Feel free with “FEELFREE” at Wetland, Putrajaya

Best bila dengar kocakkan air. Tenang. Tapi kulit muka aku dah mengelupas sket2. Dah pakai sunblock pun. Kulit koman betui! Next time kena pakai topi nyonya jual sayurlah

Advertisements

Teluk Lipat pun sampai juga :)

Mungkin lepas ni Teluk Lipat, Endau akan lebih dikenali. Aku cuba google, banyak yang keluar pasal SK Teluk Lipat je. Dan juga blog Nurul dan Julie yang mengisahkan cantiknye Teluk Lipat.

Hasrat nak ke sini memang dah lama sejak baca blog Julie. Jadi, bila “tersampai” awal di rumah kenduri, automatik terus teringat nak pergi sini. Dekat je dengan rumah Julie. Nasib baik ada gps iphone Kay dan Nurul, sebab tak de signboard pun nak ke sana. Tapi once dah nampak signboard SK Teluk Lipat, kami ikut kata hati jalan terus sahaja hingga ke penghujung jalan. Bila nampak pokok kelapa makin banyak, tanah pun jenis berpasir, yakin akan jumpa pantai di hujung sana. Jalan yang kami lalu bukanlah jalan yang betul sebenarnya. Lalu semak samun, lopak besar, jalan penuh tahi lembu :). Tapi sebab muat je kereta masuk, so jalan je. Nasib baik boyfren Kay si hitam gagah perkasa. Mesti banyak calar Kay???

Di pantai ni ada kawasan perkuburan Islam. Ada pondok di tepi kubur. Itu je. Tak ada apa-apa pun kedai ke apa ke. Angin kat situ sangat kuat. Arghhh jeles yang tudung ber”awning” :P. Air tak de lah tinggi sangat, so boleh nampak batu-batu coklat pelbagai ton warna yang sangat cantik terhampar di pantai.

Bakal pengantin 12.12.12

Batu ni adalah fokus utama pantai ni

Kebetulan bot ni lalu. Macam tau-tau je

Kalau dah nama GGK, berbaju kurung pun masih boleh memanjat 😉

Apa yang korang tengok?

Nak balik dah…eh silap, nak pi makan kenduri dah 🙂

Secara jujur, aku harap pantai ni dibiarkan macam ni. Tak perlu ada pembangunan apa-apa. Biar ianya cantik semulajadi. Biar ia terus menjadi tempat orang-orang sekitar melayan perasaan tanpa gangguan apa-apa.

Irau, memukau

Dah lama plan nak hiking Gunung Irau. Tapi ade je halangan. Last-last kitaorang pergi jugak last week dengan 7 orang peserta. Farah, Nurul, Thirah, Nir, Bai, Amy dan aku.

Program kitaorang, bertolak dari KL ke Cameron Highland pada Sabtu (15/10/2011), hiking pada Ahad (16/10/2011) dan terus balik KL. Awalnya aku rasa tak syok jugak macam ni, sebab confirm letih gila turun dari gunung, dan terus drive balik KL. Tapi sebab nak jimat annual leave dan juga jimatkan kos, terpaksa lah.

Gambar ladang teh wajib ada

Sabtu petang hujan turun sangat lebat. Risau jugak esoknya macam mana. Lepas hujan dan reda sikit, kami jalan-jalan di sekitar ladang teh, Tanah Rata dan tempat wajib, pasar malam. Malam tu sebelum balik apartment, jumpa guide, Janggut dan Bargoon untuk briefing so esok bolehla gerak awal. Malam tu, siap-siap bahan untuk nasi goreng dan sandwich sardin. Esok paginya Miss Organizer bangun goreng nasi. Thank you babe!

Dari apartment ke tempat meet up

Ahad, 16/10/2011, jam 6.30 pagi semua dah ready. Janji jumpa guide bersama 4WD jam 7 pagi. Berdebar sikit sebab dah lama tak hiking. Last hiking trip ialah Mulu dan Jelawang awal tahun ni. Kami bertolak ke kaki gunung jam 7.30 lebih kurang. Syok naik 4WD awal-awal pagi. Lepak kat belakang, open air pulak tu. Sebijik macam pekerja ladang teh 😛 . Kami mula hiking lebih kurang jam 8.00 pagi dari platform kayu bertangga yang jarak lebih kurang 100m masuk ke dalam hutan. Kot?

Enjoy riding the 4WD 🙂

Platform mula

Gunung Brinchang dari jauh

Trek selepas platform

Sejuk. Best. Aku suka kalau hiking tempat sejuk-sejuk macam ni. Tapi menurut guide, bahaya juga kalau kita tak sedar bila kita berpeluh. Tengok-tengok dah dehydrate. So kena pandai-pandai alert perubahan tubuh badan masing-masing. Kalau bibir dah mula kering, cepat-cepat minum air, pesan guide. Permulaan trek dah kena panjat akar pokok dan lalu di kawasan berselut. Kata guide, itulah yang bakal kami tempuh untuk sampai ke Anak Irau seterusnya ke Puncak Gunung Irau. Yang bawa kamera hari tu hanya aku, Nir, Nurul dan Thirah. Tapi Nir tewas awal-awal lagi, bateri habis :D. Banyak tempat kami stop. Terpaksalah guide follow je. Memang non-stop kami tekan shutter :). Semua-semua tu adalah benda hidup yang mana akan sentiasa berubah kedudukan dan keadaannya. Kalau jam 10 tadi kita nampak dia kuncup, jam 3 petang nanti mungkin dah kembang. Jadi kalau tak ambik gambar sekarang, rugi. Ini baru 3 kamera. Kalau Fad dan Julie ikut, dah jadi 5 kamera. Plus Adeq, Miza dan Kay dengan iphone masing-masing. Bayangkan berapa lama perjalanan kami? 😀 . Serius, hutan Gunung Irau sangat cantik. Dari awal dah cantik. Bukan kata mula-mula biasa-biasa, last-last baru cantik. Trek mirip trek ke pinnacles, Mulu. Cuma kat Mulu tak de selut. Bab selut, aku rasa ketujuh-tujuh kami dah merasa kaki melekat dalam selut. Paling teruk, Farah rasanya. Sampai ke lutut 🙂 .

Farah baru lepas “celup” kaki kat sini

Batu sempadan negeri Perak dan Pahang. PEK=Perak dan PAH=Pahang


Bergambar dapat mengubat lelah 🙂

Sikit je lagi 🙂

Janggut mendahului kami, meninggalkan Bargoon untuk jaga jurugambar-jurugambar tak profesional ni di belakang. Best pulak ada orang layan ambik gambar. Aku pasti tak semua guide akan tahan kalau orang yang dia guide tu sikit-sikit stop ambil gambar :). Lebih kurang 3 jam lebih perjalanan, kami sampai di Anak Irau atau dikenali juga sebagai Mini Irau. Tak luas mana pun kawasannya. Ada 2 kawasan lapang yang setiap satunya kalau dipasang khemah boleh muat dalam 5 khemah. Kami isi perut di sini. Lapar giler dan haus. Waktu mendaki tadi tak de pulak rasa ye. Mata dah kenyang tengok hutan cantik.

Terima kasih hujan semalam 🙂

Salah satu spesis orked hutan

Penyamaran untuk menyelamatkan diri tak berjaya. Aku hampir tertenyeh makhluk yang satu ini. Ku sangkakan daun 🙂

Berpenyakit agaknya daun ni

Comel!

Tak pasti bunga apa ni. Orked jugak kot. Dalam hutan ni memang banyak sungguh spesis orked hutan

Warna periuk kera ni sangat cun!

Lepak dalam tak sampai sejam, jam 12.30 kami gerak ke puncak. Tak boleh lambat, kalau tak, tak boleh lepak lama di puncak. Puncak sebenarnya bukit bersebelahan dengan Anak Irau tu je. So treknye turun naiklah.

Di Mini Irau, siap-siap nak ke puncak

View perjalanan ke puncak semakin cantik. Rasa macam di alam mimpi. Rasa macam nak pasang hammock, baring kat situ. Rasa macam nak stay kat situ. Tak tau nak cakap macam mana. Speechless 🙂 . Tambah-tambah lagi selepas hujan lebat semalam, warna hijau lumut dan warna coklat batang pokok jadi semakin cantik. Mungkin tengok kami leka sangat dengan hutan cantik tu, Bargoon suruh jalan cepat sikit :P. Takut lewat sampai ke puncak. Kami pun ikut je lah tapi masih tekan shutter bila lalu di kawasan cantik. Tak boleh tahan!

Macam makhluk giant yang berbulu 😀

Bonzai

Jam 1 lebih kami sampai di puncak. Bargoon cepat-cepat pasang dapur, masak bihun PAMA. Yeay! Macam bawa ayah masuk hutan rasanya. Puncak pun tak luas mana. Dari situ boleh nampak permandangan gunung/bukit bersebelahan. Boleh nampak jalan raya juga. Lepak di situ lebih kurang 1 jam. Siap berfoto-berfoto, kami kemas barang dan turun lebih kurang jam 3.00 petang. Kata guide, kali ni turun memang nak shoot terus ke bawah. Cuaca macam nak hujan. Susah mendaki dalam hujan.

Dari puncak Irau

Berkelah di puncak

Laju jugak kami jalan. Kurang 1 jam, dah sampai di Anak Irau. View berbeza time turun ni. Baru nampak apa yang kita membelakangkan time naik tadi. Aku keluarkan juga kamera sekejap-sekejap 😀 . Walau pada mulanya niat nak simpan je kamera tu :P. Dari Anak Irau, Bargoon pulak mendahului kami. Sebab kalau dia kat depan, kitaorang akan kejar dia, dan tak delah kitaorang lenggang-lenggang lagi :). Plus dia bawa beg berat so step dia tak sama dengan step kitaorang. Janggut dah jauh kedepan. Pertengahan jalan, hujan turun. Sejuk giler! Rasa macam kena simbah dengan air batu. Angin pun kuat. Jari tangan dah kecut. Cermin mata dah berwap-wap. Kali ni selut ke apa ke, main pijak je. Dah tak control-control macam mula tadi. Dengan poncho, susah nak berjalan dalam hutan tu. Slow lah sikit jadinya.

Hujan + kabus = misteri

Setelah bersusah payah, lebih kurang jam 6.30 kami sampai di platform mula. Yeay! Janggut kata pecah rekod. Rekod kumpulan sampai paling lambat 😀 . Okla kan, at least pegang rekod jugak. Hujan makin lebat. Kami masih berponcho, berteduh bawah fly yang guide pasang sambil tunggu 4WD datang.

Aku pun tak tau kenapa budak bertiga ni tak nak masuk berteduh

Lama jugak tunggu 4WD datang. Ada tanah runtuh di Tanah Rata. Dah tertidur-tidur kami di bawah fly tu. Penat. Lapar. Sejuk. Semua ada. Kami bertolak balik ke KL lebih kurang jam 9.30 malam selepas siap-siap mandi, solat di Masjid Berinchang. Macam tak confident je nak drive balik. Memang betul pun. 2-3 kali jugakla terbabas di selekoh-selekoh jalan ke Simpang Pulai tu. Bahaya. Stop kejap di pekan Simpang Pulai. Beli makanan di McD. Beli kopi. Tapi tak jalan jugak kopi pun. Mengantuk tahap tak boleh celik mata dah. Aku gilir-gilir drive dengan Bai. Jam 2.30 pagi aku sampai rumah. Esoknya pergi ofis dengan kepala pening-pening. Apa-apa pun trip kali ni merupakan salah satu trip paling best. Terima kasih di atas ciptaanMu yang sangat indah 🙂

Group photo

Nak pergi lagi next time? Of course yes! Jika diizinkan Allah.

Misi terlaksana

Trip kali ni aku rasa seolah-olah repeat Mulu Pinnacles hiking. Cuma di Mulu kami mendaki batu, di Irau kami mendaki akar pokok. Ada batu sikit-sikit. Tapi sakit badan yang aku alami sekarang, sama macam lepas turun Pinnacles. Apa yang aku nak cakap, sangat PUAS dan BERBALOI hiking Gunung Irau. Yang aku pelik, sebelum pergi ramai kawan-kawan aku cakap kat Irau banyak pacat. Ada sorang tu cakap, pacat meloncat-loncat lagi atas kepala :D. Tapi kami tak jumpa sekoq pun. Guide pun tak pernah jumpa sepanjang diorang dok bawa masuk orang ke sana.

Next entry lah ye up gambar.

Bertaburan batu di Bukit Tabur

Entry kali ni kita layan gambar je lah kan. Bukit Tabur terlalu cantik. Broga dah jatuh no.2 di hati ku 😉

starting trek

empangan Klang Gate

nampak Genting dari sini

boleh nampak bandayara KL juga

rumah Yusof Haslam

(view dari atas) tempat turun paling mencabar tapi ada trek option kalau tak mau lalu sini

(view dari bawah)

hampir 90 darjah

kawasan Bukit Tabur ni mengingatkan aku kepada Gunung Bintang, Kulim. Sama

kami kena ke seberang sana

miza mendahului

group photo 🙂

macam semut

taman origami. lihat dari jauh, ku sangka kan bunga

batu-batu kat sini semuanya hampir 90 darjah cerunnye

bagai dalam taman. nak buat taman macam ni kat belakang rumah lah

jalan balik, jalan kebun

pokok sotong kurita

Insyaallah aku akan datang lagi ke sini sebab tak puas nak lepak 😉

Karpet awan di Jelawang

Lebam dari Mulu tak hilang-hilang lagi, dapat lagi lebam di Jelawang 🙂

Tujuan utama kami nak sangat ke Jelawang ni sebab nak tengok karpet awan. Tapi kecewa, sebab 2 hari kat sana, karpet tak muncul-muncul. Plan untuk naik ke puncak Gunung Stong dan Ayam pun tak jadi. Harap-harap dapat pergi lain kali.

31/01/2011
Seperti yang dirisaukan, tren ke Dabong di batalkan sebab banjir di Gemas. Tapi ada bas disediakan untuk penumpang yang masih nak teruskan perjalanan. Siapa tak nak, boleh refund tiket. Naik bas ke Stesen KTM Mentakab dan dari Mentakab ke Dabong. Jumlah peserta kali ni 16 orang. Ada 2 pasangan suami isteri dan lain-lainnya bergerak solo.

Us, ni kurang sorang ni, ntah mana perginye

Kami sampai di Stesen KTM Mentakab lebih kurang jam 10 malam. Orang ramai. Tak cukup kerusi nak lepak. Terpaksa lepak tepi rel keretapi 😀 . Posing-posing, minum-minum, gosip-gosip. Jam 2 pagi lebih gitu baru tren sampai. Legaaaaa.

di Setesen KTM Mentakab

Us in action 🙂

wajib lepak kat cafe ni. walau tak ekslusif mana, tapi layannnnn

Aku dan Kay ambil kerusi, dan 4 lagi ambil katil. Nasib baik kerusi bukan macam yang aku pernah naik dulu. Kalau tak, bengkok. Sampai di stesen Kuala Lipis, aku dan Kay merayap ke katil diorang. Ada katil kosong! Kami pun melepak lah kat situ sampai hari cerah. Tren rosak, tren u-turn, repair enjin blaa..blaa..jam 10 pagi kami sampai di stesen Dabong. Legaaaaa. Kami disambut Uncle Adam, guide kami sepanjang 3 hari di Jelawang. Uncle sangat serius laaa..takut nak jawab main-main 😛 . Actually bukan serius. Dia bersungguh-sungguh nak kami faham apa tujuan kami pergi ke sana. Untuk suka-suka kah, untuk belajar kah, untuk dapatkan kesedaran pasal alam sekitar kah.

Uncle Adam in action

shopping di Dabong

kedai makan + tempat lepak + tempat shopping

1/2/2011

Aktiviti pagi tu kami buat cave tour (lagi??? selepas Mulu). Sebab gua batu kapur kan, so tak banyak beza dengan gua-gua di Mulu. Uncle ni banyak sungguh bercerita. Kay ada salin nota, aku snap-snap gambar je. Ada yang Uncle cerita, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Ampun Uncle!!!! kepala otak dah penat, perut dah lapar 😀 . Kami masuk ke 2 gua, Gua Batu Pagar dan Gua Keris. Gua-gua ni tak besar mana pun. So tak de lah penat sangat berjalan. Hampir 2 jam kat situ, kami balik ke tempat berkumpul untuk re-pack barang, solat dan makan.

jalan masuk ke gua

kena mendaki sikit

Gua Batu Pagar

‘katak’ penyambut tetamu di Gua Batu Pagar

macam sisik ikan

‘keris’ di Gua Keris

Jam 3 kami bergerak ke entrance Gunung Stong dengan menaiki 2 van. Siap urusan pendaftaran, ada yang pergi toilet (sambal power makcik punya pasal), snap-snap gambar sikit, kami pun berbaris masuk Hutan Jelawang. Beg taklah berat sangat. Tapi treknya yang menaik saja, boleh buat sesak nafas jugak. Dahla baru lepas lunch kan. Sepatutnya kami akan melintasi air terjun Jelawang, yang tertinggi di Asia Tenggara tu tapi sebab malam sebelum tu hujan, air sangat besar. Mustahil kami dapat cross air terjun tu. Sejam berjalan, kami berhenti rehat di pondok. Fuhhh boleh tahan jugak treknya. Actually trek tak susah mana pun. Tapi sebab hujan, trek jadi licin-selicinnya. Rehat ala kadar, kami teruskan lagi. Kami tinggalkan Uncle Adam, Tok Ketua dan beberapa yang lain di pondok. Jalan beberapa meter saja, kami kena lalu bukit yang di panggil Bukit Tonggek oleh Tok Ketua. Dalam aku berhati-hati tak mau jatuh, kat sini juga aku tewas 😀 .  Konon nak rescue Fad yang tergolek, aku ambil beg dia, last-last aku pun meluncur tertiarap. Aku redha je lah 😀 .   Lagipun aku terover konfiden dengan kasut getah berspike tu, tak bleh harap juga kalau spike-spike tu pun penuh selut.

rehat after 1hr hiking

Bukit Tonggek

di entrance Baha’s Camp

Setelah bersusah payah naik bukit tu, kami sampai juga di Baha Camp, tempat kami bermalam. Sampai-sampai je terus kena buat kerja. Alaaa Tok Ketua ni tak bagi can langsung nak relax-relax. Kami 6 orang pasang 2 khemah. Yang lelaki-lelaki lain setup tempat masak, pasang lampu, bla..bla..Disebabkan makan malam tak ready-ready lagi (nasi yang Tok Ketua masak, tak masak-masak), kami pergi bersiram dulu. Kepala pun dah pening. Tak mandi sehari. Sejuk giler airnye! Tapi best! Siap mandi, makan, kami tidur. Esoknya nak bangun awal, nak tengok karpet awan 🙂 .

camp site

2/2/2011

Pagi esoknya, kami dah berbaris di kawasan lapang dekat dengan sungai untuk tengok karpet awan. Sangat kecewa sebab awan tak muncul pun.

Siap breakfast, kami bergerak untuk buat aktiviti waterfall tracking. Trek agak bahaya sebab kena lalu batu-batu licin. Destinasi kami nak ke Air Terjun 2 puncak. Air yang datang dari puncak Gunung Stong dan Gunung Ayam. Subhanallah, air terjun tu sangat cantik. Sempat jugaklah bermandi-manda dan makan-makan. Kemudian kami turun ke Air Terjun Telaga Tujuh pulak. Kat Air Terjun Telaga Tujuh ni, ada langsir air terjun. Sangat best masuk di sebalik ‘langsir’ ni. Sejuk!

Nurul, Kay dan aku di sebalik ‘langsir’

“telaga tujuh” di Air Terjun Telaga Tujuh

Dalam setengah jam kat situ, kami bergerak balik. Tapi singgah kejap di satu batu ni. Uncle paksa kami buat sliding kat situ. “Jangan panggil “geng gunung” kalau tak buat sliding” kata Uncle. Fuh, nak luruh jantung aku buat benda alah tu. Alangkan main roller coaster pun aku dah kecut, ni nak suruh slide dari ketinggian berapa meter ntah tu dan jatuh ke dalam sungai. Tapi sebab tengok geng gunung lain slide, aku pun buat jugaklah. Naik ke atas guna tali satu hal, nak slide pun satu hal. Fad, Adeq dan Julie buat dulu. Kecut perut aku tengok diorang. Then Nurul, Kay dan aku last sekali. Siot betul lah budak-budak ni suruh aku buat lagi sekali sebab tak sempat nak record 😛 . Uncle ajar cara-cara nak duduk dengan stabil. Aku hampir meluncur awal, kalau tak dah selamat aku tarik kaki Uncle sekali 😀 . Mula-mula tu ok la, tak laju sangat. Sampai half, tetiba batu sangat licin. Time ni aku dah pejam mata. Jantung betul-betul jadi kecik. Splash!!!!!! 10 markah untuk percikan air yang cantik..hahhahahah. Itu la kali pertama aku buat sliding setinggi itu dalam hidup. Tak buat dah kot. Tapi macam best pulak 😛 . Terima kasihla wahai Uncle sebab paksa kitaorang. At least aku dah cuba kan 🙂 .

Selesai aktiviti sliding, kami balik ke khemah, bersihkan badan, dan masak (memasak je kejenye kat sini). Malam ni kami berBBQ! Macam biasa, BBQ memang terbaik punyalah. Sudah makan, chit chat kejap sambil layan gambar sliding siang tadi, kami masuk khemah. Tidur awal kononnya esok pagi nak bangun awal nak tengok karpet awan.

Esok paginya kecewa lagi sebab karpet awan tak muncul-muncul. Dari jauh saja nampak. Tak de rezeki kami kali ni. Lepak kejap, pastu pergi masak breakfast. Siap makan, pergi mandi buat kali terakhir kat sini. Siap mandi, makan tengah hari. Kali ni Tok Ketua yang masak semasa kami sedang bersukaria di air tadi. Makan cepat-cepat, kemas barang, lipat khemah, kami siap untuk balik. Tak bestnyeee 😦 .

mereka ini penanti karpet awan

sendiri

ini adalah tempat kami membasuh periuk belanga

Jalan balik, kami lalu jalan yang sama datang aritu. Cuma kali ni cuaca elok, kami berpeluang cross air terjun yang tinggi tu. Cantik! dan agak bahaya jugak sebab batu-batu licin. Jam 4 petang kami dah sampai di entrance. Mandi-mandi, make-up apa semua, siap sedia tunggu van untuk pergi makan. Aku tak join diorang makan sebab dah janji dengan abah nak ambil di restoren tu. Aku sambung cuti-cuti CNY di kampung pulak. Jeles tau diorang posing-posing dengan thirt Gunung Stong kaler biru tu :P. Nanti kita reshoot tau!

air terjun tertinggi di asia tenggara

batu-batu kat sini agak licin. sebab tu kalau hujan, tak boleh cross sini

Keseluruhannya, bestlah trip kali ni. Walaupun perjalanan tak selancar yang dirancang, kami tetap happy! Tambah-tambah Tok Ketua yang organized, memang makan terjamin lah, cuma ada request untuk tukar menu next trip, boleh?

Mulu (3) – Bersahabat dengan alam (Trip 11/01/2011 – 16/01/2011)

entry sebelum (1)

entry sebelum (2)

Camp 5 ke Pinnacles –

Seawal jam 6.30 pagi kami dah siap untuk bergerak. Kalau start lewat, takut sampai lewat. Kalau sampai lewat takut tak dapat naik ke pinnacles. Malam sebelum guide Bugly dah bagi briefing sikit-sikit. Kitaorang bawa bekal nasi impit dan serunding daging dan makanan-makanan tambahan masing-masing. Air sorang bawa 2 botol 1.5L. Aku bawa extra 100+ setin. Breakfast dengan roti. Tak boleh nak makan sangat sebab risau :P.

sebelum mula pendakian

Maka berjalanlah kami 8 orang plus guide dalam kegelapan jam 6.30 pagi. Gelap time tu, kena pakai headlamp. Nasib baik hujan lebat semalam tak sampai ke pagi. Kalau tak harus cancel. Dalam 300m, aku dah penat. Trek memang dah start mendaki. Mendaki akar-akar pokok dan batu-batu yang licin berlumut. Tambah licin sebab hujan semalam. Sampai di km berapa ntah, dengar suara-suara mat salleh kat belakang. Kitaorang bagi je diorang potong. 900m dari starting point kami sampai di mini pinnacles selepas 1 jam kemudian. Tempat rehat dan boleh simpan air 1 botol kat situ. Bawa 1 je naik ke pinnacles. Tak de lah berat nak naik. Tapi kalau mampu, bawa je 2-2 botol ke atas sebab dahaga gila. Sebab group yang naik pun tak ramai, so selamatlah air kitaorang kat situ 🙂 . Dah puas rehat di mini pinnacles, kitaorang sambung jalan. Sebab kalau pukul 11 tak sampai lagi di 1st tangga, tak boleh naik dah ke pinnacles. Takut tak sempat turun, hari gelap.

pokok bentuk zirafah

mini pinnacles

Trek 900m ke atas ni sangat teruk. Kalau tak kuat semangat, ada yang patah balik ni. Tapi nak patah balik pun seksa. Fikir 2 kali jugak. So baik teruskan aje 😉 . Aku dah tak larat nak keluarkan kamera. Nurul je bertenaga lagi. Banyak gambar dia ambil. Kami jadi model ajelah 😀 . Thanks Nurul! Banyak kali kami berhenti untuk rehat dan berposing. Guide pun tension agaknya. Asyik tengok jam je hehhehe. Mungkin nanti-nanti kalau dia nampak nama Nurul and the gang, sure dia surrender nak jadi guide. Makin tinggi kami daki, hari pun makin cerah. Barulah nampak view yang cantik-cantik. Awan cantik. Tapi tak boleh lawan awan Kinabalu lah.

Akhirnya kami jumpa tangga pertama lebih kurang jam 9.50 pagi. Tangga 90 darjah, tangan mesti kuat, kaki mesti kukuh berpijak. Seterusnya kami kena naik lagi 14 tangga, so total 15 tangga semuanya untuk sampai ke pinnacles. Yang 14 tangga ni lagi azab. Yat kata macam nak pergi bunuh diri je. Yat, tak terkejut ke husband mu tengok gambar cuti-cuti malaysia wifenye? hehe.. lagi 100m nak sampai , selisih dengan mat salleh tadi. Diorang siap tidur lagi kat atas tu..huhuu bestnye boleh lepak lama :(. Diorang say well done la macam-macam lagi. Terkejut kot tengok kitaorang sampai. Bukan separuh, semua 8 orang 🙂 .

ini tangga pertama

lagi 100m nak sampai

Aku tak tau nak cakap apa bila sampai kat atas tu. Syukur sangat, sampai dengan selamat. Tak sangka sampai jugak kat situ. Selama ni tengok pinnacles dalam gambar je. Dan aku baru tau yang kitaorang tak kan sampai ke pinnacles tu. Cuma usha dari jauh je. Aku ingat bolehla pegang-pegang, peluk-peluk ke. Lepak kat atas kejap je, awan dah mendung. Pukul 12 dah nak kena turun. Makan kelam kabut, ambil gambar cepat-cepat, kami pun turun.

Turun sangat susah! Especially part yang 90 darjah sebab mesti kena mengundur then tak dapat tengok kaki nak mendarat kat mana. Memang slow habis. Agaknya tension tengok kitaorang slow, guide Bugly pintas aku dan Thirah. Dia yang direct Thirah macam mana nak turun dan suruh Thirah inform aku macam mana nak turun 🙂 . Okla, daripada tak bantu apa-apa kan. Sampai di mini pinnacles, perut lapar giler. Dah lah kat atas tadi lawan dengan Adeq nasi impit siapa habis dulu (kes nak bagi beg ringan), kan dah menyesal tak de bende nak makan 😛 .

Lepak-lepak kejap, then terus turun. Sampai ke 500m, hujan la pulak. Sebelum hujan tu, angin kuat sangat dalam hutan. Takut ranting pokok jatuh atas kepala.   Dengan pakai baju hujan, susah giler la nak turun. Pukul 5.30ptg kami sampai ke Camp 5 dengan selamat dan lebam-lebam di kaki. Kena sikit je kat batu-batu tu, terus lebam eh. Kaki Fad dan Thirah, dah macam mangsa dera.

Untuk menunaikan hajat di hati nak mandi sungai (sebab kat Clearwater cave tak sempat mandi), kami terus terjun ke sungai depan camp. Tak peduli hujan. Dalam hati kata tak pe, hujan kat sini bersih, tak de pencemaran udara. Insyaallah tak demam 🙂

sambung nanti yeeee….