Bandung, Indonesia (3 Sept โ€“ 6 Sept 2015) part II

Lebih kurang jam 9.30 pagi kami sampai di De’ Halimun Guest House. Transport sepanjang di Bandung, aku menggunakan servis Pak Amin. Aku dapat contact dia melalui blog-blog. Orang rekemen servis Pak Amin sangat bagus. Aku pun malas nak cari lain. Tapi nasib aku tak baik sebab Pak Amin ada trip dari Jakarta ke Bandung sama tarikh aku sampai di Bandung. Jadinya Pak Amin minta orang lain sebagai ganti beliau. Apa nama ntah budak tu aku dah lupa. Senyap budaknya. Banyak benda yang kitaorang tanya dia tak tahu ๐Ÿ˜ฆ . Kitaorang hanya jumpa Pak Amin pada hari terakhir sewaktu nak ke airport. Baru jumpa tak sampai 30 minit, aku rasa macam dah kenal berhari-hari. Ramah. Sentiasa senyum. Kita jadi selesa bercakap dengan beliau. Aku rekemen Pak Amin pada kawan dan officemate yang nak ke Bandung selepas trip aku. Ternyataย  servis Pak Amin bagus. Tak berkira. Banyak informasi yang Pak Amin share dengan client-client beliau.

Untuk penginapan, aku minta Pak Amin yang cadangkan. Mula-mula dengar nama, macamย  halimunan apa ni?? Ok ke tak ni?? Aku mula cari maklumat tentang guest house ni di Internet. Majoriti memuji. Yang komen tak bagus cuma part makanan. Aku tengok gambar-gambar bilik dan suasana sekeliling guest house tu macam ok, jadi terus confirm. Malas dah nak cari lain. Untuk transport 3 hari dan penginapan (1 family room 1 standard room) aku bayar RM1100.

De’ Halimun Guest House
Jl. Halimun No.12, Lengkong, Kota Bandung,
Jawa Barat 40262, Indonesia

 photo 20150906_072642_zpsnk2vilwy.jpgDari luar nampak kecil. Rumah ni memanjang ke belakang

 photo 20150906_073547_zpsy4oer74p.jpgDe’Halimun terletak di kawasan perumahan. Nun hujung sana ialah jalan besar untuk keluar ke bandar. Di tepi-tepi jalan sana ada deretan kedai makan. Jadi, tak de masalah kalau lapar malam-malam takde makanan kat bilik ๐Ÿ™‚

 photo 20150906_075647_zpsv0lymirx.jpgMeja penyambut tetamu

 photo Dsc_1005_zpsldtl3jjw.jpgBahagian dalam guest house

 photo 20150903_092904_zpsocjknih0.jpg
Standard room

 photo 20150903_092929_zpsxyzwmn2i.jpgRuang makan dan rehat

 photo Dsc_0694_zpszp9gmijo.jpgRuang makan dan rehat

 photo 20150904_071328_zpsdppo2qjt.jpgDapur dan tempat makanan dihidang. Bagi aku, ok je makanan kat sini. Boleh telan, ada rasa ๐Ÿ™‚

Kitaorang check-in hari Khamis. Ada 2-3 bilik je berpenghuni. Memang best la buat macam rumah sendiri. Budak kecil 2 orang tu bebas berlari sana-sini. Tiba hari Sabtu, orang ramai dah mula check-in. Wifi pun dah kurang signalnya :D. Famili room besar. Ada 2 katil double dan 1 sofa. Ruang kosong antara katil dan rak tv agak luas, boleh muat 1 toto. Cuma standard room agak sempit. Satu katil double, ruang kosong untuk letak beg dan solat dan 1 meja. Aku suka guest house ni ๐Ÿ™‚

2016 calendar

 photo 20160308_095412_zpsavukbulg.jpg

First time print calendar guna photobook software. Nak tunggu yang free je. Kebetulan hujung tahun lepas ada promo, sempat rembat 2. Baru siap 1. Ni dah masuk Mac dah :D. Not bad kualiti kertasnya. Tapi portrait je la yang free. Tak banyak gambar portrait. Untuk ini aku letak gambar-gambar semasa hiking trip.

Rindu sebenarnya ni ๐Ÿ˜ฆ

 photo 1457413098000_zpswpovclua.jpg

Bandung, Indonesia (3 Sept – 6 Sept 2015)

Kali terakhir aku pergi bercuti sebelum kahwin ialah trip ke Cameron Highlands. Hiking trip 2013. Lepas bertunang, tak kemana-mana. Nak simpan duit. Lepas kahwin pun tak ke mana-mana. Nak simpan duit + pregnant + malas nak berjalan. Lepas lahirkan Cik Hanaan, aku mula rasa tak kena :D. Lemau rasanya (over sungguh).

AA ada sales. Trip kali ni memang plan nak bawa parents. Sebab aku ingat lagi nak dekat-dekat aku kahwin, abah kata “susah dah la nak berjalan sekali lepas ni”. Time tu dalam hati cepat-cepat kata harap-harap tak lah sampai macam tu ๐Ÿ™‚

Maka terbanglah kami anak-beranak ke Bandung Indonesia pada 3 Sep 2015. Tepat ulangtahun Cik Hanaan pertama. 6 dewasa, 3 kanak-kanak. Husband Kak Ngah tak ikut. Cikgu sama sekolah, susah nak minta cuti serentak.

Sebelum bertolak, aku google tips nak travel dengan anak-anak. Risau sangat. Antara tips semasa berada di dalam kapal terbang yang aku jumpa dan aku ikut:

  1. Penerbangan awal pagi atau malam (masa anak-anak untuk tidur).
    – Aku beli tiket flight paling awal. Jam 6.50 pagi ๐Ÿ™‚
  2. Bawa barang atau toys kesukaan yang boleh buat anak-anak leka dan tak meragam. Ramai yang cadang bawa ipad atau gajet-gajet lain.
    – Part ni aku macam risau sebab aku memang tak bagi Cik Hanaan apa-apa gajet pun. Toys aku lupa bawa. Pasrah je la
  3. Pastikan anak-anak kenyang. Kalau tak nanti mengamuk atas kapal terbang sebab lapar.
    – Aku sempat 2 kali menyusukan Cik Hanaan sebelum berlepas. Masa dalam teksi menuju ke airport dan masa kat dalam departure hall. Tapi aku buat jugak susu siap2 dalam botol bawa naik atas kot-kot tetiba dia tak nak susu aku. Tak boleh dijangka ragam anak-anak ni
  4. Pakaikan pakaian tebal. Sejuk kan dalam kapal terbang.
    – Checked!
    Tips lain banyak lagilah. Selain daripada tu, pasrah, cool, dan enjoy the trip!

Park kereta di Putrajaya Sentral. Janji dengan suami pengasuh Cik Hanaan (beliau pemandu teksi) jumpa di sana, jam 4.00 pagi gerak ke airport. Time ni aku ingat Cik Hanaan akan tidur. Cerah bulat lagi biji matanya. Hmm..doa je lah dia tak buat perangai sebab tak cukup rehat.

Sampai KLIA2, tak sempat rehat apa pun, lepas check in bag, terus ke departure hall. Aku bawa stroller. Sebab katanya jauh jugak jaraknya. Ini kali pertama aku naik kapal terbang kat KLIA2. Fuhh nasib baik!. Memang jauh. Lepas Subuh, terus masuk menunggu kat kerusi. Cik Hanaan masih aktif. Berjalan ke sana-sini. Tapi nak dekat-dekat naik kapal terbang tu, dia nak nyusu lah pulak. Bagi botol dia tak nak. Tak sampai 5 minit nyusu, terus pejam. Fuhhh lega giler aku rasa. Jadinya sepanjang perjalanan dari KL – Bandung, Cik Hanaan tidur saja..Heheheh! (mama happy!)

Tapi anak Kak Ngah, Ayriel pulak mengamuk. Tersedar dari tidur. Tak cukup tidur la tu. Bagi apa pun dia tak layan. Ipad Kak Ngah lupa bawak. Sepanjang perjalanan dia menangis main hp menangis main hp. Orang sekeliling dah mula buat bunyi shh..shh..Alaa takyahla kot bershh..shh..Tak kena kat dorang.ย  Nasib baikla 2 jam perjalanan je kan.

Tiba di airport, Husein Sastranegara, Ayriel masih buat perangai. Lagi kuat jeritnya sebab airport tu kan kecil je. Que panjang pulak. Panas. Tak sedap duduk lah budak tu. Cik Hanaan tidur lagi, tapi masa tengah que tu dia terjaga. Macam nak start buat perangai tapi Mr.H cepat-cepat layan.

Siap semuanya, nampak seorang lelaki pegang kertas nama aku. Ok, lega sangat sebab tak perlu tunggu lama. Naik van terus ke guest house dulu.

Boleh tarik nafas lega untuk seketika ๐Ÿ™‚

 photo 5764771c-c73d-47e9-9e1b-3bc7764ee125_zps1du0ifuf.jpg