New Zealand Trip Day 4 (Mt Cook – Dunedin)

Aoraki Mt Cook

 photo 771c123a-c509-4c44-aa8e-e4e50c21792d_zpshlzixyxj.jpg

 photo Dsc_0156_zpsa2b7vis8.jpg Ruang makan dan dapur di Alpine Lodge. Sangat selesa.

 photo food mt cook_zpsmxexxhhx.jpgDinner makaroni, sup keledek dan chicken wings

 photo 20160805_085857_zpstgeody2c.jpgBreakfast dengan sup ubi keledek. Habiskan yang semalam punya. First time makan ni, sedap. Cara nak buat: Rebus halia dan ubi keledek. Tambah gula perang secukup rasa. Masak hingga empuk. Memang boleh panaskan badan.

 photo 20160805_091537_zpsfkqwhrbb.jpg

 photo 20160805_091530_zpsgfx8ieot.jpgPermandangan pagi. Seluruh jalan dipenuhi salji. Mula terfikir nak kena pakai snow chain atau tidak. Kami tengok kereta lain tak pakai pun. Jadi kami pun tak pakai. Jika keadaan buruk akan ada papan-papan tanda disepanjang jalan menyuruh pemandu memasang snow chain pada kenderaan masing-masing. So far takde dan van boleh bergerak seperti biasa.

Mt Cook – Dunedin

 photo 2016_10_10_16_38_27_Aoraki_Mount_Cook_National_Park_to_Dunedin_New_Zealand_Google_Maps_zpsm1z1gxhu.png

 photo IMG_0386_zpskbelr5yz.jpg

Sekali lagi kami lalu Lake Pukaki yang biru turquoise warnanya. Sebelum sampai ke Dunedin, kami singgah di Kaitiki Lighthouse terlebih dahulu. Salah seorang dari group ni peminat peguin. Di Kaitiki Lighthouse memang boleh nampak penguin tapinya waktu tertentu sahaja. Kami mencuba nasib😀

 photo Dsc_0232_zpslt5drwlf.jpg
Tiba di Omarama, nampak tugu biri-biri ni. Stop la kejap

 photo Dsc_0198_zps2zih73is.jpg

 photo Dsc_0202_zpsh2xgjacb.jpgKemudian stop di Twizel for coffee, toilet dan isi minyak. Sukalah pekan Twizel ni. Kecil tapi semuanya ada.

 photo 20160805_134924_001_zpsiicnfsfd.jpg

Stop bergambar lagi🙂

 photo IMG-20160804-WA0014_zpswwus9i5m.jpg
Dah nak sampai ke Kaitiki Lighthouse, kami tersalah jalan pula. Dekat je pun cuma tersalah masuk simpang. Bila dah sedar jalan mati, kami pun cuba uturn ke jalan besar. Malangnya tayar van terlekat di tanah lembut. Panic giler sebab tempat tu langsung tak de orang. Yang ada rumah buruk dan cafe yang tak de orang. Sunyi sepi. Kat bawah bukit sikit ada bot. Kebetulan sebelum datang ke NZ ni, aku ada terbaca kisah satu pasangan ni yang tayar van dorang jugak terlekat di tanah lembut. Tapi nasib dorang baik sebab tanah tu tanah laman rumah orang. Jadi tuan rumah tu tolong.
Dalam gambar tu kami cuba korek tanah yang terlekat di tayar menggunakan hiking stick yang sepatutnya guna di Mt Cook dengan harapan tayar kurang licin dan boleh gerak tapi tak boleh juga. Tiba-tiba hujan pulak. Sedang berusaha keluarkan tayar dari situ, datang satu mini lori. Terus minta tolong dia tarik van dengan lori dia. Berjaya! Aku lupa dah nama dia tapi dia gelak je tengok kami tersekat😀.

 photo 20160805_162727_zpsx4c50pyz.jpg
Habis rosak tanah orang

 photo Dsc_0296_zpsfl5gzffa.jpg

 photo Dsc_0293_zpsjizssx9n.jpg

 photo Dsc_0294_zpsw2ju4dxe.jpg

 photo Dsc_0270_zpsgeyzxsv0.jpg

 photo 20160805_165651_zps8jk0q7nu.jpgDalam kurang 10 minit kami sampai di Kaitiki Lighthouse. Ada 1 kereta je di car park. Kami tak lama pun kat sini sebab masih ada lebih kurang 1 jam untuk sampai di Dunedin dan hari makin gelap. Kawan aku kata dia nampak penguin tapi kitaorang tak percaya sebab dia sorang je yang nampak😀

 photo 20160805_195745_zpsofegq0bt.jpg
Kitaorang sampai Dunedin dalam jam 7pm dan terus pergi dinner kat luar. Harini janji jumpa kenalan salah seorang dari group aku ni yang menetap di sana. Kami order pizza salmon (sedap tak terkata), seafood dan ayam. Selesai dinner pergi ronda-ronda Dunedin kejap. Tak lama pun sebab suhu terlalu sejuk. Masing-masing macam nak demam dah

 photo 20160805_211940_zpsv4bvhqgt.jpg
Dunedin dari atas bukit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s