Pantai Bagan Lalang

 photo 1475630205000_zpsumnabe58.jpgHappy betul Cik Hanaan hujung minggu lepas. Sabtu main dengan Kakak Iris dan Ayriel. Ahad main air kat Pantai Bagan Lalang. Kamu memang berhak untuk berasa gembira sepanjang masa. Maafkan mama jika ada masa kamu terpaksa bersedih😦

Ahad, cuti Awal Muharram aku ajak husband dan Eddy pergi camping di Pantai Bagan Lalang. Lama dah nak camping, tapi asyik tak de masa. Bawa 20 ketul ayam untuk dibakar, nasi sebekas, roti dan bihun goreng sebekas.

 photo 20161002_170235_zpsoiudiae8.jpg

Ramai sungguh orang. Ada yang bercamping dari semalam. Maybe “checkout” harini. Aku sampai sana dalam jam 11. Kebetulan ada tempat kosong, terus pasang khemah. Dalam khemah masih ada sisa pasir. Mungkinkah pasir Pantai Bagan Lalang yang aku datang beberapa tahun dahulu dengan GGK?😀

 photo IMG_20161002_122939_zpswdodxeq0.jpg

Ini pengalaman pertama Cik Hanaan berkhemah. Suka je dia keluar masuk pintu khemah. Time dia basah, aku suruh dia duduk luar. Ok je dia lepak-lepak depan pintu khemah sambil jenguk-jenguk aku kat dalam🙂 . Ok next time kita cuba bermalam pulak ye.

 photo IMG_20161002_190312_zpsrh97cnpd.jpg

Kami lepak kat sana sampai Asar. Jam 6.00 ptg pergi ke HM Bagan Lalang untuk makan seafood. Kalau ikut plan asal, aku nak beli seafood dan balik bakar kat khemah. Tapinya ayam yang 20 ketul tu tak habis dimakan, jadi malas pulak nak pergi beli lauk basah. Order lauk sahaja sebab masing-masing tak nak makan nasi dah. Ikan jenahak bakar so-so saja. Yang sedap siput pepahat cili, udang butter dan kepah serai🙂

 photo 20161002_174813_zps444nyo43.jpgCik Hanaan dah bad mood sebab letih main air. Langsung tak tidur hari tu

2 thoughts on “Pantai Bagan Lalang

  1. Kay 6 October, 2016 / 6:49 am

    Hahahaha… lama tak berkhemah ye? sib baik khemah tak reput

    • whooz 7 October, 2016 / 2:00 am

      rasanya ada part yang reput sebab masa angin kencang kat pantai tu, dia punya bumbung tu macam ada koyak😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s