New Zealand Trip Day 8 (Lake Hawae -Franz Josef)

Lake Hawea – Franz Josef

 photo LH FJ_zpscm2m3i1t.pngSelesai checkout dari Lake Hawea Hostel, kami teruskan perjalanan ke Franz Josef. Perjalanan hari ni pun nak cepat sampai juga sebab plan nak tengok glacier di Franz Josef. Tiap-tiap hari terkejar-kejar masa 😀
 photo Dsc_0577_zpsdivbmdon.jpg
 photo Dsc_0585_zpsooacaynk.jpgSinggah sekejap di Lake Hawea Lookout
 photo Dsc_0600_zpshkmysgfm.jpgSinggah untuk ke toilet, nampak pula view tasik yang sangat cantik 🙂
 photo Dsc_0623_zps7opsdr68.jpgJumpa sungai yang sangat jernih 🙂
 photo Dsc_0641_zps9i6rk4qt.jpgKemudian ternampak signboard waterfall, singgah kejap 🙂
 photo 20160809_114928_zpsj7fh8smh.jpg
 photo 20160809_114140_zpsktrt6fin.jpg
Jambatan Gates of Haast. Di sini sepatutnya boleh nampak air terjun tapi disebabkan musim sejuk, tak de air mengalir pun :D. Ada laluan jalan kaki untuk ke bawah tapi kami tak turun sebab tak de apa nak di lihat

Franz Josef Glacier

Salah satu sebab kenapa kami plan route melalui Franz Josef ialah sebab nak tengok glacier. Tapi glacier yang ada sukar dilihat sebab terlalu jauh. Kebiasaannya bagi mereka yang ada bajet lebih, akan naik helikopter. Bayaran lebih kurang Rm300 untuk 10 minit. Kitaorang pun hampir-hampir nak naik heli tapi last minit ada halangan jadi batal 😦

 photo 20160809_171121_zpsmcd08grp.jpgLaluan dari entrance. Agak-agak ada dalam 3km pergi balik
 photo 20160809_154323_zpso0pioyjh.jpg
 photo Dsc_0688_zps4rh5mipw.jpg
 photo 20160809_161603_zpsbffc1fhj.jpgSampai sini saja. Tengok glacier dari jauh
 photo Img_0920_zpsvyg37ui3.jpgZoom
 photo Img_0921_zpsstslhiep.jpg
 photo Dsc_0672_zps5n4jkttg.jpg
Tak lama pun kat sana sebab hari makin gelap nak hujan. Berlari balik ke van. Terus ke penginapan, Franz Josef TOP 10 Holiday Park and Motels.
 photo 20160809_205112_zps7cvw0sr0.jpgDinner 🙂

New Zealand Trip Day 7 (Te Anau -Milford Sound-Lake Hawae)

Te Anau – Milford Sound

 photo te anau to MS_zps3wnjadul.png

Disebabkan perjalanan hari ini agak jauh, kami beli tiket cruise yang paling awal iaitu jam 9.30 pagi. Seawal jam 6.30 pagi kami dah bertolak dari Te Anau dengan jangkamasa 2 jam akan tiba di Milford Sound. Perjalanan lancar walaupun gelap gelita dan cermin van penuh dengan ais.

 photo Dsc_0532_zpsbzlhu7vb.jpgDari tempat parking menuju ke entrance

 photo Dsc_0537_zpscd1nfwnd.jpgView dari laluan pejalan kaki
 photo Dsc_0527_zpskiyris3p.jpgEntrance

 photo 20160808_092202_zpsigrakvox.jpgKami beli tiket cruise dari Jucy untuk dapatkan diskaun sebab sewa van dari Juicy juga. Ada banyak trip cruise dari company lain. Jucy yang paling murah.
 photo Dsc_0537_zpscd1nfwnd.jpg
 photo 20160808_094301_zpsvmf9r5ua.jpgAda disediakan teh dalam cruise.
 photo 20160808_094149_zpsbozf6kdt.jpg
 photo 20160808_105040_zpswmzvxx9g.jpg

 photo Img_0741_zps95lnedsm.jpgSinga laut sedang berehat

 photo Dsc_0462_zpsptnyeqz3.jpgDolphin!

 photo Img_0720_zpsuhwl9jh8.jpg
 photo Dsc_0459_zpsjptu1f3u.jpg
Memang layanlah lepak atas ni tapi sangat sejuk! Kebas rasa pipi.

Selesai 2 jam, kami mendarat. Cepat-cepat breakfast dan terus gerak ke Lake Hawea. Jauh lagi perjalanan.

 photo 20160808_123422_zpsacuofl3w.jpgTiba di satu bahagian, hanya jalan 1 lorong melalui terowong. Lebih kurang 1km lebih jauhnya. Berpandukan lampu isyarat, kami tunggu turn untuk melalui terowong tu.

 photo 20160808_123536_zpsr3fyojzg.jpgKena stop betul-betul kat situ barulah lampu isyarat aktif

 photo Img_0788_zpswilmdu6d.jpg

 photo Img_0789_zpsxdxivjb3.jpgKenderaan dari arah bertentangan
 photo 20160808_124134_zpsqi0wxsam.jpgDalam terowong

 photo 20160808_124658_zpsiin5u2tq.jpgSelalu sangat ada kejadian salji runtuh di sini, jadi amat penting untuk check road closure sebelum datang ke sini.

Milford Sound – Lake Hawea

 photo MS to Lake Hawea_zps667spha2.png

 photo Dsc_0558_zps4agszvjm.jpgDalam perjalanan jumpa biri-biri dan gunung warna emas

 photo Dsc_0552_zpsvdaxzrwa.jpgTak ingat kat mana tapi view ni sangat ummph!

 photo Dsc_0571_zps3seppdfy.jpg
Kami tiba agak lewat di penginapan, Lake Hawea Hostel. Sebab sejuk sangat, kami request bilik hotel instead of cabin. Maka penginapan di Lake Hawea adalah yang paling mahal. Lebih kurang RM600 :D. Malam tu dinner Maggi Mee. Breakfast esoknya pun Maggi Mee 😀