Bandung, Indonesia (3 Sept – 6 Sept 2015)

Kali terakhir aku pergi bercuti sebelum kahwin ialah trip ke Cameron Highlands. Hiking trip 2013. Lepas bertunang, tak kemana-mana. Nak simpan duit. Lepas kahwin pun tak ke mana-mana. Nak simpan duit + pregnant + malas nak berjalan. Lepas lahirkan Cik Hanaan, aku mula rasa tak kena😀. Lemau rasanya (over sungguh).

AA ada sales. Trip kali ni memang plan nak bawa parents. Sebab aku ingat lagi nak dekat-dekat aku kahwin, abah kata “susah dah la nak berjalan sekali lepas ni”. Time tu dalam hati cepat-cepat kata harap-harap tak lah sampai macam tu🙂

Maka terbanglah kami anak-beranak ke Bandung Indonesia pada 3 Sep 2015. Tepat ulangtahun Cik Hanaan pertama. 6 dewasa, 3 kanak-kanak. Husband Kak Ngah tak ikut. Cikgu sama sekolah, susah nak minta cuti serentak.

Sebelum bertolak, aku google tips nak travel dengan anak-anak. Risau sangat. Antara tips semasa berada di dalam kapal terbang yang aku jumpa dan aku ikut:

  1. Penerbangan awal pagi atau malam (masa anak-anak untuk tidur).
    – Aku beli tiket flight paling awal. Jam 6.50 pagi🙂
  2. Bawa barang atau toys kesukaan yang boleh buat anak-anak leka dan tak meragam. Ramai yang cadang bawa ipad atau gajet-gajet lain.
    – Part ni aku macam risau sebab aku memang tak bagi Cik Hanaan apa-apa gajet pun. Toys aku lupa bawa. Pasrah je la
  3. Pastikan anak-anak kenyang. Kalau tak nanti mengamuk atas kapal terbang sebab lapar.
    – Aku sempat 2 kali menyusukan Cik Hanaan sebelum berlepas. Masa dalam teksi menuju ke airport dan masa kat dalam departure hall. Tapi aku buat jugak susu siap2 dalam botol bawa naik atas kot-kot tetiba dia tak nak susu aku. Tak boleh dijangka ragam anak-anak ni
  4. Pakaikan pakaian tebal. Sejuk kan dalam kapal terbang.
    – Checked!
    Tips lain banyak lagilah. Selain daripada tu, pasrah, cool, dan enjoy the trip!

Park kereta di Putrajaya Sentral. Janji dengan suami pengasuh Cik Hanaan (beliau pemandu teksi) jumpa di sana, jam 4.00 pagi gerak ke airport. Time ni aku ingat Cik Hanaan akan tidur. Cerah bulat lagi biji matanya. Hmm..doa je lah dia tak buat perangai sebab tak cukup rehat.

Sampai KLIA2, tak sempat rehat apa pun, lepas check in bag, terus ke departure hall. Aku bawa stroller. Sebab katanya jauh jugak jaraknya. Ini kali pertama aku naik kapal terbang kat KLIA2. Fuhh nasib baik!. Memang jauh. Lepas Subuh, terus masuk menunggu kat kerusi. Cik Hanaan masih aktif. Berjalan ke sana-sini. Tapi nak dekat-dekat naik kapal terbang tu, dia nak nyusu lah pulak. Bagi botol dia tak nak. Tak sampai 5 minit nyusu, terus pejam. Fuhhh lega giler aku rasa. Jadinya sepanjang perjalanan dari KL – Bandung, Cik Hanaan tidur saja..Heheheh! (mama happy!)

Tapi anak Kak Ngah, Ayriel pulak mengamuk. Tersedar dari tidur. Tak cukup tidur la tu. Bagi apa pun dia tak layan. Ipad Kak Ngah lupa bawak. Sepanjang perjalanan dia menangis main hp menangis main hp. Orang sekeliling dah mula buat bunyi shh..shh..Alaa takyahla kot bershh..shh..Tak kena kat dorang.  Nasib baikla 2 jam perjalanan je kan.

Tiba di airport, Husein Sastranegara, Ayriel masih buat perangai. Lagi kuat jeritnya sebab airport tu kan kecil je. Que panjang pulak. Panas. Tak sedap duduk lah budak tu. Cik Hanaan tidur lagi, tapi masa tengah que tu dia terjaga. Macam nak start buat perangai tapi Mr.H cepat-cepat layan.

Siap semuanya, nampak seorang lelaki pegang kertas nama aku. Ok, lega sangat sebab tak perlu tunggu lama. Naik van terus ke guest house dulu.

Boleh tarik nafas lega untuk seketika🙂

 photo 5764771c-c73d-47e9-9e1b-3bc7764ee125_zps1du0ifuf.jpg

3 thoughts on “Bandung, Indonesia (3 Sept – 6 Sept 2015)

  1. juliezhareef 2 March, 2016 / 3:58 am

    travel dgn anak kecik mmg mencabar gila, lagi2 kalau dia meragam menjerit dlm flight…fuhhh. pastu, kalau dia berak….adoi…malas btol nak bangun pi toilet yg sempit dlm flight tu.

    • whooz 3 March, 2016 / 2:03 am

      memang! part ke toilet takde experience lagi..hehehhee..tapi boleh bayangkan

  2. deidaa 9 March, 2016 / 11:56 pm

    Penah aku naik flight KL-KB (masa tu dina baru 10bln)… masa tgh queue nak masuk tu dia ckp “alahai comelnya diaaa… tapi nanti dalam flight jgn nanges ye.. nanti kami makcik cili2 kan mulut tu”

    Ya Rabbi.. nama lagi baby… dah mmg sifatnya menanges kalau nak apa2 @ tak kena.
    Smapai harini mmg aku ingat.. mcm lah makcik tu tak pernah ada anak.. mcm lah anak dia tak penah nanges grrrr!

    Alhamdulillah dina tak nanges, membebel jah dlm flight huhu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s