Kisah sebelum 3 Sept. 2014

Selepas Dr Fazlina setkan date untuk aku masuk wad 2 sept 2014, aku menunggu hari penuh debar, excited, risau, takut dan tak sabar pun ada. Sebab dah letih sangat bawa perut. Aku harap sangat bersalin sebelum 2 sept sebab nak elak dari kena induce.

Sabtu 30 ogos 2014, ada turun darah sikit paginye. Geng Budak Itam suruh aku pergi hospital cepat – cepat.ย  Tapi aku macam rilek lah dulu. Lepas Asar baru pergi. Bidan cek baru 1 cm bukaan. So tak perlu admit. Balik rumah dulu.

31 ogos 2014, ma dah sampai KL. Asyik tanya je dah sakit ke belum.ย  Aku memang tak rasa sakit apa-apa.

1 sept 2014, bangun pagi macam biasa. Masih tak rasa apa-apa. Emosi sikit pagi tu sebab dah confirm aku akan kena induce esok hari. Taknak!
Mulut rasa nak makan manis-manis. Aku dah tak peduli nurse klinik ibu anak suruh diet. Aku belasah je makan ๐Ÿ˜„. Lepas lunch ajak Mr H pergi Alamanda. Nak jalan-jalan dengan harapan bukaan bertambah. Beli cheese cake di SR untuk aku dan subway untuk Mr H. Lepak tepi kolam sambil makan. Time ni pun beremosi sket. Mata dah bergenang, nasib Mr H tak nampak. Sangat fokus kat subway dia tu ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„. Sebelum Maghrib dah balik rumah. Kemas-kemas apa yang patut di bawa ke hospital malam nanti.

Dalam jam 12 tgh malam lebih sampai di Az Zahrah. Memang sengaja datang selepas jam 12 tgh malam sebab nak jimat hari. Kiranya aku admit pada 2 sept lah. Masuk bilik, tukar baju, tunggu nurse datang untuk cek jantung baby dan masukkan ubat untuk buang air besar. Ubat buang air besar ni memang menjadi. Tak sampai seminit terus rasa nak gi toilet. Bidan datang untuk cek bukaan. Bukaan masih 1cm. Sedih sangat. Bidan kata pagi tu jugak akan masukkan pil induce tu. Aku sempat google jenis-jenis induce. 1 jenis pil masukkan ikut bawah. Lagi satu dalam bentuk cecair masukkan ikut tangan. Disebabkan dah dua kali cek bukaan, time nurse masukkan pil induce tu, aku dah tak de perasaan apa-apa. 2 jam tak boleh bangun takut ubat tu jatuh terkeluar balik. Kemudian aku bangun jalan-jalan dengan harapan bukaan bertambah. 8 jam selepas induce bidan datang lagi cek bukaan. 2cm sahaja. Nurse pergi discuss dengan Dr Fazlina. Pagi tu terima visit dari seorang ustazah. ustazah ni memang akan melawat pesakit-pesakit kat situ. Datang tanya khabar, bacakan doa untuk aku. Elok je ustazah tu keluar, air mata laju sangat keluar. Rasa kecewa, sedih macam- macam.

Nurse datang bagitau kena induce lagi sekali. Aku angguk je. Redha. Buatlah apa yang patut. Kali ni 1 jam aku tak boleh bangun. Lepas 6 jam tak silap Dr Fazlina sendiri datang untuk cek bukaan. Masih 2cm ๐Ÿ˜ฆ. Dr Fazlina bagitau esok pagi lepas subuh induce lagi sekali. Kali ni guna cecair pulak. Dia pesan kena banyakkan jalan. Sebab kepala baby macam jauh lagi dari bukaan tu. Kalau kepala tak turun rapat, kemungkinan kena operate. Taknak!
Petang tu jugak aku paksa untuk jalan-jalan sekitar floor tu. Berpeluh! Memang rasa contraction. Naik turun tangga, lagilah rasa kerap contraction tu.

Yang setia meneman. Nak naik turun tangga beliau tak larat. Maka beliau tunggu je kat tengah-tengah. Terima kasih banyak-banyak!

Finally aku dapat rasa apa yang dorang kata rasa macam period pain 100 kali ganda tu. Malam tu tak de prosedur apa-apa. Cuma cek jantung baby je. Ingat nak turun naik tangga lagi tapi Mr H tidur nyenyak. Malas nak kejut. Aku jalan-jalan dalam bilik je. Malam tu memang tak boleh tidur. Contraction semakin kerap. Dalam hati happy sebab harapkan semakin banyak bukaan.

Esok pagi dalam jam 6.30am nurse datang inform induce kena buat dalam wad sebab labour room penuh.

2 thoughts on “Kisah sebelum 3 Sept. 2014

  1. ijun 16 October, 2014 / 4:07 am

    Along..wife adik ipar sy pun macam along gak….dah sampai hari tapi baby tanak kuar lagi….baby dia pun baby ppuan…anak sulong. Sekarang umor dah nak masuk setahun dah bulan depan.

  2. tiga lalat 5 November, 2014 / 8:32 am

    Salam. Hee semoga semuanya selamat selepas bersallin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s