Putrajaya Skyride Festival Park – SkyKids

Last week, bila Kak Ngah bagitau nak datang KL dan nak bawa budak-budak pergi main, aku blank sebab tak tau nak bawa pergi mana. Mulalah search on internet dan jumpa macam-macam. Kebanyakkan nya berbayar dan mahal😦. Ada la free macam taman permainan kat KLCC , Tasik Titiwangsa, Tasik Perdana dll. Tapi aku malas nak masuk KL. Malas nak bersesak.

Cari punya cari jumpa tempat ni di Putrajaya. Tak pernah datang sini. Rupanya kat sini tempat orang naik belon udara panas tu. Pernah nampak belon udara panas dari jauh je. Kitaorang sampai dalam jam 2.30ptg. Tak de orang pun. Ada bahagian-bahagian ditutup under maintenance. So aku tak dapat nak cerita apa yang best kat sini😀. Kitaorang pergi sana pun sebab ada satu bahagian untuk kanak-kanak, SkyKids. Bayar RM10 untuk 2 jam. Parents tak perlu bayar. Memang best giler lah budak bertiga tu sebab tak de orang lain pun main kat situ😀. Ada macam-macam barang permainan kat dalam tu. Beraircond pulak. Bagi aku tempat ni sangat OK. Parents boleh lepak luar sambil tengok anak-anak sebab dindingnya kaca. Kat luar tu pun ada buaian dan pondok boleh lepak-lepak.

 photo 1475630329000_zpsuhy7gxpa.jpgbahagian luar SkyKids

 photo 1475630480000_zpsq0ikzmsz.jpgbahagian dalam SkyKids

 photo 20161001_152506_zpsz7dp5aji.jpgada jual aiskrim dan barang-barang permainan juga

Selesai kat situ, kitaorang pergi solat dan lepak kejap kat dataran depan masjid. Dalam masjid pun ada kawasan untuk anak-anak bermain. Memang suka hatilah budak-budak tu. Non stop bermain. Bertenaga betul. Masa lepak kat dataran kena paw dengan budak-budak ni pulak😛. Kebetulan ada orang menjual barang mainan kat tepi kereta aku😦

 photo IMG_20161001_183151_zpsdapz5bh8.jpg

Iris, anak sulung Kak Ngah, tak habis-habis cakap bestnye duduk KL. Ada banyak permainan😀. Senang kan dorang ni berhibur. Tak perlu ke tempat mahal-mahal pun. Taman permainan kat tepi rumah pun dah happy sesangat🙂. Tapi kalau dapat pergi Disneyland tu kira rezeki lah😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s