lah. Kena buat lagi ni bagi jadi cantik macam Mat Gebu buat :). Boleh buat kuih raya kan?