New Zealand Trip Day 1 & Day 2 (Auckland – Christchurch – Lake Tekapo)

Aku dah rajin sikit ni nak update pasal trip ke NZ. Harapnya sampai habis la🙂

Jom!

Auckland-Christchurch

 photo 20160802_134338_zpswakm9rjv.jpg

 photo 20160802_173603_zpsfsgmwwpv.jpgBermalam di Auckland 1 malam di Ibis Budget Hotel Auckland. Jalan kaki dalam 15 minit dari Auckland Airport. Tapi dengan beg segala tu nak dekat 30 minit jugak. Sampai je kat hotel, kami nampak troli airport tersusun di tempat park kereta😀. Nak marah diri sendiri rasanya😀. Bilik hotel kecik sangat. 1 Queen bed, 1 bunk bed. Berhampiran dengan pasaraya Countdown. Harga lebih kurang NZD112/night.

 photo 20160802_212157_zpsy3p61jlm.jpgFlight Jetstar ke Christchurch keesokkan paginya jam 6.45 pagi. Kitaorang ambil shuttle bus NZD5/person dari hotel ke airport. Mesin tiket ada di sebelah receptionist hotel.

 photo 20160803_050556_zpsadlf4skk.jpgSurau di domestik airport di tingkat 1. Dalam peta macam senang je nak cari. Tapi punyalah susah. Rupanya terselit di lorong-lorong.

Christchurch – Lake Tekapo

 photo 2016_10_10_11_44_06_Christchurch_New_Zealand_to_Lake_Tekapo_New_Zealand_Google_Maps_zpsuohvuwy8.png

 photo 20160803_084523_zpsvb7synjx.jpgTiba di Christchurch Airport jam 8.10 pagi. Guna free phone di airport tu untuk call Jucy Car Rental minta dorang datang ambil kitaorang ke office Jucy.

 photo 20160803_091715_zpsdzdx5cq5.jpg

 photo 20160803_091730_zpsh7cztp4c.jpgLama jugak urusan nak ambil campervan kat office Jucy tu. Ada demo untuk pasang snow chain. Kitaorang sewa jugak snow chain sebab dijangka sepanjang minggu kat di South Island tu, akan turun salji dengan lebat. Siap semua angkut beg masuk dalam campervan, kitaorang gerak ke McD dulu beli minuman panas. Sejuk sebab hujan tak henti-henti sejak dari airport. Aku drive untuk trip ke Lake Tekapo ni.

 photo Dsc_0004_zps7c9my7jo.jpgIni Jucy Condo yang kami guna sepanjang di South Island. Berkenan betul dengan van ni. Warna yang terang dan gambar perempuan seksi😀. Dalam van ni ada segala macam, sofa bed, kelengkapan tidur, dapur, fridge, sinki, pinggan mangkuk segala barang😀. Harga NZD757 untuk 9 hari.

 photo 20160803_114230_zps5ctaqqku.jpgSeterusnya kitaorang ke pasaraya Countdown untuk beli barang-barang masak.

 photo fde1b0df-7ed9-4091-a914-3dd93223f202_zpsmcxuneat.jpgDah sampai NZ ni, benda pertama yang dicari mestilah kambing biri-biri kan. Dah katanya populasi biri-biri lebih banyak dari manusia😀. Ini kami jumpa sebaik sahaja keluar dari bandar Christchurch.

 photo bc176b50-a22c-4952-b0df-cbf09db29199_zpstctyjbqh.jpgDah mula nampak view macam ni dah. Aku bawa van pun excited sangat.

 photo eb19dd3c-ac0f-4307-8560-63e53e396248_zpsauhqsirf.jpgHaiwan paling cantik yang kami jumpa🙂. Camera friendly kot dorang ni. Kitaorang stop nak ambil gambar gunung, tiba-tiba 4 ekor ni datang interframe😀. Comel! Pulak tu tak berganjak langsung. Sehingga kami naik van semula baru 4 ekor ni beredar. Ini Llama kan?

 photo 3ae7db24-b1c8-4704-941a-dc93f5e98620_zpskxjaxnrv.jpgIni jambatan 1 lorong pertama yang kami jumpa. Arrow merah bermaksud kita kena stop untuk beri laluan kenderaan dari arah bertentangan (arrow hitam) lalu dahulu.

 photo 20160803_144309_zpsxs7w7tbd.jpgKira-kira sejam lebih perjalanan , kitaorang berhenti di Geraldine Information Centre. Untuk makan dan ke toilet. Sempat juga aku pos poskad dari sini. Poskad berharga NZD0.60, setem NZD2.20

 photo Img_0229_zpstso5jjjg.jpgPokok kering, tasik, gunung dan salji. Perfect!

 photo Img_0204_zpsuyhils8s.jpg

 photo 20160804_073014_zpspkhvu15l.jpg
Hampir 4 jam perjalanan, kami sampai di Lake Tekapo Motels & Holiday Park. Ini view depan cabin kami. Salji!!!

 photo 20160804_073150_zpsgnqaxo19.jpg
Yang warna kuning tu kabin kami. Harga NZD139/night

One thought on “New Zealand Trip Day 1 & Day 2 (Auckland – Christchurch – Lake Tekapo)

  1. Kay 10 October, 2016 / 1:48 am

    haritu baca kat hp aku ada nak komen tapi hari ni lupa dah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s