Berjangkit

Dulu aku selalu dengar orang kata mengandung ni boleh berjangkit. Contoh kata dalam ofis tu ada sorang mengandung. Tup-tup lepas tu akan ada berita sorang lain pulak mengandung :). Aku fikir, alaaaa sengaja nak mengandung jugak la tu 🙂

Tapi bila time aku, aku macam percaya tak percaya (sila jgn percaya, ini semua kuasa Allah). Ketika kandungan aku lebih kurang 2 bulan, aku dapat berita salah sorang geng Budak Itam, aku gelarkan F, mengandung dalam 4 minggu. Happy! Sebab F ni dah ada anak sorang nak masuk 5 ke 6 tahun ntah. Dah lama nak anak lagi, tak de rezeki. Tup-tup tahun ni dapat 🙂

Kemudian time aku 3 bulan, sorang lagi geng Budak Itam, aku gelarkan AY sms aku tanya khabar. Sembang-sembang dapat tau AY mengandung 2 bulan. Time tu aku rasa nak jerit. Jerit happy :). AY dah ada 2 anak, sorang lelaki sorang perempuan. Ya Allah 3 org Budak Itam sesama pregnant. Rasa macam comel 😀

Masuk kandungan aku 5 bulan, dapat berita sorang lagi geng Budak Itam, aku gelarkan IR, pregnant. Kes IR ni lain pulak. Dia memang plan untuk tak nak anak lagi dalam masa terdekat. Dia dah ada 4 anak. Tapi target dia memang nak 5. Tahun ni rancangannya nak pergi umrah, so dia nak tangguhkan la dulu untuk dapat baby. Tapi kuasa Allah kan, menjadi jugak. Tengok lah kalau ada rezeki baby IR, dapatla pergi Mekah sama-sama dengan ibunya 🙂

Actually Budak Itam ada 5 orang semuanya. Sorang lagi ada problem sikit. Kalau tak harus 5-5 sesama perut buncit :D. Dalam geng ni aku yang paling lewat kahwin. Dulu time dorang semua dapat anak terdetik jugak, bila aku kahwin esok-esok, anak aku je yang masih kecil. Anak-anak geng lain semua besar-besar dah. Tapi tak sangka dapat rezeki anak sebaya 🙂

So, September, October, December 2014.. insyaAllah akan muncul Junior Budak Itam yang sebaya. Semoga semuanya dipermudahkan. Amin

Advertisements

Setahun lagi

Setahun lagi bertambah umur. Alhamdulillah. Tak macam tahun-tahun lepas, aku tak dapat hadiah harijadi yang best iaitu medal towerthon. Akan cuba next year ;).
Hari ni jugak si kecil kat dalam ni ngam-ngam 25 minggu. Sekejap betul dah nak habis semester 2. Berdebar jugak. All the best to both of us 😄.