Semester 1

🙂 Senyum dulu

Akhirnya aku dah lepas “Semester 1” dengan jayanya. Dengan jayanya sebab bila aku compare dengan pengalaman orang lain, aku taklah teruk sangat. Light-light je. Allah tahu aku tak boleh handle kot kalau teruk sangat🙂 . Alhamdulillah.

Sebelum confirm dengan UPT Guardian, memang ada rasa lain macam. Tapi lain macam tu lebih kepada nak makan. Selera makan sangat macam gajah. Haa gajah makan banyak ke? Entah😛 . Selera makan melampau-lampau. Dan juga teringin nak makan sesuatu.

Ada satu hari tu aku beratur di ATM di Shell. ATM kan sebelah rak makanan. Aku terpandang jajan ROTA. Serius teringin sangat. Cepat-cepat aku keluarkan duit, terus beli ROTA. Happy dapat makan ROTA🙂 .

Hari yang lain pulak, aku tengah drive balik rumah. Terpandang orang jual durian tepi jalan. Cheese cake! teringin nak makan durian pulak. Kebetulan kat rumah memang ada beberapa ulas. Pecut laju-laju, sampai rumah terus buka peti ais, makan durian. Simpan seulas je untuk Mr.H. Sorry😀 .

Bila dah confirm pregnant, teringin nak makan nasi kenduri kahwin. Pulak dah. Mungkin sebab time kenduri aku dulu, aku tak dapat nak feeling sangat makan lauk kenduri. Aku pun dah lupa macam mana rasanya😀 . Kebetulan classmate Mr.H kahwin di KL, beriya aku ajak dia pergi. Seminggu lepas tu pulak kenduri kawan aku di Perak. Sanggup tu pergi . Puas hati dapat makan🙂 .

Aku tunggu sampai 6 minggu, baru pergi confirm kat klinik. Jenuh jugak mencari klinik doctor perempuan ye. Google-google, dapat la. Klinik Aziani, Bandar Tun Hussein Onn. First time tengok ada sesuatu yang bernyawa kat dalam tu, sebak la jugak. Naluri keibuan katakan😛 . Tapi tak de lah feeling lelebih macam dalam drama tu😛 . Masuk 8 minggu aku pergi buat buku merah kat Klinik Ibu Anak Seri Kembangan. Aku pilih klinik kerajaan je lah. FREE🙂 . Walaupun klinik swasta aku boleh pergi malam or after work. Tak kacau time kerja. Tapi sebab bos dah bagi pelepasan, aku ok je. Kat klinik kerajaan ni, kena berkorban masa la. Hanya ada 2 nurse yang bertugas untuk jumpa bakal-bakal ibu yang ramai giler ni. Yang akan isi segala hasil maklumat dari appointment hari tersebut ke dalam buku merah. Memang ambil masa. Blood test pulak ambil masa sebulan untuk dapat result (untuk tahu jenis darah) sebab test tak dibuat di klinik tu. Tapi kalau untuk blood test cek Hb segala tu, cepat la. Less than 15 minutes dah dapat result (bergantung kepada ramai ke tak pesakit yang nak buat blood test).

Disebabkan dalam sebulan pertama, selera makan aku agak melampau, berat dah naik jadi 57.15kg😀 . Waktu kahwin pertengahan bulan November, 54kg. Tapi aku memang dah agak. Dah faham sangat dengan badan aku. Kalau duduk bersenang lenang, makan banyak, confirm cepat naik. Seingat aku lepas kahwin sempat panjat Broga sekali dan jogging sekali. Tu je.

Dalam tempoh bulan ke-2 hingga ke-3, agak mencabar. Time ni aku dah kurang makan sebab tak boleh makan banyak. Perut cepat rasa penuh. Angin pun banyak. Tak larat nak burp..burp.. sakit dada. Muntah? Sekali je. Itupun sebab perut masuk angin sebab lewat ambil lunch. Hari-hari lain aku cuma pening, rasa loya. Letih? Memang sangat letih dan mengantuk. Ada beberapa kali aku tak boleh nak drive ke office sebab tak larat sangat. Aku happy la sebab tak muntah macam orang lain. Orang lain ada yang bertemankan toilet je. Keadaan aku masih terkawal. Alhamdulillah. Tapi time ni aku mula tak boleh makan ayam. Ya Allah, rasa geli tekak semacam tengok ayam. Kalau pergi supermarket tengok ayam panggang bergantungan tu, cepat-cepat aku alihkan pandangan. Terus pening jadinya. Sorry ayam, kau tak bersalah pun.

Ada satu hari tu, balik rumah mertua. Mak mertua ni happy la sambut menantu dan anaknya balik, sembelih 3 ekor ayam kampung. Dalam hati aku, arghh sudah…macam mana nak makan ni. Aku tak de la bagitau yang aku tak boleh makan ayam sebab tak kan nak potong mood happy dorang kan. Adik ipar happy-happy tangkap ayam. Time adik-adik ipar dok sibuk mencabut bulu ayam, aku tak tolong pun. Aku lepak kat atas, cari keje lain, aku lipat baju. Tak de la nampak goyang kaki kan😛 . Time nak masak tu, aku ambil tugas menggoreng. Ada motif sebenarnya😀 . Aku nak pastikan ayam tu di goreng garing. Kalau garing, boleh la aku makan sikit. Haaa bijak tak??? So dinner tu aku makan la seketul ayam. Fuh nasib baik boleh telan. Tapi lepas je sudah basuh pinggan semua, tekak dan perut aku rasa semacam. Terus masuk bilik, baring. Cepat-cepat Mr.H pergi buat air limau. Lega sikit.

Sekarang ni dah masuk 14 minggu, masih allergic ayam. Ada benda baru masuk senarai, minyak rambut dan syampu yang Mr.H guna. Tak tahan betul baunye. Memang boleh uwek2 laaaaaa. Sorry!

8 thoughts on “Semester 1

  1. ijun 6 March, 2014 / 12:41 am

    Huzzz…bestnye baca citer huzz kali ni. harap2 kami pun dapat rezeki cepat juga macam huzz…nnt leh la anak kita sebaya kan…hahhaha

    • whooz 6 March, 2014 / 1:00 am

      hehehheh..haaa berusaha dan berdoa🙂

  2. juliezhareef 6 March, 2014 / 1:06 am

    lepas ni blog ko dah ada citer pasal anak, baby, ibu mengandung..
    hehe..
    welcome to the club

    • whooz 6 March, 2014 / 1:34 am

      thanks Puan Presiden club😀

  3. Along Mune 6 March, 2014 / 3:43 am

    hakk3x… tahniah prenzz!! jgn naik byk sgt…nnt jd mcm alongg debotttttt!!!

    • whooz 20 March, 2014 / 12:14 am

      Nasihat penting ni. Ok along!

  4. deidaa 19 March, 2014 / 7:57 am

    Susah nak percaya… huzz ke taip entry yg panjang ni? Hahahah!

    Oiii tahniah!
    Yg ko blk tp tak jd dtg umah aku aritu.. sbb ni ke?😀

    Nanti cite lg ye!
    Lg afdhal kalu ada gambar😀

    • whooz 20 March, 2014 / 12:14 am

      Hihihi..iyolaa sbb tu lah x jadi g umah mu. X de rezeki lg nak jumpa irdina. Nanti2 la eh 😊

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s