Kerja jari whooz: Project 2 – Scarf

Project 1 – Pawprint Washcloth

Tadaaaa!

Setelah 2 bulan, baru siap. Campur dengan malas, sibuk dan bosan, akhirnya siap jugak.

“H” untuk Huzz bukan Horatio ya πŸ˜›

Aku suka design ini sebab nampak cute bulat-bulat kecik-kecik. Patern ni aku ambil dari sini

Cast on 30 stitches.

Row 1:Β  *Knit 1, purl 1; repeat to end of row.

Row 2:Β  *Purl 1, knit 1; repeat to end of row.

Repeat Rows 1 and 2 until the scarf is about 60 inches long, or desired length.

Bind off loosely.

Thank you En.Zirafah kerana sudi menjadi model

Next project: selimut baby

Benang untuk next project πŸ˜‰

Advertisements

Projek 1: Pawprint Washcloth

Aduhhh sakit mata tengok ni. Tapi aku maafkan lah sebab ini hasil knitting pertama aku πŸ˜€ . Terlalu excited mengait, sampai tak aware dengan kecacatan yang bakal ditempuhi. Aku ambil corak ni dari sini

Perkara-perkara yang buat sakit mata aku πŸ˜€ :

1) Senget
Sepatutnya, washcloth ni memang sesuai untuk beginner sebab ianya sangat simple dan confirm jadi la 4 segi tu. Tapi washcloth yang aku buat ni senget sebab tak berhati-hati dengan kiraan stitch setiap row. Sedar-sedar stitch bertambah. Stitch kat sini aku boleh kata sebagai column lah kalau dibayangkan dalam bentuk grid.

2) Gelembung di beberapa tempat
Ini aku tak pasti kenapa, tapi mungkin sebab bilangan stitch tu jugak rasanya.

3) Corak pawprint tak menjadi (salah satu jari tu macam patah :P)
Corak terhasil berdasarkan susunan knit(K) dan purl(P). Knit: corak timbul, Purl: corak rata. Contoh untuk corak di atas,Β  susunannya:

Cast on 36 stitches

1-4:Β  Knit across
5:Β  k3, p30, k3
6: (and all remaining even numbered rows) knit across
7-8: repeat 5 & 6
9:Β  k3, p13, k4, p13, k3
11: k3, p11, k8, p11, k3
13: k3, p9, k12, p9, k3
15: k3, p9, k12, p9, k3
17, 19, 21 & 23:Β  k3, p8, k14, p8, k3
25: k3, p9, k12, p9, k3
27: k3, p10, k10, p10, k3
29: k3, p5, k3, p3, k8, p3, k3, p5, k3
31: k3, p4, k5, p3, k6, p3, k5, p4, k3
33: k3, p3, k6, p4, k4, p4, k6, p3, k3
35: k3, p3, k5, p14, k5, p3, k3
37: k3, p3, k4, p3, k3, p4, k3, p3, k4, p3, k3
39: k3, p4, k2, p3, k5, p2, k5, p3, k2, p4, k3
41 & 43: k3, p9, k5, p2, k5, p9, k3
45: k3, p9, k4, p4, k4, p9, k3
47: k3, p10, k2, p6, k2, p10, k3
49-54: repeat rows 5 & 6
55-57: Knit across
Bind off

Susunan knit(K) dan purl(P) di atas berdasarkan 36 stitch. Kalau ditambah K dan P setiap row jumlahnya 36.

Contoh:
row 9: K3, P13, K4, P13, K3 = 3+13+4+13+3=36

Jadi, bila bilangan stitch bertambah, kalau aku terus ikut susunan di atas, confirm coraknya lari. Kecuali lah kalau aku ubah balik susunan untuk sesuaikan dengan bilangan stitch yang bertambah tu.

4) Bind off
Bind off ni kita buat bila nak tamatkan knitting tu. Kira dah siap lah. Nampak tak ada ekor dan benang lebih kat hujung bertentangan tu. Sepatutnya kena anyam masuk balik dalam border tu, tapi sebab aku tak de jarum yang sesuai, so aku biar je lah dulu.

Next project: Skaf/mafla πŸ˜‰

Mencari konklusi

P1040018

boleh nampak tak corak yang timbul tu???? best!best!

Malam ni aku diselubungi misteri semasa mengait. Dahla sambil tengok Tower 13 yang mana aku pening dengan misteri yang cuba dirungkaikan sebab malam ni episod akhir dan aku jarang sangat tengok sebelum ni.

Misterinya ialah apabila stitch yang aku buat tiba-tiba bertambah. Asalnya untuk towel dapur tu perlu 36 stitch saje, masuk row ke-3 dia bertambah jadi 37. Aku biar je, tak peduli pun. Malam ni, masuk row ke 30, stitch tu dah jadi 40!Β  Habis corak kat tengah tu senget. Aku masuk dalam forum knitting ni, cari-cari topik. Rupanya bukan aku saje yang mengalami misteri itu. Ramai beginner lain yang menerima nasib yang sama :D. Ada yang dari 15 stitch bertambah jadi 25 stitch πŸ˜€ . Yaaa you are not alone πŸ˜‰

Setelah baca mengapa ada pertambahan stitches di situ, setakat ini konklusinya ialah:

1) Tiada tumpuan terhadap benang yang dikait. Kesilapan jarum masuk ke lubang dan kedudukan benang di atas atauΒ  di bawah jarum boleh menambah bilangan stitches dengan tiba-tiba.

2) Mengait terlalu laju. Sehingga lupa bilangan. Ye lah excited lebih kannnnn

Jadi, salah satu cara untuk dapatkan balik bilangan stitch yang betul ialah boleh kait 2 stitch sekali gus.

Nanti aku akan compile punca-punca dan cara mengatasi yang lain. Belum habis baca lagi πŸ˜€

Hobi baru

Mungkin tak layak lagi untuk digelar sebagai hobi, tapi aku sekarang tengah ‘gila’ buat knitting ni. Thank you to aunty tak tau nama di kedai Jet Sun Trading, Sg.Wang sebab ajar aku basic, knit dan purl serta sticth. Of course kena beli barang kat kedai dia, baru dia bagi free lesson kan. Ini yang aku belajar dengan aunty Ahad lepas.

P1030997

Untuk projek pertama, aku nak buat ini,

pawprint_cloth

bila dah siap boleh guna sebagai alas pegang mangkuk panas…heheeehehe..chaiyok!!!