I see you!

Mula-mula tu macam nak tak nak je buat. Bukannye murah. Tapi fikir-fikir balik macam rugi kalau tak buat. Manalah tau ini je rezeki yang Allah nak bagi. Terus aku buat appointment di Klinik Qistina, di Equine Park untuk buat scan 3d/4d. Appointment pukul 10.30 pagi. Aku keluar jam 9, nak pusing-pusing pasar borong selangor tu. Sambil cari lauk sambil nak bagi si kecik ni bangun. Bestla sikit nak scan nanti.
Tapi sampai je klinik dan masa buat scan dia tidur memanjang. Tak dapat la tengok aksi-aksi dia. Hmmmm frust tau. Tidur pula tangan letak kat muka sebelah. Nampak sebelah je la. Pipi bulat! Haaa tu mesti ikut Mr H 😄. Pastu sonografer ni tepuk-tepuk perut aku, sembang-sembang suruh dia bangun. Dia celik mata. Haaa besar mata. Ni mesti ikut mata aku 😄😄.  Buka mata kejap, menguap 2,3 kali. Pastu tidur balik. Kitaorang kacau-kacau balik, dia start buat mulut tak puas hati pulak. Sonografer tu scan belah kiri pulak. Nak nampak full dah muka, tiba-tiba dia angkat tangan lindung muka. Hmmm betul-betul protes la tu. Ok tak pe , at least nampaklah sikit. Hidung, bibir, tulang belakang semua ok. Tali pusat, uri pun ok. Panjang lebih kurang 20cm. Berat lebih kurang1.3kg. Macam berat je kamu ni.
Puas hati dapat tengok dia kat dalam tu. Kalaulah perut ni transparent,  syok kot 😄. Boleh tengok dia sepanjang masa. Nak-nak time dia tendang, ape bende la budak ni tengah buat. Praktis hiking ke cik 😄😄😄.

Tidur

Menguap

Gambar pertama sejak pregnant. Gathering di rumah parents Diana sempena Ana balik kejap dari German. Terkejut aku tengok diri sendiri dalam gambar ni. Dah macam 9 bulan kot😀

Dengan salah sorang Budak Itam. Aku 27 weeks, IR 12 weeks🙂

2 thoughts on “I see you!

  1. boboi 11 June, 2014 / 12:02 pm

    comelnya mak buyong ni.

    • whooz 13 June, 2014 / 1:14 am

      saya tau..saya tau😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s