Kisah sebelum 3 Sept. 2014

Selepas Dr Fazlina setkan date untuk aku masuk wad 2 sept 2014, aku menunggu hari penuh debar, excited, risau, takut dan tak sabar pun ada. Sebab dah letih sangat bawa perut. Aku harap sangat bersalin sebelum 2 sept sebab nak elak dari kena induce.

Sabtu 30 ogos 2014, ada turun darah sikit paginye. Geng Budak Itam suruh aku pergi hospital cepat – cepat.  Tapi aku macam rilek lah dulu. Lepas Asar baru pergi. Bidan cek baru 1 cm bukaan. So tak perlu admit. Balik rumah dulu.

31 ogos 2014, ma dah sampai KL. Asyik tanya je dah sakit ke belum.  Aku memang tak rasa sakit apa-apa.

1 sept 2014, bangun pagi macam biasa. Masih tak rasa apa-apa. Emosi sikit pagi tu sebab dah confirm aku akan kena induce esok hari. Taknak!
Mulut rasa nak makan manis-manis. Aku dah tak peduli nurse klinik ibu anak suruh diet. Aku belasah je makan 😄. Lepas lunch ajak Mr H pergi Alamanda. Nak jalan-jalan dengan harapan bukaan bertambah. Beli cheese cake di SR untuk aku dan subway untuk Mr H. Lepak tepi kolam sambil makan. Time ni pun beremosi sket. Mata dah bergenang, nasib Mr H tak nampak. Sangat fokus kat subway dia tu 😄😄. Sebelum Maghrib dah balik rumah. Kemas-kemas apa yang patut di bawa ke hospital malam nanti.

Dalam jam 12 tgh malam lebih sampai di Az Zahrah. Memang sengaja datang selepas jam 12 tgh malam sebab nak jimat hari. Kiranya aku admit pada 2 sept lah. Masuk bilik, tukar baju, tunggu nurse datang untuk cek jantung baby dan masukkan ubat untuk buang air besar. Ubat buang air besar ni memang menjadi. Tak sampai seminit terus rasa nak gi toilet. Bidan datang untuk cek bukaan. Bukaan masih 1cm. Sedih sangat. Bidan kata pagi tu jugak akan masukkan pil induce tu. Aku sempat google jenis-jenis induce. 1 jenis pil masukkan ikut bawah. Lagi satu dalam bentuk cecair masukkan ikut tangan. Disebabkan dah dua kali cek bukaan, time nurse masukkan pil induce tu, aku dah tak de perasaan apa-apa. 2 jam tak boleh bangun takut ubat tu jatuh terkeluar balik. Kemudian aku bangun jalan-jalan dengan harapan bukaan bertambah. 8 jam selepas induce bidan datang lagi cek bukaan. 2cm sahaja. Nurse pergi discuss dengan Dr Fazlina. Pagi tu terima visit dari seorang ustazah. ustazah ni memang akan melawat pesakit-pesakit kat situ. Datang tanya khabar, bacakan doa untuk aku. Elok je ustazah tu keluar, air mata laju sangat keluar. Rasa kecewa, sedih macam- macam.

Nurse datang bagitau kena induce lagi sekali. Aku angguk je. Redha. Buatlah apa yang patut. Kali ni 1 jam aku tak boleh bangun. Lepas 6 jam tak silap Dr Fazlina sendiri datang untuk cek bukaan. Masih 2cm 😦. Dr Fazlina bagitau esok pagi lepas subuh induce lagi sekali. Kali ni guna cecair pulak. Dia pesan kena banyakkan jalan. Sebab kepala baby macam jauh lagi dari bukaan tu. Kalau kepala tak turun rapat, kemungkinan kena operate. Taknak!
Petang tu jugak aku paksa untuk jalan-jalan sekitar floor tu. Berpeluh! Memang rasa contraction. Naik turun tangga, lagilah rasa kerap contraction tu.

Yang setia meneman. Nak naik turun tangga beliau tak larat. Maka beliau tunggu je kat tengah-tengah. Terima kasih banyak-banyak!

Finally aku dapat rasa apa yang dorang kata rasa macam period pain 100 kali ganda tu. Malam tu tak de prosedur apa-apa. Cuma cek jantung baby je. Ingat nak turun naik tangga lagi tapi Mr H tidur nyenyak. Malas nak kejut. Aku jalan-jalan dalam bilik je. Malam tu memang tak boleh tidur. Contraction semakin kerap. Dalam hati happy sebab harapkan semakin banyak bukaan.

Esok pagi dalam jam 6.30am nurse datang inform induce kena buat dalam wad sebab labour room penuh.

Advertisements

Setahun lagi

Setahun lagi bertambah umur. Alhamdulillah. Tak macam tahun-tahun lepas, aku tak dapat hadiah harijadi yang best iaitu medal towerthon. Akan cuba next year ;).
Hari ni jugak si kecil kat dalam ni ngam-ngam 25 minggu. Sekejap betul dah nak habis semester 2. Berdebar jugak. All the best to both of us 😄.

Ok, Bye!

Hari ni dah start cuti. Banyak giler barang nak bawa balik. Mr.D dah bertukar jadi van. Love you lah!

Kepada rakan-rakan yang merancang nak ke Kelantan tu, hati-hati dalam perjalanan. Enjoy the trip. Kepada yang naik flight, jangan lewat ke airport tau! Kepada yang memandu, hati-hati ye. Kepada yang naik train, enjoy the trip! Jangan lupa lepak di kafe dalam train tu. Order teh O panas segelas. Layannnnn 🙂

Doakan “penghijrahan” aku ini ye :).

 

Sensitif

Aku perasan la kan, lately aku ni sangat sensitif. Dalam erti kata hati cepat tersentuh, sebak, mata mudah mengalir air mata.

Tadi aku jalan-jalan di blog http://kapalterbangkertasku.blogspot.com/. Saja nak kenal dengan bakal tuan rumah yang akan kami tumpang bermalam untuk hiking di Cameron Highlands esok. Baca entry-entry beliau pasal kehidupan seharian beliau sebagai guru di perkampungan orang asli di sana. Eh, tiba-tiba rasa panas je mata ni. Slow-slow air mata mengalir. Terharu sebab tengok semangat beliau dan rakan-rakan guru bersusah payah naik motor dalam hujan, lecak, jalan licin nak ke sekolah. Terharu tengok semangat anak-anak orang asli yang tak nak tertinggal dalam pelajaran. Tapi ada juga yang sanggup tak ke sekolah sebab nak jaga famili.

Baru-baru ni aku ada like satu page kat facebook, MyTINA project charity. Group yang ditubuhkan untuk bantu anak-anak yang menghidap kanser. Kisahnye, tuan punya page juga kehilangan anak perempuan yang menghidap brain tumor. Baru-baru ni dorang ada buat charity event di HKL. Tengok gambar anak-anak kecil yang digelar “Little Warrior” tu, rasa macam nak meraung. Sabar Whooz :).

Minggu bila ntah aku tengok satu drama di Astro. Aku tak ingat apa tajuknye. Kisah lelaki tua dan perempuan tua yang sama-sama di sahkan menghidap kanser stage 4. Mereka berkenalan dan ambil keputusan untuk berkahwin. Dua-dua pihak dapat tentangan dari anak masing-masing. Ye lah , anak-anak kata dah tua-tua pun nak kahwin. Lepas dorang kahwin, suaminye sungguh-sungguh nak tunaikan apa hajat isterinye. Disuruhnye tulis dalam buku, perkara yang isterinye takut nak buat dan ingin buat. Kemudian dorang mengembara dalam Malaysia, dalam misi untuk menunaikan hajat. Semuanya tercapai :). Sehinggalah hajat yang satu, nak ke Mekah yang pada mulanya ada masalah. Kemudian settle dengan bantuan anak-anak. Termakbul impian kedua-duanya. Impian isteri untuk ke Mekah. Impian suami untuk menjadikan impian isterinya kenyataan. Akhirnya isterinya meninggal kat sana. Aduihh! Time layan ni memang basah bantal kat sofa tu :D. Nasib baik aku layan sorang je.

Aduhai hati perempuan 🙂

33

Orang kata ianya sekadar nombor. Yup, betul. Tapi ia juga mengingatkan aku apa je yang aku dah buat selama hidup ni.

Terima kasih untuk semua doa dan ucapan 😉

Dugaan

 

 

Setiap kali kita ditimpa musibah, kita selalu beranggapan kitalah yang paling sedih, paling teruk, paling teraniaya, paling kesian.

Tapi, kita tak tahu apa yang sahabat-sahabat kita sedang lalui di luar sana. Mungkin lebih teruk dari kita.

Kelmarin aku mendapat berita seorang sahabat sedang diduga. Ya Allah, berat dugaannya. Anak perempuannya yang berusia 2 tahun menghidapi leukimia dan sedang menunggu masa je. Itu kata doktor lah. Kuasa Allah, siapa yang tahu.

Seorang sahabat yang lain pulak, masih belum pulih dari sakitnya yang lama.

Ya Allah, Kau lindungilah sahabat-sahabat ku dan keluarga mereka. Kau kuatkan lah semangat mereka.

Amin