Gilir

Demi nak mencapai azam tahun ni, di suatu pagi Sabtu, kami suami isteri beserta seorang anak pempuan pergila ke Taman Bukit Jalil untuk bersenam. Malam sebelum tu Hanaan tidur awal. Aku bangun solat Subuh, dia pun bangun. Aku pun terus siap-siapkan dia bawa pergi jogging. Susah nak jumpa hari yang Hanaan bangun awal. Tapi dalam perjalanan ke sana, dia tidur pulak. Haishh susah ni nak kejut nanti bad mood.

Sampai sana dia masih tidur. Kejutkan, angkat terus letak dia atas jalan. Suruh berjalan. Nasib la ok. Excited sangat kalau boleh berjalan. Agak jauh la dia berjalan (berlari sebenarnya). Berpeluh-peluh dahi, kepala, muka :D. Lepas 1 trek yang agak mendaki, Hanaan dah penat. Suruh dukung pulak. Adoiii. Aku malas nak dukung. Dia bantai menangis kat situ :D. Aku pun dukung la. Sampai ke satu kerusi, rehat-rehat minum air, makan biskut. Sementara aku layan Hanaan, husband berlari pusing kolam dekat dengan replika rumah-rumah tu. Husband rehat, turn aku pulak. Ala sempat 2 round je. Hanaan nak suruh aku dukung pulak. Ngada nye laaaa..

Kitaorang pun terus balik.

Aku berkira-kira nak kena buat gilir-gilir lah kalau nak keluar exercise. Sabtu abah jaga Hanaan, mama keluar jogging. Ahad mama jaga Hanaan, abah keluar jogging. Ok tak?

😀

  photo 20160116_082123_zpsrqqdrtop.jpgpenat tau jogging, kita rehat makan biskut dulu 🙂

Advertisements

Mama

Dalam banyak-banyak perkataan yang keluar dari mulut Hanaan, 2 je yang aku faham. NAK dan NANAK. NANAK tu dia sebut sambil geleng kepala. Taknak lah maksudnya tu 😄. MAMA ABAH pun susah nak dengar dari mulut dia. Bila aku ajar sebut MAMA, main-main pulak dia buat. Dia ketap bibir pastu sebut MIME, MEME sambil senyum-senyum. SUSU pun aku tak pernah dengar dia sebut. Tapi dia faham bila aku sebut MAMA ,ABAH, SUSU, BILIK AIR, BUKA TV 😄
Ada  satu malam tu aku tengah basuh pinggan. Hanaan memang akan sibuk ‘memasak’ sekali kat dapur bila aku masuk dapur. Dia berdiri kat tepi oven. Mulut dia bising-bising sepatah pun aku tak faham. Aku toleh kat dia, tengok dia tengah main tombol oven sambil membebel. Macam nak bagitau sesuatu. Aku layan jelah dari jauh. Aku sambung basuh pinggan. Tiba-tiba Hanaan datang kat aku tepuk-tepuk punggung aku sambil cakap MA..MA…pastu dia lari ke oven balik main tombol 😂 .
Mama rasa sebak terharu oii 😄. Well done my girl!
Lepas ni tunggu bila dia nak sebut ABAH pulak 😍

Bersenam

Tahun ni kami sepakat nak lebih sihat. Maksudnya cuba luangkan masa untuk bersenam. Selepas setahun ada Cik Hanaan, badan aku bukan main lagi ye. Sakit mata aku tengok lemak-lemak kat perut. Menyusukan Cik Hanaan aku ingat akan maintain slim. Tapinye kalau makan tak pandang kiri kanan, nak slim apa nye. Cepat lapar sungguh bila menyusu ni. Pastu tak bersenam. Memang happy la lelemak tu singgah 😀

Jadinya sebagai pembakar semangat kami masing-masing beli kasut baru 🙂

 photo 20160107_185803_zpsegje57t5.jpgaku pakai ke kasut kaler macam ni??? kita tengok sampai bila kasut ni duduk kat sini 😀

Balik kampung baru-baru ni, anak buah tanya aku,

Ciklong nak beranak lagi ke?

Sentap!

Innocent nye soalan budak ni 😀

So dah masuk seminggu tahun 2016 ni, apa yang kami dah buat?

.

.

.

.

Nothing.

Kami keep on makan dan terus makan tanpa rasa bersalah..Hahahahah!

Sembang!

Lupa

Sekian lama aku tak update blog adalah sebab lupa password. Berat2! Malam ni cuba-cuba lagi akhirnya dapat 😄

Selamat tahun baru 2016!  Semoga apa yang kita impikan, rancang terlaksana 😍. Amin