Annual event

KL tower bagi hadiah yang sama untuk besday saya tahun ni 🙂

2010 – 00:57:50
2011 – 00:46:29
2012 – 00:49:33
2013 – 00:44:37

Takde la improve mana. Next year cuba lagi. Azam yang sama tiap tahun, tapi bila nak dekat-dekat event, langsung tak training pun. Baru nak menyesal. The best part is, tahun ni kami dibenarkan lepak di observation deck, sama seperti 1st time aku join 2010. Ada satu rasa yg semacam. Tak tau nak cakap :). Kalau 2010 dulu, aku bergambar sorang-sorang kat atas tu, tahun ni ada geng 😉

Tahun ni, berjaya heret adik-adik join sama. Proud of you!

20 Mei tahun ini

Sehari sebelum 20 Mei, sekali lagi aku gagahkan kaki untuk memanjat anak tangga KL Tower. Tanpa sebarang latihan, sebab dari awal tahun, asyik busy saja. Every weekend ade je hal + malas :D. Sebab takut + risau tak dapat habiskan larian nanti, semasa bercuti di Krabi, kuatkan juga semangat untuk berjogging di pantai Ao Nang. Nasib ber”roomate” dengan Cik Miza, kuat sket semangat nak bangun pagi :D. Sehari sebelum hari larian, aku paksa lari-lari anak di Taman Bukit Jalil. Mengah siot. Nak tercabut jantung rasanya.

Pada hari kejadian, 19 Mei 2012, aku redha je. Apa jadi, aku kena habiskan jugak anak tangga. Nak juga dapatkan medal :). Finally, berjaya habiskan walaupun catatan masa merosot 3 minit. Ini adalah gara-gara aku stop di setiap floor yang ada pintu exit..hehehhe. Tak tahan aku, macam tak boleh bernafas. Terlintas juga nak give up, kebetulan aku terjumpa sorang perempuan ni yang sedang tanya orang yang bertugas jaga kat tangga tu, mana pintu nak keluar. Dia dah tak boleh terus. Fikir-fikir balik, teruskan aje lah. Lenggang pun lenggang lah :). Kelibat Cik Miza dan Cik Nurul memang dah tak nampak. Dari awal larian lagi aku dah tak nampak diorang. Dah habis larian, baru aku tahu aku tertinggal hampir 20 minit ke belakang dari diorang..hehehe. So tahun ni aku dapat hadiah hari jadi lerr. KL Tower bagi ok!

Eh, ada lagi la hadiah..heheh

Ini Cik Miza bagi right after Towerthon. Suka giler! Dah lama plan nak membeli bende ni tapi biasa la aku ni kalau bende bukan penting sangat, lambat sket la actionnye. Tup-tup ada orang bagi, rezeki! Tapi aku rasa ni ada udang di sebalik batu jugak ni. Tak henti-henti meracun aku beli iphone nih. Anyway, thanks babe!

Lamb chop, Cik Gojes belanja..hihihiihhi..alhamdulillah 🙂

Pagi 20 Mei 2012, aku bangun tidur terus ke meja komputer di “office”. Ada bungkusan kaler putih. Tersengih-sengih aku buka, tadaaaaaa! Thank you Sis! Dah lama niat nak tukar purse, tapi sebab purse lama tak koyak-koyak lagi, cuma comot je, tak tau bila la aku nak beli baru kan. Agaknya Bai dah tak tahan tengok purse lama aku yang comot tu kot..hihiihihi..suka! Ada huruf “H” lagi tu.

Banyak wish aku dapat, terima kasih ye kawan-kawan. Semoga yang korang doakan tu termakbul, amin 🙂

Harapnye next year dapat peluang join KL Towerthon lagi. Tahun demi tahun, pengurusan acara ni semakin bersistematik. Good!

Terima kasih Cik Gojes sudi datang jadi photographer walau kaki sakit. Get well soon ok!

 

Bagi sampah, boleh lari

Cute kan medal ni? Colourful. Tapi sayang, aku tak dapat. Untuk Larian Jom Kitar Semula ni, hanya 500 medal (tak ikut category) disediakan. So each category tu sikit je lah. Tapi aku happy jugak sebab boleh habiskan 7km dlm masa 1 jam. Dengan lemak di perut yang semakin rancak menempel. Compared to last time aku lari route yang sama tapi dekat sikit (5km) juga hampir 1 jam. Berlepas on time, lebih kurang 7.30++. Good. Aku dah risau, kalau event yang melibatkan orang-orang besar ni, kena bersedialah untuk berlepas lewat. Macam event kat Dataran Merdeka dulu, jam 8.30 belum start sebab tunggu makcik sorang nih.

The only GGKian  yang dapat medal. Bravo babe!

FBI in the house!

Registration

Untuk masuk larian ni, tak perlu bayar apa-apa. Cuma bawa barang-barang untuk dikitar semula sebagai syarat pendaftaran. Simple!

P/s: Nak tanya, kenapa asal lepas lari je mesti aku sakit kepala. Berdenyut2. Selalunya sampai setengah hari jugaklah sakitnye. Kalau lepas jogging beriya (lari non stop) pun sama jugak sakitnya. Why eh?

Sampai juga di Endau

Lama dah teringin nak pergi Endau ni. Tiap kali pergi Rompin, asyik tak jadi je lajak ke sana. Nasib baik kampung kau kat sana Julie, sampai jugak :). Satu yang aku suka kalau pergi wedding jauh-jauh ni, boleh cuci2 mata tengok tempat orang. Best! Bak kata Amy, first time pergi wedding boleh pergi pantai :).

Sweet 🙂

Sesi bergambar bersama peminat

Ini tol highway apa ni?

Nak tengok kena bayar tol dulu

Tu dia, cak!

Pengantin. Tahniah korang!

Memetik bunga

Selesai sudah majlis pertunangan Fadli (adik arwah Diana). Makcik minta kami tolong bawa dulang hantaran. Tapi aku diberi tugas khas lain, merakam video, sukeeeee 🙂 . Bertempat di rumah perempuan di Seksyen 19, Shah Alam, majlis berjalan lancar. Kejap je bercakap-cakap, adala dalam kurang 30 minit, ayah Diana terus kata “Setuju!” :). Bagus juga habis awal, perut dah lapar giler. Lauk perghhh mengancam! Paling aku suka masak lemak cili padi perut lembu. Sangat yummy!. Ini pengalaman pertama aku ikut rombongan pergi meminang. Bagus juga kutip pengalaman. Lagipun Eddy dah sound aku aritu, kalau dia dah jumpa calon yang sesuai dan cukup duit, dia nak on je, tak mau tunggu aku. Cisss! Silakanlah adik ku sayang. Akak ok jerrrrrr!

Dalam banyak-banyak hiasan hantaran, aku suka decor 2 benda ni, sirih dan cincin.

Barang-barang hantaran ni semua di buat oleh abang Haris dan abang Amir. Keduanya ni partner dalam bisnes wedding planner. Senang kau Fadli :), semua abang kau settle kan. Siapa-siapa nak service diorang , aku boleh rekemen kan 🙂

😉Selamat bertunang Efi dan Fadli 🙂

Ok, akhir entry jom layan lagu Pasha Unggu dan Rossa nih, Ku Pinang Kau Dengan Bismillah

 

Semalam yang hangat

HANGAT betul semalam. Bila 10 girls berkumpul, riuh! Anyway sangat enjoy semalam. Makan haiwan sampai tersandar. Sungguh karnivor!

senyum aje dia kan

outdoor BBQ steamboat concept

dan semalam juga kami berkira-kira untuk menukar Geng Gunung Ke??? (GGK) kepada Geng Gunung Ke Kenyang??? (GGK 2) .