Berjalan

Last checkup pada 22/8/2014, doktor pesan aku suruh banyak berjalan. Naik turun tangga. Kandungan ni dah cukup masa tapi tak de tanda-tanda lagi. Aku pun baru je start lepak kat rumah last week. So baru je lah naik turun tangga lebih dari sekali. Kat ofis buat kerja duduk je mengadap komputer. Drive pergi balik office, dalam 2 jam. So aku memang banyak duduk je.

Ma dah ada kat rumah. Standby kot-kot bersalin awal. Kelmarin ajak ma pusing-pusing IKEA. Doktor suruh berjalan kan 🙂 . Aku tak heran dah kat lift dan eskeletor. Panjat tangga. Mengah 😀 . Punya la banyak berjalan, sampai je kat section frame gambar, kaki cramp. Pergi hiking pun tak pernah cramp.

Lepas balik IKEA, pergi rumah pakcik. Makan-makan. Semua orang suruh aku makan banyak. Kot-kot bersalin esok lusa :D. Tapi perut tak mampu dah nak disumbat. Tengok ni:

 

Kalau sampai 1 Sept belum bersalin, doktor suruh masuk wad. Bilik dah booking pun untuk 2 Sept. So 2 Sept kena jugak bersalin.

Hmmmm….

Baby, mama menunggu ni

 

Advertisements

38 wk 5d

Anak sayang,

Bila nak jumpa mama ni? Dah tak larat ni sayang.

Sorang sahabat ada bagitau, nanti bila dah lepas bersalin, mesti akan rindu perasaan baby bergerak-gerak dalam perut. Beliau pernah mengalami sampai rasa down. Tapi nasib baik lepas tu normal balik. Bahaya jugak kan

Kami

Sejak dapat berita Geng Budak Itam sama-sama pregnant, satu impian aku nak bergambar bersama bila perut masing-masing dah besar. Alhamdullih, 2 minggu plan, terlaksana juga impian. Gigih Fir dan Ira datang dari Melaka dan Penang. Sayang korang! Lokasi perjumpaan di rumah baru Ayun dia Alam Impian. Cantik betul rumah dia. Murah rezeki dia dapat sebiji rumah yang besar dan selesa.

Bila berkumpul dengan perut masing-masing yang memboyot, lawak jugak. Masing-masing berjalan dah macam penguin 😀 . Sesekali tangan masing-masing mengusap perut sebab agaknya baby-baby kat dalam tu pun excited dengar suara-suara yang tak pernah dorang dengar. Ataupun baby-baby ni dapat rasa kehadiran ‘kawan-kawan’ baru dalam perut ibu masing-masing. Tak sabar nak kenalkan dorang. Husband Fir, Ira dan Ayun masing-masing berkongsi cerita pengalaman first time dapat anak kat Mr. H. Hehehehe..haaa takut???

Ini gambar boyot masing-masing. Lepas ni kami nak lawan perut siapa paling cepat kempis 😀

Gula

Aku memang tak de kencing manis. Walaupun kedua mek dan ayoh (nenek dan atok) pesakit kronik penyakit ni. Abah pun tak de sebab beliau betul-betul jaga. Aku pun mengamalkan gaya hidup sihat sebab tak nak ada sebarang penyakit 😄😄.
Tapi time pregnant 8 bulan ni detect kencing manis pulak. Result dari MGTT kali kedua, bacaan glucose 10.2. Lepas raya terus kena buat BSP (blood sugar profile). Aku suspect result tinggi sebab minggu pertama puasa tu memang kaw2 minum/makan manis. Berbuka minum manis. Moreh pun minum manis plus kuih2 manis. Tahun ni surau kat rumah tu meriah pulak menu morehnye. Manala ibu mengandung ni tak terliur.
Apa-apa pun result BSP aku ok. Tak perlu repeat dah. BSP aritu kena test darah 4 kali dalam sehari. Jam 10 mlm hari sebelum, 8 pagi, 11 pagi dan 3 petang keesokkan harinye. Alhamdulillah.

Cerita

Salam Aidilfitri 🙂

Perut aku yang makin besar. Dah tak nampak kaki dah kalau berdiri tegak macam nak nyanyi lagu Negaraku.

Besar-besar pun raya tahun ni ligat beraya. Keluarga mertua ni keluarga besar. Sedara-mara dorang pun dok dekat-dekat je. Pusing-pusing area situ jugak. Hari Raya pertama dah siap solat, tak boleh keluar ke mana-mana lagi. Sebab surau sebelah rumah je pun, maka mereka yang pulang dari solat raya akan singgah. Wajib singgah sebab nenek tinggal di rumah ni. Nasib baik aku ada ramai adik ipar perempuan yang rajin. Rajin sungguh dorang ni. Kalau compare dengan adik beradik aku dan compare dengan aku sendiri. Pandai Mak didik anak-anak.

Lepas Zohor kitaorang gerak ke rumah aku yang jaraknya aku agak dalam 3 km. Ke kurang ntah. Ma buat nasi minyak. Pelik rasanya pergi beraya di rumah sendiri :D. Siap makan terpaksa gerak ke rumah-rumah lain. Sorry adikku, kakakmu tak dapat nak menolong huru hara di dapur tu. Biasa-biasa kan diri ok 😛 . Malam baru balik rumah. Esoknye awal pagi keluar beraya, petang baru balik. Lepas Maghrib aku culik husband pergi beraya rumah makcik aku kat area situ-situ jugak kejap. Pergi test lemang, first time buat. Lepas Isya’ aku ikut program famili husband pergi rumah bapak sedara, makan nasi ayam. Hampir jam 11 malam baru sampai rumah.

Raya ketiga, awal pagi dah keluar. Sempat la 2 buah rumah sebab kali ni jauh sket. Dalam jam 11 macam tu aku culik husband lagi pergi beraya di rumah makcik aku yang agak jauh sikit. Petang sikit pergi rumah pakcik husband yang lain pulak. Makan-makan nasi lemak dan mee goreng, Lepas Maghrib siap kemas semua, check out rumah mertua, maka turn beraya kat rumah aku pulak :). Yeayy boleh tidur di katil di bilik sendiri!.

Malam tu perut aku buat hal. Muntah dan cirit birit. Habis yang dimakan sehari tu. Esoknya aku melepek je kat rumah. Tapi malam nya kena keluar beraya lagi. Sedara husband belah ayahnya pula buat makan-makan. Fobia pasal muntah semalam, aku makan sikit je. Buat alas perut. Sebab seharian aku tak makan nasi. Malam tu tidur terganggu lagi. Rasa loya tapi nak muntah dah tak keluar apa dah. Hampir 4 kali kot aku tersedar sebab rasa loya.

Raya kelima, hari Jumaat ada kenduri doa selamat di rumah mertua. Aku bertenaga pagi je. Sempat lah jugak tolong-tolong. Lepas tu terus naik bilik. Nak pengsan rasa. Lepas solat Jumaat kaum lelaki solat hajat. Semoga urusan aku bersalin nanti dipermudahkan. Menu tengahari tu nasi kerabu. Kegemaran sangatlah. Tapi aku tak makan pun. Perut masih meragam.

Esoknya dah bertolak balik KL. Ikut Terengganu sebab nak lalu highway. Best sket jalan. Singgah tidur di Kuantan satu malam. Sempat beraya di rumah Kay lagi :D. Esoknya awal-awal pagi terus balik KL. Sebelum sampai rumah, singgah beraya di rumah parents Diana. Makan nasi 🙂 .

Penat.

 Famili baru 🙂