Day 3 – A beautiful scenery

Previous :

Day 1 – Jalan-Jalan Tengok Kangaroo

Day 2 – Brisbane City Tour

Awal pagi lagi kami dah keluar dari rumah. Sebab nak pergi lagi sekali ke Mt Coot-tha. Tak puas hati semalam tak jumpa kan. Dekat je tempat ni dari rumah, tu yang boleh pergi banyak kali. Rupanya dari Botanical Garden, kena terus naik atas, baru sampai di lookout point. Tapi jalan agak sunyi, rasanya kalau semalam kami pergi jugak, maybe patah balik. Kiri kanan pokok je, takde lampu jalan pulak tu. Sepanjang kat sini, kalau tersesat sikit ke kawasan sunyi-sunyi, mesti teringat siri-siri Criminal Mind πŸ˜€ . Awal pagi, orang pun tak ramai sangat. Ramai yang jogging dan cycling lah kat situ.

Nama asal Mt Coot-tha ialah One Tree Hill. Remember siri One Tree Hill? Ade kaitan ke?. Ntah. Asalnya dulu-dulu orang-orang asli di sini selalu naik gunung ni untuk collect madu lebah (ku-ta). Lama-kelamaan nama nya pun ditukar kepada Mt Coot-tha. Cool kan? Tempat ni macam Lookout Point yang di Ampang tu lah. Yang boleh nampak KL tu. So kat Mt Coot-tha ni boleh nampak bandar Brisbane. Cun!. Kalau sunset lagi cantik rasanya. Kitaorang tak lama pun kat sini. Masuk kedai cenderahati kejap. Usha-usha harga nanti nak compare dengan kedai-kedai di Gold Coast pulak kan.

Destinasi seterusnya, Byron Bay. Nak pergi tengok rumah api. Rata-rata komen pelancong, wajib pergi sana. Sangat berbaloi. Rugi tak pergi. Maka, pergilah jugak kami ke sana walaupun jarak dari Brisbane ke Byron Bay tu hampir 100km. Byron Bay ni ke arah selatan, menuju keΒ  Sydney. Perjalanan dari Brisbane ke Gold Coast, agak bosan sebab banyak bangunan dan hutan sikit-sikit. Melepasi Gold Coast, permandangan semakin cantik. Gunung-ganang di kiri kanan. Terus aku teringatkan GGK πŸ™‚ .

Next trip nak datang sini lahDi katakan orang Sarawak pernah datang ke sini, berperang

Nak aje lajak ke Sydney kan

Dari Gold Coast ke Byron Bay, ini lah view sepanjang jalan

“Itik melintas” di pekan Byron Bay

Nampak exit ke Byron Bay, dah happy :). Risau sesat je. Kami lalu jalan kecil dalam pekan. Kiri kanan ada rumah, kedai. Kebetulan hari tu juga ada pasar. Tapi kami tak sempat nak singgah. Kejar masa. Jalan agak sesak. Driver dah risau-risau takut ada roadblock bla..bla. Rileks bro, kalau ada roadblock pun, kita tak de buat salah ape kan :). Lama-kelamaan baru dapat tahu, jalan sesak sebab rupa-rupanya Byron Bay ni memang tempat popular beraktiviti hujung minggu. Diorang datang for surfing, clubbing, shopping, rilek2 . Kitaorang follow je signboard “lighthouse”. Jalan semakin kecil dan mendaki. Mencabar jugak. Finally nampak lighthouse dari jauh. Yeayyyyyyy! Speechless sekejap bila tengok permandangan sekeliling. Sangat cantik! Subhanallah.

Byron Bay letaknya paling timur di tanah besar Australia. Jika datang pada musim-musim tertentu, dapat tengok kehadiran dolphin, penyu dan ikan paus di sekitar lighthouse ni. Cuaca panas dan berangin, best jalan-jalan. Ada beberapa port yang disediakan untuk berehat dan bergambar. Ada orang joging juga. Berbaloi joging kat sini sebab tanah kat sini ada yang rata, mendaki, turun bukit, boleh rasa semuanya. Disamping angin bertiup, fuhhhh , kalau ada rezeki lain kali nak datang sini lagi awal-awal pagi, jogging seround dua πŸ™‚ . Kalau tak nak joging, just walking hingga ke hujung tanah. Tapi kami tak sempat nak ke sana sebab masa. Belek-belek balik itinerary dalam tour pamphlet, selalunya untuk aktiviti di sini perlu 1 hari. Dari pagi hingga sunset. Tapi tak apa lah, ini pun sudah memadai. Puas hati :). Masuk kedai cenderahati, beli miniature lighthouse dan sambung journey ke Gold Coast. Bye-bye Byron Bay πŸ™‚

Sebab masa tak cukup, tak sempat nak ke hujung sana 😦

Close up hujung tanah

Untuk layan gambar syok sendiri πŸ™‚

Ok, last gambar lighthouse πŸ™‚

Ke Gold Coast, turn aku pulak drive. Yessss! Kalau jadi penumpang, ngantuk gilerrr weh. Highway jam sikitlah. Hari pun dah makin gelap. Destinasi kami, Harbour Town. Hajatnye nak cari souvenir dan barang-barang mentah untuk masak sikit. Tapi sampai-sampai je, kedai banyak dah tutup. Nasib baik ada 2 supermarket masih beroperasi. Jumpa kuah rendang segera diimport dari Malaysia. Syukur! Beli kentang, jadi menu malam tu rendang kentang πŸ™‚ . Beli beras jugak, agak mahal beras kat sini jika diconvert ke RM. Beli buah. fresh-fresh buahnya. Nak cari ikan bilis, memang tak jumpa. Diorang tak jual ikan bilis sekor-sekor macam kat tempat kita. Semuanya dalam bentuk minyak. Dalam minyak tu ada la sekor dua. Mungkin kedai ikan/daging ada jual ikan bilis sekor-sekor. Nak pergi beli daging/ikan, kedai halal dah tutup lah pulak. Pukul 5.30 dah tutup bisnes.

Sampai rumah dalam pukul 7 lebih. Dah gelap pun. Masak-masak, makan, discuss-discuss pasal esok punye trip, tengok-tengok gambar (ini part yang paling syok) dan tidur dengan nyenyak sekali. Penat.

Next: Day 4 – Seaworld!

Advertisements

Day 2 – Brisbane City Tour

Previous – Day 1 – Jalan-jalan tengok kangaroo

30/05/2011

Jam 8.30 pagi kami dah berada di pejabat Alpha di Moorooka untuk return kereta. Janji dengan Saiful (yang tolong carikan rumah dan kereta) untuk ambil kereta Jamal di pejabat Alpha. Sedikit salah faham berlaku. Sepatutnya kami semua tak perlu ke Alpha. Cukupla seorang sahaja. Sebab kereta Jamal tu tak de baby sit, macam mana nak bawa budak kecik tu. Kawan aku ni dah sewa baby sit dari orang lain, dan orang tu akan datang pasang sendiri di rumah. Jadinya, aku, kawan aku dan anaknya terpaksalah menunggu di Aplha lebih kurang sejam menunggu husband kawan aku datang dengan kereta yang lengkap dengan baby sit tu. Rules di sini, baby sit tu perlu dipasang oleh pihak yang memberi sewa. Sebab kalau penyewa yang pasang sendiri dan apa-apa terjadi (kemalangan), yang memberi sewa tu akan kena denda. Jadinya, pagi tu kami dah membazir lebih kurang 2 jam. Plan pun dah terganggu sikit. Untuk meredakan tension, kitaorang pun pergi shopping dan cuci-cuci mata πŸ™‚ .

Di South Bank Riverside Park ada Lifestyle Market pada setiap weekend. Pusing-pusing cari parking, tak de. Hampir nak park di tempat illegal, tiba-tiba nampak 2 orang polis pakai seluar pendek mengayuh basikal dengan laju. Rupa-rupanya diorang nak kejar orang yang park kereta di tempat yang illegal kat depan kitaorang. Cekap sungguh. Denda parking di tempat illegal aku tak sure berapa tapi kalau parking tapi tak bayar kat mesin tepi-tepi jalan tu, 1 kereta 50 AUD. Huhhuh nangis weh. Tak nak cari pasal, kami park di dalam bangunan. Parking per entry 5AUD. Mahal!

Macam-macam benda lah yang dijual disini. Booth tilik nasib pun ada. Tengokkan rupa yang menilik nasib tu, memang macam dalam tv tu lah. Kat sini aku beli sourvenir di booth yang jual barangan kulit. Kulit buaya, kulit kangaroo. Errr scrotum kangaroo pun boleh buat sourvenir. Buat lighter. Pelik-pelik.

Habis pusing pasar, kitaorang gerak ke park di tepi sungai. Kawasan kat situ sangat bersih. Nak bergolek-golek atas rumput tak de hal. Ada tahi burung ke apa, tu aku tak sure lah πŸ˜€ .Β  Hari tu memang park tu penuh dengan orang. Macam-macam aktiviti. Berjemur dengan 2 piece :), berkelah, tidur, masak-masak, lepak-lepak baca buku, main kejar-kejar dengan anak. Best. Di South Bank tu jugak ada jeti untuk Brisbane Cruise. Kitaorang tak naiklah, mahal tiketnye.

pool tepi sungai

Perut dah lapar, kitaorang tukar plan. Pergi beli barang-barang mentah, balik rumah, masak, rehat-rehat kejap, solat dan keluar balik. Itu bestnye tak ambil tour pakej, sukahati nak pergi mana ikut masa sendiri πŸ™‚ . I like! . Tambah-tambah travel dengan budak kecil yang mana moodnye tak boleh dijangka. Petangnya kami ke Mt Coot-tha Lookout dengan harapan untuk tengok sunset. Tapi sebab tersalah masuk, jadi bersunset di tempat lain πŸ™‚ . Dah siap bawa bekal roti telur bergula ni konon nak makan-makan sambil tengok sunset πŸ˜€ . Di Mt-Coot-tha tu ada a few attaractions lain. Kami dah termasuk ke Botanical Garden yang mana pukul 5 petang dah tutup. Tak perasan pulak signboard ke lookout point tu kena terus lagi. Dengan frustnye, kitaorang ke Kangaroo Point untuk enjoy Brisbane night view :).

Brisbane River view dari tempat rendah

Brisbane River view dari tempat tinggi

Di Kangaroo Point, tak ramai yang lepak. Tapi ramai yang jogging. Yang muda berjogging, yang tua berjalan. I like! Kangaroo Point ni pun di tepi sungai. Bersih sungainya, tak de bau busuk. Lepak-lepak kat situ, makan-makan, tengok-tengok lampu bangunan-bangunan tinggi di Brisbane, senyum-senyum kat orang sedang jogging. Actually Kangaroo Point ni ada 2 bahagian. Satu di tepi sungai (tempat yang kitaorang lepak) dan satu lagi kawasan tinggi dari sungai yang berdekatan dengan Story Bridge. Tanya satu couple warga emas ni macam mana nak ke Story Bridge. Teringin nak tengok Story Bridge ni sebab kat situ ada aktiviti panjat jambatan (asal panjat je aku excited lebih) dan boleh tengok view Brisbane pada ketinggian berapa ntah. Tapi untuk buat aktiviti tu kena book online dan ambil masa 2 jam. So, kitaorang tak buatlah, pergi nak tengok je macam mana rupanya.

Dah lepak kat Kangaroo Point, dah tengok dan lalu atas Story Bridge, search di GPS apa tourist attaractions yang berhampiran, kitaorang ke Chinatown pula. Aku sangka kan suasana macam Chinatown di Singapura yang mana berderet kedai-kedai sourvenir murah-murah. Yang aku nampak kat situ banyak kedai makan. Kedai sourvenir yang buka pun 1 je. Satu hal yang tak best kat sini, bussiness hour diorang sampai pukul 5.30 petang je. Time tu dah masuk maghrib. Pusing-pusing dah tak tau nak pergi mana, kitaorang balik rumah. Masak-masak, makan-makan, discuss untuk aktiviti esoknya, dan tidur πŸ™‚

di Chinatown Mall

Next: Day 3 – A beautiful scenery

Day 1 – Jalan-jalan tengok kangaroo

28/04/2011 – 29/04/2011

Flight ke Gold Coast jam 9.25 malam. Not bad lah Air Asia X ni. Aku dapat pulak seat berdua dan aku duduk sorang, bahagianya rasa. Tapi flight balik ke KL aku dapat seat bertiga dan full pulak tu. Tak bahagia langsung. Tiba di Coolangatta Airport jam 7.25 pagi. Waktu di Malaysia jam 5 ++ pagi. Aku sms untuk report ketibaan, ma je yang reply cepat. Proses nak lepas kastam sangat lama. Check borang declaration, bla..bla.. soal itu ini. Kemudian kena pergi kat kaunter untuk check barang-barang yang tak dibenarkan masuk Australia. Kitaorang memang dah tahu ada barang yang tak boleh lepas. So tak de lah bawa banyak sangat. Rugi je kena rampas nanti. Dari beg aku diorang rampas Instant Campbell Mushroom Soup. Alasannya ada bahan “susu”. Sebarang susu dari Malaysia tak dibenarkan masuk kecuali susu baby. Nasib baik aku bawa sekotak je. Kawan aku pulak lagi kesian. Susu anaknye tak lepas. Susu baby tak boleh unpack then letak dalam container. Mesti dalam pek yang dari kedai tu. Macam-macam la. Kesian diorang, hampir setengah pek tu. Nestum pun dirampasnya sebab letak dalam container. Selain dari susu, tak sure lah barang apa yang tak boleh bawa masuk Australia. Ada satu famili kat kauter sebelah tu, banyak betul barang kena rampas. Gelang kayu yang aku pakai pun diorang soal. Aku suka giler gelang yang Thirah belikan dari Mekah tu, nasib baik tak dirampasnya.

Selesai semua, kitaorang keluar dari bangunan airport dan tunggu orang dari Aplha Car Rental datang pick up ke office untuk ambil kereta. Kitaorang sewa kereta dari Aplha untuk 1 hari then pulangkan kat office Alpha cawangan Brisbane di Moorooka. Sehari 76++ AUD (termasuk GPS + baby sit). Baby sit wajib untuk kanak-kanak hingga umur 8 tahun. Kalau tak kena denda 300AUD. Untuk hari-hari seterusnya kami sewa dari Jamal, kawan atas kawan punya kenalan. SehariΒ  30AUD. Destinasi pertama, Paradise Country.

Sebelum trip, banyak tempat-tempat yang kami survey untuk tengok haiwan-haiwan Australia. Australia Zoo, Currumbin dan Lone Pine Koala Santuary. Harga tiket pula berbeza-beza. Fikir-fikir punya fikir decided book online tiket untuk Paradise Country. Tiketnye murah (17.50 AUD), tour farm yang simple, boleh siap half day saja. Lagipun kami nak pi tengok kangaroo dan koala je pun. Kami sampai di Paradise Country lebih kurang jam 11. Morning tour dah pun berlalu, kitaorang buat tour sendiri-sendiri. Dapat brochure yang senaraikan aktiviti dan masa. So, just follow the schedule.

Di Paradise Country pelawat diperkenalkan dengan cara hidup pengembala. Once jejakkan kaki kat situ, memang dah boleh feel macam di dalam ladang ternakan. Dengan staff nye yang pakai kemeja coklat cair, but dan topi koboi. Dengan padang menghijau, segar rasa mata. So kitaorang pusing-pusing tengok koala dan kangaroo. Oh mereka sangat comel lah. Frust sikit sebab tak dapat tengok kangaroo berdiri atau melompat. Aku macam nak bergambar di tengah-tengah sekumpulan kangaroo tapi time kami sampai tu semua baru lepas makan, diorang sedang melepak berehat. Lucky, time snap-snap gambar kangaroo tu, ada sorang staff offer kat kitaorang nak bagi kangaroo makan tak. Pucuk dicita la kan πŸ™‚ . Kemudian pergi ke nursery, tengok baby-baby haiwan kat situ di beri makan. Next show, cukur bulu biri-biri. Oh biri-biri pun sangat comel. Especially yang kat dalam gambar dibawah ini. Macam patung kalau dia tak bergerak.

Baka Merino

Habis seekor di cukurnye, kami bergerak ke cafe. Was-was juga nak makan. Tak tahu halal ke tak. Pusing-pusing kat cafe tu, jumpa sijil halal yang akan expired June 2011 di gantung ditepi dinding dapur. Ok, bayar 15AUD untuk buffet tengah hari. Meal terakhir kami ialah pada malam penerbangan KL-Gold Coast. Jadi perut sangat lapar. Not bad untuk 15AUD ada macam-macam jenis salad, spagetti, nasi, sayur, kentang (oh kentang dia sangat sedap) dan boleh pilih main dishes ayam/ikan/beef. Aku ambil fillet ikan, sangat sedap! Rasa sangat fresh. Ayam pun sedap. Beef biasa-biasa saja.

Cafe

Next show ialah Billy tea. Show ni diorang tunjuk macam mana nak buat teh dan damper di camp fire. Dalam 15 minit macam tu, akhir demonstrasi kitaorang dijamu teh dan damper tadi. Damper tu mula-mula telan, tak de rasa apa pun. Tawar je, tapi lama-lama baru ada rasa. Sedap jugak. Aku google resepi damper ni, nak cubalah nanti πŸ™‚

Billy Tea Show

The damper

Show di Paradise Country diakhiri dengan persembahan boomerang dan seekor anjing pengawal ladang. Anjing tu lari-lari kejar biri-biri masuk kandang. Comel πŸ™‚ . Tamat show kami terus ke Brisbane untuk ambil kunci rumah dan settlekan apa-apalah.

Main kejar-kejar

Kami sewa rumah student Malaysia di Dutton Park. Diorang sekeluargaΒ  balik Malaysia 2 bulan. Dinning hall yang luas, bilik pun luas. Kalau nak bawa famili, tak de masalah. Ada dapur, peti ais, oven dan juga mesin basuh. Tv je tak de. Ada actually tapi diorang simpan. Malam tu kitaorang dinner nasi dan sardin sahaja. Alhamdulillah πŸ™‚ . Discuss sikit pasal aktiviti esok, study info-info yang ada dan terus tidur. Suhu time tu berbelas jugak lah. Sejuk.

Homestay

Next : Day 2 – Brisbane City Tour