Kisah 3 September tahun lepas :D

Next week anakanda Hanaan Safiyyah akan masuk setahun umurnya. Bermakna blog ni pun hampir setahun la terbiar. Bukan tak menjengah. Selalu jugak masuk.Tapi nak mula menaip tu malas ya amat. Tak pun bila rasa nak update, ade je gangguan dari si kecik. Tak kan nak suruh dia main jauh-jauh kan. Tak baik tau! Jadi aku kuatkan semangat untuk habiskan kisah bersalin tahun lepas. Sebelum aku hilang ingatan😀. Tapi tak banyak bende berlaku pun pada hari kejadian.

Siap solat Subuh, aku sarapan. Sarapan apa pun tak ingat dah. Haaa lama tinggal kan.. hahhaha! Tapi ma kata aku sakit nak bersalin pun makan no hal. Habis je apa yang dorang bagi. Jam 8 lebih nurse dah datang siapkan aku untuk ke bilik bersalin. Handphone lupa bawa. Yang penting bagi aku spek mata😛. Ye la, nanti tak nampak muka baby aku. Rasa macam nak pergi berperang walaupun aku tak pernah pergi berperang😀 . Sampai di bilik bersalin, nurse pasangkan tiub untuk kencing apa semua tu. Malu aku😀. Time ni ma temankan aku lagi. Mr.H kat luar. Sorang je boleh masuk temankan. Dorang suruh aku minum air banyak. Kering bibir aku katanya. Bidan datang cek bukaan. Hmm hampa lagi. Tapi time ni aku kerap rasa nak kencing. Ada 3 kali tak silap nurse tu datang uruskan aku kencing. Sakit dah kerap. Dah tak boleh bercakap. Nurse suruh aku mengiring. Lenguh oiii asyik mengiring je. Aku baru teringat aku kena minta maaf kat ma. Nak mudahkan bersalin kan. Hehehhehe. Ma pergi syahdu-syahdu pulak😀. Bidan cek bukaan lagi sebab aku asyik mengadu nak buang air besar. Bidan suruh aku teran je. Aku macam blur-blur. Nak bersalin tapi rasa nak buang air besar. Bidan kata dah nak boleh bersalin dah. Bidan cadang suruh Mr.H yang masuk. Sebab 1st time bagi dia. Ma dah biasa. Aku ok je siapa-siapa temankan. Aku minta maaf kat Mr.H. Eh dia pulak yang minta maaf dari aku. Tergelak kejap aku dalam sakit-sakit. Dorang pun panggil Doctor. Doctor masuk, cool aje dia. Aku tak sedar pun bila dia pecahkan air ketuban. Aku tak rasa apa dan tak de pun dengar bunyi “pop”.

Dorang ajar push. Aku tak dengar dah apa yang dorang cakap. Sebab fikiran asyik bersoal-soal kenapa nak bersalin tapi rasa nak buang air besar😛 . Bukannya keluar tempat yang sama. Sakit tu aku terbayang macam seluruh dari pinggang ke bawah aku akan tercabut😀 . Dalam panik-panik aku masih boleh ingat cara-cara nak teran yang aku tengok dalam youtube. 1st cubaan gagal. Aku teran masa sebelum contraction datang. Oh silap2. Then yang kali kedua aku dah set dalam otak, ini kali! Alhadulillah 11.08 am Hanaan muncul. Doktor bawa ke muka aku suruh tengok jantina. Aku angguk je. Lega ok! Sangkaan aku sakit bersalin selama ini rupanya salah. Aku bayangkan sakitnya masa baby tu keluar. Rupa-rupanya sebelum baby keluar. Baby meluncur laju je keluar. Alhamdulillah mungkin ini rezeki aku buat masa sekarang. Nanti-nanti tak tau pulak la kan macam mana.

Perasaan aku lepas bersalin tu, lega sesangat. Tak dapat nak dibandingkan atau bayangkan dengan bende lain.

2 thoughts on “Kisah 3 September tahun lepas :D

  1. gerbera 1 September, 2015 / 7:07 am

    Adoi, tergelak aku baca part nak terberak tu. Ada plan nak bagi adik kat Hanaan ke?

  2. whooz 9 September, 2015 / 5:45 am

    Ade..hahahahha! Tapi tunggu dulu🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s