Yang terpilih

Hari ini, 14 Julai 2013 Mr.D terpilih untuk menerima saman. Haishhhh..5 tahun bersama, aku jaga rekod bersih Mr.D, tup-tup kena saman jugak. Seawal pagi jam 9.15 aku keluar dari Shell dekat Balakong ni, ikut jalan no entry. Tiba-tiba ada kereta polis peronda kat tepi suruh aku berhenti. Punya la blur tak terfikir pun akan disaman sebab nak masuk 4 tahun aku kat sini, keluar masuk Shell tu, x de hal pun. Ye lah, itu la yang aku cakap, “terpilih” tu. Padahal masa aku masuk Shell tadi, ada sebiji Avanza baru keluar dari jalan “No entry” tu.

Adala tu kot yang aku buat tak betul, Allah tarik RM50 🙂

Advertisements

1st day

Lebih kurang jam 6 petang di RnR KESAS

Aku: Bang nasi kukus satu

Abg jual nasi: Makan?

Aku: (gelak)

Abg jual nasi: (gelak). Eh silap, nak tanya berapa tadi

 

Amboi bang, jangan dok buat latah no. Tau la first day

Selamat menjalani ibadat puasa. Sama-sama kita berusaha untuk mencapai yang lebih baik dari sebelumnye 🙂

Tersiksa

Aku ni kan, dah nak dekat seminggu tersiksa dek ulcer dalam mulut. Tak pernah la lama macam ni. Ulcer ni kan, boleh buat aku naik angin. Nak marah je. Tadi Uncle tuan rumah call nak datang kutip sewa rumah pun aku rasa nak marah. Tension tau!

Aku google la tips untuk elokkan ulcer ni. Paling famous, garam. Dulu-dulu aku suka letak susu pekat, tapi x jalan. Cuma best la, manis-manis :D. Hmm nak try ke tak eh garam ni. Bersedialah untuk menitiskan air mata. Ataupun terlompat-lompat macam monyet. Ataupun hentak-hentak kaki. Letak garam cepat baik. Kata mereka lah.

Ada juga jumpa tips letak mentega. Mujarab diorang kata. Tak sakit macam letak garam. Malam-malam macam ni, yang ada kat rumah garam dan mentega je la pun..

garam ke mentega, garam ke mentega, garam ke mentega, garam ke mentega, garam ke mentega, garam ke mentega, garam ke mentega, garam ke mentega, garam ke mentega, garam ke mentega, garam ke mentega, garam ke mentega, garam ke mentega, garam ke mentega

Ok, nak g dapur. All the best!

88k!

Semalam aku mimpi beli kereta 88K cash!

Aku pun tak tau kenapa boleh mimpi macam tu. Kereta-kereta ni bukan mainan aku pun. Cukuplah Mr.D tercinta.

Mungkin sebab gara-gara tak de siapa yang dpt kereta lepas habis final game Piala FA tu kot 😀