Cuti-cuti: Medan, Indonesia (15/05/09 – 18/05/09)

Tamat sudah trip ke Medan. BestΒ  ke hah? Best la tapi bandar Medan tu tak de la best sangat.Β  Nasib baik kitaorang plan ke Lake Toba. Kalau lah ada direct flight dari KL ke Lake toba atau Brastagi, nak je aku pergi lagi. Tak puas.

Jumaat (15/05/2009)

Seperti biasa, kalau nak travel ke mana-mana, sehari sebelum bertolak, aku memang berdebar giler. Macam nak ambil exam SPM pun ada. Flight pukul 12.05 tengah hari di LCCT. Pukul 10 macam tu ramai dah sampai di McD. Masing-masing excited! Mana sampai dulu, check in dulu, ada yang pergi breakfast dan last sekali jumpa di departure hall. Bagus lah walaupun 18 orang semuanya, tak perlu risau2 siapa yang tak de. Sebab masing-masing tau apa nak buat.

Tak sempat nak order nasi lemak (kebetulan nasi lemak habis), dah sampai Medan dah! Sekejap je. Bangunan airport tu kecil je rupanya. Besar lagi KL Sentral kot. Dari jauh nampak seorang lelaki memegang kertas bertulisΒ  “WARIMA GROUP”. Yeyyyy itulah tour guide kami! Lega betul sebab risau jugak ambil agent dari sini, bukan dari KL. Duit dah bayar separuh, dibuatnye tipu, confirm bebudak nih ketuk2 kepala aku!

Bas ngam-ngam 24 orang, kami campur dengan 1 couple dan 1 famili Indian dari KL. Singgah di ofis agent untuk settlekan bayaran dan terus menuju ke Hotel Grand Anteras untuk lunch (uiii lunch kat hotel tuh). Kalau sendiri-sendiri ni takde nye la lunch kat hotel.

ade rupa dian sastrowardoyo tak?? takde..takde. Ini Ms Eva tengah kira duit baki pakej

Selepas menikmati lunch yang sedap tuh, kami terus ke Parapat. Kiranya kan menu kat sini memang aku boleh telanla. Pedas dan sedap. Risau jugak kot-kot macam kat Bali. Memang tak tau la apa masakan diorang kat Bali tu. Perjalanan selama 5 jam. Jauh giler laaa..macam KL ke Penang je. Dalam perjalanan, singgah di Paten, tempat jual kacang-kacang.

di Paten


Tang-Tang, Teng-Teng, Ting-Ting, Tong-Tong, Tung-Tung, Pang-Pang, Ping-Ping, Pong-Pong dll..

Dah puas tido, bangun, ambil gambar, dengar Pak Ramon (tour guide) bercerita dan ulang balik aktiviti-aktiviti itu, akhirnya sampai jugak di Hotel Quality , Parapat lebih kurang pukul 6 lebih ke 7 lebih gitu. Dah gelap dah time ni. So tak nampaklah gaung atau tasik toba. Sepatutnya kalau siang, boleh nampak gaung yang dalam dan tasik yang luas di perjalanan tadi.

ke Parapat melalui Tebing Tinggi

Hotel betul-betul tepi tasik. Buka tingkap boleh bau ikan mati tepi bilik πŸ˜› . Cantekkkk tapi sunyi je, seram, macam tempat lama tak dikunjungi orang.

Hotel Quality, Parapat

Dinner di hotel.Β  Sedap! (semua aku cakap sedap kan). Lepas dinner, masing-masing masuk bilik dan tunggu hari cerah esok untuk tengok air tasik Toba dengan jelas πŸ™‚

*******************************************************************

Sabtu (16/05/2009)


cheeeeeseeeee!!!


tasik toba dari tingkap bilik

Subuh kat sini pukul 5 lebih ke 4 lebih gitu. Awal la bangun hari ni sebab nak tengok sunrise. Cehh sunrise belah lain la. Tak nampak pun dari bilik. Siap mandi, kareb (part ni yang amat sukar, perlukan bantuan kismis hitam untuk memenuhi hajat), terus keluar ke lobi dan jalan-jalan ambil gambar di jeti bot ke Pulau Samosir. Waktu breakfast, baru nampak penghuni-penghuni lain di hotel tu. Ada rupanya orang, ingatkan group kami je. Terlalu ramai orang sehinggakan berlakunya perebutan telur mata untuk dimakan bersama nasi goreng. Kesian Nani πŸ˜› . Ada ke tak sedar diri betul, sorang ambik 2-3 biji telur. Tak bermasyarakat betul. Heran staff yang serve makanan pagi tu, asyik kena goreng je lagi telur.

Siap makan, bas sampai, masing-masing letak beg dalam bas sebab malam ni dah tak tido sini dah. Bot ke Pulau Samosir sedia menanti. Wahh botnye, hmm boleh tahan. Siap ada toilet ok. Airnye diceduk dari tasik, dan sesapa yang membuang pun mungkin ke tasik jugak. Errkkkk.. (fikirla sendiri).


sukenyeee dapat naik bot
. Bot ke kampung Ambarita dan Tomok

Sepanjang 45 minit atas bot, Pak Ramon bercerita/buat joke non stop. Bertenaga betul orang tua nih. Berdebar jugakla sebab dikhabarkan orang-orang batak ni garang-garang. Dipaksanya kita beli barang di kedai diorang.

“Senyum pun serupa marah, apatah lagi marah”, kata Pak Ramon.

HORAS! Orang-orang di situ sambut kami dengan muka manis je. Ada jugak yang masam. Horas tu kata alu-aluan la kiranya.


“Jalan-jalan dulu, kemudian singgah ya”, masing-masing cakap manis ye…

Pak Ramon bercerita lagi. Bagus betul beliau. Sejarah Indonesia tu main petik jari je agaknya. Aku dengar tak dengar sebab khusyuk mengambil gambar. Yang aku ingat dia cakap, sesapa yang buat salah, akan di kurung di bawah kolong rumah batak dan diadili (ye kot πŸ˜€ ) di kerusi batu dan jika di sabitkan kesalahan, maka akan dihukum bunuh la.


Diikat matanya


Kemudian dirotan


Kemudian dibelah dadanya (haa ni baru betul pepatah “kalau tak percaya, belahla dada” ). Tak cukup dengan belah, diperahnya limau di tempat belahan tadi..auchhhhh


Kemudian dipancung. Parang mesti tajam. Jika kepala tak putus, pemancung dikira sebagai ganti

Darah diberi kepada raja untuk raja mendapat kuasa baru.Kepala yang putus di gantung. Inilah barisan kepala-kepala mereka yang dibenci. Kemudian kepala tadi dicampak ke tasik. Agak-agak seminggu la orang di pulau tu tak minum air tasik.


Badan pesalah yang terputus dari kepala tadi, dilapah-lapah di meja ini dan di agihkan kepada penduduk kampung. Macam hari raya korban kan.

Selesai kat situ, acara bebas la. Ada yang shoping (memang nak shoping atau terpaksa shoping πŸ˜€ ). Siap tarik-tarik tangan tu paksa kita beli barang diorang. Tengok macam kesian jugak, tapi bila dah macam gitu gayanya, takut weh nak masuk kedai diorang. Nak usha barang pun risau. Banyak barang aku suka actually. Semuanya barang kraftangan tapi sebab duit pun limited dan takut kena paksa beli, aku beli sket-sket je.


Teliti betul beliau buat kerja

Destinasi seterusnya, Kampung Tomok (tak tau la diorang kenal ke tak Tomok OIAM tuh πŸ˜› ). Perjalanan dari Ambarita ke Tomok lebih kurang 30 minit. Tetiba datang 2 orang budak menyanyi-nyayi untuk kami atas bot tu. Sedap jugak lagu tu. Nanti aku cari youtube πŸ˜› . Andy dan Leo (ke Rio ntah), menyanyi, lantang betul suaranya. Boleh la tapi tak de eye contact dengan penonton la. So feeling tu kureng. Asyik tengok siling bot je bebudak tuh πŸ˜€ .

Dik, tengok sini dik, jangan tengok atas bawah

Sampai di kampung Tomok, ramai jugak orang. Kat sini lagi banyak kedai cenderahati. Di kampung Tomok ni ada perkuburan raja batak. Satu yang menarik bagi orang-orang Batak ni, mayat mereka tak ditanam di dalam tanah sebaliknya di tempat tinggi di atas tanah. Kononnya, di bawah tanah itu neraka. Maka kat sini memang senang sangat nak tengok kubur orang-orang batak. Ada yang siap bermarmar, berpagar, berbumbung. Pak Ramon kata, mereka sanggup berhabis untuk persediaan kubur. Pak Ramon pun bercerita lagi pasal sejarah raja batak, bekas tunangan yang tak jadi kawen sebab dibomoh orang, orang batak pantang tengok orang naked bla..bla..bla.. dan akhir sekali masa untuk shoping lagi.

Siap shoping, naik bot, kembali ke jeti di hotel, dan naik bas terus lunch di Restoren Istana. Lauk dia? Sedap!

Perjalanan diteruskan menuju Brastagi. Brastagi adalah kawasan tanah tinggi. Ala-ala Cameron tak pun Genting lah ni. 2 jam perjalanan, kami sampai di Simarjarunjung. Cantek! Hingga aku tak reti nak ambil gambar sebab tak puas tengok dalam LCD kamera. Sesapa silalah tengok dengan mata sendiri keindahan tempat tuh πŸ˜€ .Β  Rehat-rehat sambil makan pisang goreng dan teh halia serta kopi rempah, tapi aku lepak luar je. Lagi best!

Selepas segar-segar semua, teruskan perjalanan, lagi 2 jam akan sampai Brastagi. Sebelum sampai di Brastagi, jumpa dulu Air Terjun Sipiso-piso yang kononnya tajam seperti pisau. “Si” tu maknanya “seperti/bagai/macam” .Dalam 30 minit kat situ, kemudian bergerak ke Brastagi.


berangan la kejap pergi Niagara Falls πŸ˜›

Makin lama, makin rasa sejuk. Yaa kami dah hampir di Brastagi. Suasana cool giler. Orang-orang pun lepak2 je. Ada yang dok cuci-cuci carot untuk di eksport, ada yang minum-minum. Cool. Lebih kurang pukul 6.30, sampai di Danau Toba International Cottage. Dinner, ambil kunci bilik dan terus bersiap ke kaki Gunung Sibayak untuk mandi air panas. Tak dapat tawan puncak, sampai ke kaki pun boleh la. Frustnyeee. Aku memang teringin nak ambil gambar Danau Toba dari atas gunung. Tapi tak pe, next time kena plan betul-betul.


waktu malam, suasana kat sini menyerammmmmkan

Perjalanan ke air panas, lebih kurang 30 minit. Jauh jugakla, dan jalan memang bengkang bengkok serta sempit. Seram jugakla tempat tuh. View waktu malam memang cantek. Dengan background gunung yang gelap pastu ada asap2 sulfur di udara. Uishhhh serammmm…


sapu debu gunung berapi nih (ke apa ntah namanya) 20 minit sebelum mandi. Agak-agak kering, gosok. Wahhhh kulit memang rasa licin sekali πŸ˜‰ .

Siap mandi, balik bilik dengan penat sekali. Segar betul dan lapar jugak. Balik bilik makan megi dan tidor. Tunggu esok siang pulak :D

*******************************************************************

Ahad (17/05/2009)

Group foto lagi πŸ˜›

cheeseeeee lagi πŸ˜‰


Gunung berapi Sibayak yang gagal ditawan


Gunung berapi Sinabung yang tak tau la akan meletus bila

BreakfastΒ  jam 7.00 pagi. Pukul 8 gerak ke Medan. Perjalanan hari ni dari Brastagi ke Medan. Singgah di pasar buah dulu untuk shoping lagi πŸ˜€ . Kat sini 1st time aku tengok buah avokado, pisang kaki dan markisa secara live πŸ˜› . Aku suka pulak buah markisa tuh, mana eh nak cari kat KL nih. Kejap je kat situ, bergerak la ke Medan.Perjalanan 2 jam.


avakado, markisa dan pisang kaki

Medan…Panas. Sesak. Hon sana hon sini. Bestla jugak kan, sapa-sapa pun boleh hon sesuka hati. Siapa-siapa yang malu-malu hon tu, mai dok Medan dalam sebulan. Confirm tekan hon tu jadi hobi pulak.

Medan yang sibuk

Sampai-sampai je Medan, terus ke Istana Maimon. Istana kuning yang terletak di tengah bandar Medan nih memang salah satu tourist attraction la, tapi aku tak de mood sangat time nih sebab panas giler.

muka masing-masing berkilat!!

Habis dengar orang kat Istana tu bercerita kisah istana dan Raja Deli , aku snap sana sini, terus naik bas. Seterusnya kami bergerak ke tempat makan. Yes! akhirnya jumpa makanan. Aku dah haus giler. Restoren Lubuk Idai, special betul. Makan duduk bersila ye. Meja kerusi pun ada bagi sesiapa yang tak nak bersila. Menu kat sini, memang terangkat beb! Ayam bakar, ikan bakar dan lauk-lauk lain sedap! kat sini kami pakat try air raso-raso. Campuran 6 jenis buah, durian belanda, markisa, oren dan buah apa ntah lagi 3 tu.

memang berpeluh makan ayam nih, pedas giler


ini air 6 rasa, namanya air raso-raso. ingat ikan je ada 3 rasa??

Siap makan, terus ke kedai jual telekung/batik/pelekat/kain pasang. Sakan jugak group ni bershoping. Sampai tak mau naik bas tuh πŸ˜› . Kemudian, shoping lagi di Pasar Ikan. Mati-mati aku ingat pasar tu macam Pasar Siti Khadijah ke, Pekan Rabu ke. Alih-alih deret kedai je. Ke Pak Ramon bawak salah tempat nih?? Hari Ahad, banyak kedai tutup. Macam bosan jugak la round-round kat situ. Lepas Pasar Ikan, Pak Ramon tinggalkan kitaorang kat Medan Mall pulak. Berkeliaran lagi la dengan tujuan nak mencari tshirt souvenir, tak jumpa selai pun. Last-last mintak Pak Ramon panggil orangΒ  jual tshirt pergi ke bilik hotel. Itula, time orang jual kat Istana Maimon/ depan kedai telekung / kat restoren, semua tak nak beli πŸ˜› . Selesai di Medan Mall, check in di Garuda Hotel. Haaa kali ni hotel best. Complete, bersih, selesa. Dinner di Hotel Grand Angkasa. Buffet, hehhe favourite aku la buffet-buffet ni sebab boleh makan banyak dan macam-macam.Β  Kenyang, perut dah ketat, mata dah kuyu, balik hotel. Tapi aku ada plan lain lagi malam tuh. Nasib baik Fir& husband nak ikut aku pergi beli stamp kat kedai 24 jam tepi hotel tu. Adala jugak lelaki boleh jadi bodyguard. Kalau tak, hmm x dapatla aku beli stamp.

Stamp di sini dipanggil “meterai”. Penat aku berbahasa isyarat tanya ada jual stamp ke tidak. Siap tunjuk gaya orang cop stamp tuh. Apala susah sangat nak panggil stamp. Dapatlah jugak aku beli “meterai tempel” berharga Rp 7000.

********************************************************************

Isnin (18/05/2009)

Hari ni ada wake up call. Wajib tu, kalau tak, mau ada yang tertinggal kapal terbang. Jumpa Pak Ramon di cafe. Sedap betul bubur nasi pagi ni πŸ˜‰ . Banyak lauk. Siap makan, semua naik bas.

Di bas, ada lagi pakcik-pakcik yang menjual sourvenir. Kesian pulak tengok, awal tu bangun, datang ke hotel mencari rezeki. Di mana pelancong ada,kat situ lah diorang ada. Aku dah tak de duit dah nak tolong beli. Kat tempat kita, tak de kot kan macam ni. Kesianla, dahla barang-barang tu bukan diorang punya (kot). Mesti diorang kena keluarkan modal nak ambil barang tuh. Tapikan, rezeki masing-masingla. Maybe harini jualan dia tak bagus, tapi esok lusa, sapa tau kan.

bagussss..jumpa lagi!

Okeh, bye-bye Medan. Panjang umur jumpa lagi, tapi nak flight direct ke Toba je πŸ˜› . Wahh mesti cantek tengok lake toba dari atas. Lepak-lepak tepi tasik sambil minum air raso-raso dan buah markisa atak kek lapis atau bika ambon πŸ˜€ . Atau mungkin juga sarapan di puncak gunung Sibayak πŸ˜‰