16 November 2013

16 Nov 2013, satu lagi tarikh yang perlu disimpan dalam memori🙂. Bertukar status kepada puan.

Beberapa tahun yang lepas, aku pernah sembang-sembang dengan salah sorang best friend di hari beliau bernikah. Aku kata nanti aku kahwin, tak tau la siapa nak datang. Sebab aku macam confirm-confirm akan kahwin lambat😛. Time tu pasti kawan-kawan aku ntah kat mana-mana. Sahabat aku ni kata balik, kalau ada rezeki, pasti ada kawan-kawan yang datang.

Betul.

Rezeki aku agaknya. Ramai kawan-kawan yang datang. Kecuali beberapa orang yang betul-betul ada hal tak dapat dielakkan. Officemate buat company trip ke Kota Bharu sambil-sambil datang kenduri, ahli-ahli GGK termasuk mak ayah Thirah yang sanggup drive dari KL (ingat manggosteen ya!), Jijah yang sanggup drive dengan mak, ayah dan anak kecilnye dari Melaka, Ira dan family dari Penang dengan maknye yang tak berapa sihat tapi nak jugak datang sebab kenduri aku, Amy, Nani dan Ijun ber12 jam dalam train KL-Tanah Merah, Ida yang balik Kelantan dari KL semata-mata nak datang kenduri aku, mak dan ayah Diana sanggup drive dari KL-Ipoh-Tanah Merah. Sponsor bahulu untuk doorgift keluarga lelaki lagi tu. Terima kasih! Deida yang datang juga walaupun lewat. Hari kerja kan, aku paham🙂. Nik, kawan seUUM yang lama giler aku tak jumpa, muncul juga walaupun aku jemput dia last minit.

Terharu. Akak andam terkejut bila aku bagitau kawan-kawan aku datang dari jauh. Susah nak dapat kawan macam tu katanya🙂.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Dari persiapan hinggalah hari kejadian. Saudara mara banyak sangat membantu. Terhutang budi aku dengan dorang. Cuma yang aku ralat sikit, hari kenduri tu, lambat sangat rombongan lelaki sampai. Masa aku untuk jumpa tetamu sekejap sangat. Aku plan, aku nak lepak kat luar je, jumpa tetamu. Tapi jam 3 macam tu baru aku boleh keluar ke meja makan. GGK balik pun aku tak sempat nak hantar ke kereta. Hantar melalui mata je. Sorry korang.

Sekarang aku tengah adjust rutin bujang selama berapa tahun aku di KL ni. Susah jugak ye.

Good Luck!

Last, nak share photo photographer in action. Sangat berdedikasi dorang berdua ni. Siapa-siapa nak photog, boleh contact dorang ni🙂

8 thoughts on “16 November 2013

  1. Along Mune 30 November, 2013 / 1:55 pm

    Abg awak tu ustaz ker…?? Hihihi

    • whooz 1 December, 2013 / 8:48 am

      hihihi..ramai kata macam ustaz. ustaz garang tak senyum. doa-doakan lah🙂

  2. ijun 30 November, 2013 / 5:11 pm

    Tahniah huzz….semoga boleh adjust rutin seharian tu ye. Sorry again sbb xleh nak g kenduri huzz….sedihnya.

    • whooz 1 December, 2013 / 8:50 am

      thanks Ijun,
      takpe aku paham weh. kalau hang x de hal, mesti hang sampai jugak kan🙂

  3. deidaa 1 December, 2013 / 12:26 am

    Perantin perempuan larik, sian perantin lelaki (dia dah tgk aku masa mula2 dtg tp aku buat taktau sbb ingatkan dia bkn laki ko hu hu hu).

    Gambo pliz!

    • whooz 1 December, 2013 / 8:45 am

      hehehe..kesian kena tinggal. tapi dah minta izin😀. gambo-gambo ada kat member, belum ambil habis lagi

  4. NHA 1 December, 2013 / 2:38 pm

    Tak perlu hanto pun… kami tau pengantin busy masa tu😉

    Anyway, Camerawomen yang dua org tu poyo je lebeh… hehehe

  5. Wak Gelas™ 2 December, 2013 / 3:26 am

    alhamdulillah selamat semuanye kann cikpuan HUzz.,ehHHEe tahniah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s