16 November 2013

16 Nov 2013, satu lagi tarikh yang perlu disimpan dalam memori :). Bertukar status kepada puan.

Beberapa tahun yang lepas, aku pernah sembang-sembang dengan salah sorang best friend di hari beliau bernikah. Aku kata nanti aku kahwin, tak tau la siapa nak datang. Sebab aku macam confirm-confirm akan kahwin lambat :P. Time tu pasti kawan-kawan aku ntah kat mana-mana. Sahabat aku ni kata balik, kalau ada rezeki, pasti ada kawan-kawan yang datang.

Betul.

Rezeki aku agaknya. Ramai kawan-kawan yang datang. Kecuali beberapa orang yang betul-betul ada hal tak dapat dielakkan. Officemate buat company trip ke Kota Bharu sambil-sambil datang kenduri, ahli-ahli GGK termasuk mak ayah Thirah yang sanggup drive dari KL (ingat manggosteen ya!), Jijah yang sanggup drive dengan mak, ayah dan anak kecilnye dari Melaka, Ira dan family dari Penang dengan maknye yang tak berapa sihat tapi nak jugak datang sebab kenduri aku, Amy, Nani dan Ijun ber12 jam dalam train KL-Tanah Merah, Ida yang balik Kelantan dari KL semata-mata nak datang kenduri aku, mak dan ayah Diana sanggup drive dari KL-Ipoh-Tanah Merah. Sponsor bahulu untuk doorgift keluarga lelaki lagi tu. Terima kasih! Deida yang datang juga walaupun lewat. Hari kerja kan, aku paham :). Nik, kawan seUUM yang lama giler aku tak jumpa, muncul juga walaupun aku jemput dia last minit.

Terharu. Akak andam terkejut bila aku bagitau kawan-kawan aku datang dari jauh. Susah nak dapat kawan macam tu katanya :).

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Dari persiapan hinggalah hari kejadian. Saudara mara banyak sangat membantu. Terhutang budi aku dengan dorang. Cuma yang aku ralat sikit, hari kenduri tu, lambat sangat rombongan lelaki sampai. Masa aku untuk jumpa tetamu sekejap sangat. Aku plan, aku nak lepak kat luar je, jumpa tetamu. Tapi jam 3 macam tu baru aku boleh keluar ke meja makan. GGK balik pun aku tak sempat nak hantar ke kereta. Hantar melalui mata je. Sorry korang.

Sekarang aku tengah adjust rutin bujang selama berapa tahun aku di KL ni. Susah jugak ye.

Good Luck!

Last, nak share photo photographer in action. Sangat berdedikasi dorang berdua ni. Siapa-siapa nak photog, boleh contact dorang ni 🙂

Ok, Bye!

Hari ni dah start cuti. Banyak giler barang nak bawa balik. Mr.D dah bertukar jadi van. Love you lah!

Kepada rakan-rakan yang merancang nak ke Kelantan tu, hati-hati dalam perjalanan. Enjoy the trip. Kepada yang naik flight, jangan lewat ke airport tau! Kepada yang memandu, hati-hati ye. Kepada yang naik train, enjoy the trip! Jangan lupa lepak di kafe dalam train tu. Order teh O panas segelas. Layannnnn 🙂

Doakan “penghijrahan” aku ini ye :).

 

1 minggu

1 minggu je lagi..(^_^)

Terima kad dari office, cute! Thanks for the wishes.

GGK arrange party bujang. Hahahah, tak terfikir pulak aku akan ada parti bujang. Semuanya best! Tangling Bungalow, Fraser’s Hill, the food, the decor, the theme (Winter), the karaoke (ada lagu kawen-kawen ok) dan game teka lagu dan filem. Satu je tak best, time aku sedang membakar ayam, jari terkena bara arang. Sakit siot! Sampai hari ni ada kesan. Nasib baik tak kena kat jari yang nak disarung cincin. Tapi kalau ambil gambar close up, macam nampak je jari yang kena tu. Macam nampak je. Hmmm….