Cerita

Salam Aidilfitri🙂

Perut aku yang makin besar. Dah tak nampak kaki dah kalau berdiri tegak macam nak nyanyi lagu Negaraku.

Besar-besar pun raya tahun ni ligat beraya. Keluarga mertua ni keluarga besar. Sedara-mara dorang pun dok dekat-dekat je. Pusing-pusing area situ jugak. Hari Raya pertama dah siap solat, tak boleh keluar ke mana-mana lagi. Sebab surau sebelah rumah je pun, maka mereka yang pulang dari solat raya akan singgah. Wajib singgah sebab nenek tinggal di rumah ni. Nasib baik aku ada ramai adik ipar perempuan yang rajin. Rajin sungguh dorang ni. Kalau compare dengan adik beradik aku dan compare dengan aku sendiri. Pandai Mak didik anak-anak.

Lepas Zohor kitaorang gerak ke rumah aku yang jaraknya aku agak dalam 3 km. Ke kurang ntah. Ma buat nasi minyak. Pelik rasanya pergi beraya di rumah sendiri😀. Siap makan terpaksa gerak ke rumah-rumah lain. Sorry adikku, kakakmu tak dapat nak menolong huru hara di dapur tu. Biasa-biasa kan diri ok😛 . Malam baru balik rumah. Esoknye awal pagi keluar beraya, petang baru balik. Lepas Maghrib aku culik husband pergi beraya rumah makcik aku kat area situ-situ jugak kejap. Pergi test lemang, first time buat. Lepas Isya’ aku ikut program famili husband pergi rumah bapak sedara, makan nasi ayam. Hampir jam 11 malam baru sampai rumah.

Raya ketiga, awal pagi dah keluar. Sempat la 2 buah rumah sebab kali ni jauh sket. Dalam jam 11 macam tu aku culik husband lagi pergi beraya di rumah makcik aku yang agak jauh sikit. Petang sikit pergi rumah pakcik husband yang lain pulak. Makan-makan nasi lemak dan mee goreng, Lepas Maghrib siap kemas semua, check out rumah mertua, maka turn beraya kat rumah aku pulak🙂. Yeayy boleh tidur di katil di bilik sendiri!.

Malam tu perut aku buat hal. Muntah dan cirit birit. Habis yang dimakan sehari tu. Esoknya aku melepek je kat rumah. Tapi malam nya kena keluar beraya lagi. Sedara husband belah ayahnya pula buat makan-makan. Fobia pasal muntah semalam, aku makan sikit je. Buat alas perut. Sebab seharian aku tak makan nasi. Malam tu tidur terganggu lagi. Rasa loya tapi nak muntah dah tak keluar apa dah. Hampir 4 kali kot aku tersedar sebab rasa loya.

Raya kelima, hari Jumaat ada kenduri doa selamat di rumah mertua. Aku bertenaga pagi je. Sempat lah jugak tolong-tolong. Lepas tu terus naik bilik. Nak pengsan rasa. Lepas solat Jumaat kaum lelaki solat hajat. Semoga urusan aku bersalin nanti dipermudahkan. Menu tengahari tu nasi kerabu. Kegemaran sangatlah. Tapi aku tak makan pun. Perut masih meragam.

Esoknya dah bertolak balik KL. Ikut Terengganu sebab nak lalu highway. Best sket jalan. Singgah tidur di Kuantan satu malam. Sempat beraya di rumah Kay lagi😀. Esoknya awal-awal pagi terus balik KL. Sebelum sampai rumah, singgah beraya di rumah parents Diana. Makan nasi🙂 .

Penat.

 Famili baru🙂

2 thoughts on “Cerita

  1. boboi 7 August, 2014 / 12:37 pm

    Pandai puan jaga suami. Makin lebar je gayanya.

    • whooz 7 August, 2014 / 11:12 pm

      Silap teknik ni. Kalau x pregnant mungkin beliau tak selebar ni 😄

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s