Obses Mama

Sejak kena tinggal 2 minggu, Hanaan jadi obses sangat dengan aku. Seminggu pertama dia jumpa aku, dia memang “buli” aku cukup-cukup. Nak aku je dukung dia. Nak aku je mandikan dia. Tak boleh sesaat pun aku hilang dari dia. Kalau tengah tengok TV sama-sama, kemudian aku bangun pergi dapur, berlari dia kejar aku 😀 .

Naik kereta sekarang ni susah sangat nak letak dalam baby seat. So aku letak sebelah je. Pulak tu dia bukan nak duduk situ pun. Dia datang duduk kat tengah-tengah, pastu letak kepala atas riba aku. Time manja dia datang, sikit-sikit “nak eluk” (nak peluk) :D. Semua barang dalam kereta tu mama yang punya. Jari tunjuk stereng sebut “mama nye”, tunjuk radio “mama nye”. Memang mencabar aku bawa kereta dalam 2-3 minggu ni.

Mulut dia pulak tak lekang sebut “mama, mama, mama” atau pun “mama hanaan” atau “hanaan mama” :D. Semua barang-barang kepunyaan mama orang lain tak boleh sentuh. Sehinggakan ada satu hari tu aku masak ape ntah tak ingat, husband ambil nak suap dalam mulut. Budak Hanaan ni menjerit “mama nyeeeee!” sambil muka tak puas hati. Pastu membebel apa pun aku tak faham.

Pengalaman kena tinggal 2 minggu betul-betul bagi kesan kat dia. Aku fikir perkara tak besar mana tapi bagi dia itu adalah pengalaman buruk agaknya. Sorry Hanaan :(.

Tapi yang bestnya, disebabkan dia nak melekat dengan aku je, time pergi shopping, dia sangatlah behave duduk dalam troli. Kalau tak sebelum ni, tak sampai 5 minit terus melompat-lompat nak keluar dari troli dan nak jalan (berlari) sendiri :D. Sangatlah tertekan pergi shopping dengan budak kecik ni 😛