Kisah sebelum 3 Sept. 2014

Selepas Dr Fazlina setkan date untuk aku masuk wad 2 sept 2014, aku menunggu hari penuh debar, excited, risau, takut dan tak sabar pun ada. Sebab dah letih sangat bawa perut. Aku harap sangat bersalin sebelum 2 sept sebab nak elak dari kena induce.

Sabtu 30 ogos 2014, ada turun darah sikit paginye. Geng Budak Itam suruh aku pergi hospital cepat – cepat.Β  Tapi aku macam rilek lah dulu. Lepas Asar baru pergi. Bidan cek baru 1 cm bukaan. So tak perlu admit. Balik rumah dulu.

31 ogos 2014, ma dah sampai KL. Asyik tanya je dah sakit ke belum.Β  Aku memang tak rasa sakit apa-apa.

1 sept 2014, bangun pagi macam biasa. Masih tak rasa apa-apa. Emosi sikit pagi tu sebab dah confirm aku akan kena induce esok hari. Taknak!
Mulut rasa nak makan manis-manis. Aku dah tak peduli nurse klinik ibu anak suruh diet. Aku belasah je makan πŸ˜„. Lepas lunch ajak Mr H pergi Alamanda. Nak jalan-jalan dengan harapan bukaan bertambah. Beli cheese cake di SR untuk aku dan subway untuk Mr H. Lepak tepi kolam sambil makan. Time ni pun beremosi sket. Mata dah bergenang, nasib Mr H tak nampak. Sangat fokus kat subway dia tu πŸ˜„πŸ˜„. Sebelum Maghrib dah balik rumah. Kemas-kemas apa yang patut di bawa ke hospital malam nanti.

Dalam jam 12 tgh malam lebih sampai di Az Zahrah. Memang sengaja datang selepas jam 12 tgh malam sebab nak jimat hari. Kiranya aku admit pada 2 sept lah. Masuk bilik, tukar baju, tunggu nurse datang untuk cek jantung baby dan masukkan ubat untuk buang air besar. Ubat buang air besar ni memang menjadi. Tak sampai seminit terus rasa nak gi toilet. Bidan datang untuk cek bukaan. Bukaan masih 1cm. Sedih sangat. Bidan kata pagi tu jugak akan masukkan pil induce tu. Aku sempat google jenis-jenis induce. 1 jenis pil masukkan ikut bawah. Lagi satu dalam bentuk cecair masukkan ikut tangan. Disebabkan dah dua kali cek bukaan, time nurse masukkan pil induce tu, aku dah tak de perasaan apa-apa. 2 jam tak boleh bangun takut ubat tu jatuh terkeluar balik. Kemudian aku bangun jalan-jalan dengan harapan bukaan bertambah. 8 jam selepas induce bidan datang lagi cek bukaan. 2cm sahaja. Nurse pergi discuss dengan Dr Fazlina. Pagi tu terima visit dari seorang ustazah. ustazah ni memang akan melawat pesakit-pesakit kat situ. Datang tanya khabar, bacakan doa untuk aku. Elok je ustazah tu keluar, air mata laju sangat keluar. Rasa kecewa, sedih macam- macam.

Nurse datang bagitau kena induce lagi sekali. Aku angguk je. Redha. Buatlah apa yang patut. Kali ni 1 jam aku tak boleh bangun. Lepas 6 jam tak silap Dr Fazlina sendiri datang untuk cek bukaan. Masih 2cm 😦. Dr Fazlina bagitau esok pagi lepas subuh induce lagi sekali. Kali ni guna cecair pulak. Dia pesan kena banyakkan jalan. Sebab kepala baby macam jauh lagi dari bukaan tu. Kalau kepala tak turun rapat, kemungkinan kena operate. Taknak!
Petang tu jugak aku paksa untuk jalan-jalan sekitar floor tu. Berpeluh! Memang rasa contraction. Naik turun tangga, lagilah rasa kerap contraction tu.

Yang setia meneman. Nak naik turun tangga beliau tak larat. Maka beliau tunggu je kat tengah-tengah. Terima kasih banyak-banyak!

Finally aku dapat rasa apa yang dorang kata rasa macam period pain 100 kali ganda tu. Malam tu tak de prosedur apa-apa. Cuma cek jantung baby je. Ingat nak turun naik tangga lagi tapi Mr H tidur nyenyak. Malas nak kejut. Aku jalan-jalan dalam bilik je. Malam tu memang tak boleh tidur. Contraction semakin kerap. Dalam hati happy sebab harapkan semakin banyak bukaan.

Esok pagi dalam jam 6.30am nurse datang inform induce kena buat dalam wad sebab labour room penuh.

Berjalan

Last checkup pada 22/8/2014, doktor pesan aku suruh banyak berjalan. Naik turun tangga. Kandungan ni dah cukup masa tapi tak de tanda-tanda lagi. Aku pun baru je start lepak kat rumah last week. So baru je lah naik turun tangga lebih dari sekali. Kat ofis buat kerja duduk je mengadap komputer. Drive pergi balik office, dalam 2 jam. So aku memang banyak duduk je.

Ma dah ada kat rumah. Standby kot-kot bersalin awal. Kelmarin ajak ma pusing-pusing IKEA. Doktor suruh berjalan kan πŸ™‚ . Aku tak heran dah kat lift dan eskeletor. Panjat tangga. Mengah πŸ˜€ . Punya la banyak berjalan, sampai je kat section frame gambar, kaki cramp. Pergi hiking pun tak pernah cramp.

Lepas balik IKEA, pergi rumah pakcik. Makan-makan. Semua orang suruh aku makan banyak. Kot-kot bersalin esok lusa :D. Tapi perut tak mampu dah nak disumbat. Tengok ni:

 

Kalau sampai 1 Sept belum bersalin, doktor suruh masuk wad. Bilik dah booking pun untuk 2 Sept. So 2 Sept kena jugak bersalin.

Hmmmm….

Baby, mama menunggu ni

 

38 wk 5d

Anak sayang,

Bila nak jumpa mama ni? Dah tak larat ni sayang.

Sorang sahabat ada bagitau, nanti bila dah lepas bersalin, mesti akan rindu perasaan baby bergerak-gerak dalam perut. Beliau pernah mengalami sampai rasa down. Tapi nasib baik lepas tu normal balik. Bahaya jugak kan

Kami

Sejak dapat berita Geng Budak Itam sama-sama pregnant, satu impian aku nak bergambar bersama bila perut masing-masing dah besar. Alhamdullih, 2 minggu plan, terlaksana juga impian. Gigih Fir dan Ira datang dari Melaka dan Penang. Sayang korang! Lokasi perjumpaan di rumah baru Ayun dia Alam Impian. Cantik betul rumah dia. Murah rezeki dia dapat sebiji rumah yang besar dan selesa.

Bila berkumpul dengan perut masing-masing yang memboyot, lawak jugak. Masing-masing berjalan dah macam penguin πŸ˜€ . Sesekali tangan masing-masing mengusap perut sebab agaknya baby-baby kat dalam tu pun excited dengar suara-suara yang tak pernah dorang dengar. Ataupun baby-baby ni dapat rasa kehadiran ‘kawan-kawan’ baru dalam perut ibu masing-masing. Tak sabar nak kenalkan dorang. Husband Fir, Ira dan Ayun masing-masing berkongsi cerita pengalaman first time dapat anak kat Mr. H. Hehehehe..haaa takut???

Ini gambar boyot masing-masing. Lepas ni kami nak lawan perut siapa paling cepat kempis πŸ˜€

Honeymoon yang dah lepas

Betul kata orang, second trimester adalah masa untuk berhoneymoon. Memang best giler. Kadang tak rasa pun macam tengah pregnant. Aku boleh makan banyak, boleh jalan sana sini.

Now dah masuk 31 weeks. Next week, dah masuk 8 bulan. Dah mula rasa tak best sana sini. Bertabahlah!

Pesanan: Janganlah sesekali sakiti hati mak. Seksa oooo dia mengandungkan kamu dulu.

Salam Ramadhan

πŸ™‚

I see you!

Mula-mula tu macam nak tak nak je buat. Bukannye murah. Tapi fikir-fikir balik macam rugi kalau tak buat.Β Manalah tau ini je rezeki yang Allah nak bagi. Terus aku buat appointment di Klinik Qistina, di Equine Park untuk buat scan 3d/4d. Appointment pukul 10.30 pagi. Aku keluar jam 9, nak pusing-pusing pasar borong selangor tu. Sambil cari lauk sambil nak bagi si kecik ni bangun. Bestla sikit nak scan nanti.
Tapi sampai je klinik dan masa buat scan dia tidur memanjang. Tak dapat la tengok aksi-aksi dia. Hmmmm frust tau. Tidur pula tangan letak kat muka sebelah. Nampak sebelah je la. Pipi bulat! Haaa tu mesti ikut Mr H πŸ˜„. Pastu sonografer ni tepuk-tepuk perut aku, sembang-sembang suruh dia bangun. Dia celik mata. Haaa besar mata. Ni mesti ikut mata aku πŸ˜„πŸ˜„.Β  Buka mata kejap, menguap 2,3 kali. Pastu tidur balik. Kitaorang kacau-kacau balik, dia start buat mulut tak puas hati pulak. Sonografer tu scan belah kiri pulak. Nak nampak full dah muka, tiba-tiba dia angkat tangan lindung muka. Hmmm betul-betul protes la tu. Ok tak pe , at least nampaklah sikit. Hidung, bibir, tulang belakang semua ok. Tali pusat, uri pun ok. Panjang lebih kurang 20cm. Berat lebih kurang1.3kg. Macam berat je kamu ni.
Puas hati dapat tengok dia kat dalam tu. Kalaulah perut ni transparent,Β  syok kot πŸ˜„. Boleh tengok dia sepanjang masa. Nak-nak time dia tendang, ape bende la budak ni tengah buat. Praktis hiking ke cik πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„.

Tidur

Menguap

Gambar pertama sejak pregnant. Gathering di rumah parents Diana sempena Ana balik kejap dari German. Terkejut aku tengok diri sendiri dalam gambar ni. Dah macam 9 bulan kot πŸ˜€

Dengan salah sorang Budak Itam. Aku 27 weeks, IR 12 weeks πŸ™‚

Berjangkit

Dulu aku selalu dengar orang kata mengandung ni boleh berjangkit. Contoh kata dalam ofis tu ada sorang mengandung. Tup-tup lepas tu akan ada berita sorang lain pulak mengandung :). Aku fikir, alaaaa sengaja nak mengandung jugak la tu πŸ™‚

Tapi bila time aku, aku macam percaya tak percaya (sila jgn percaya, ini semua kuasa Allah). Ketika kandungan aku lebih kurang 2 bulan, aku dapat berita salah sorang geng Budak Itam, aku gelarkan F, mengandung dalam 4 minggu. Happy! Sebab F ni dah ada anak sorang nak masuk 5 ke 6 tahun ntah. Dah lama nak anak lagi, tak de rezeki. Tup-tup tahun ni dapat πŸ™‚

Kemudian time aku 3 bulan, sorang lagi geng Budak Itam, aku gelarkan AY sms aku tanya khabar. Sembang-sembang dapat tau AY mengandung 2 bulan. Time tu aku rasa nak jerit. Jerit happy :). AY dah ada 2 anak, sorang lelaki sorang perempuan. Ya Allah 3 org Budak Itam sesama pregnant. Rasa macam comel πŸ˜€

Masuk kandungan aku 5 bulan, dapat berita sorang lagi geng Budak Itam, aku gelarkan IR, pregnant. Kes IR ni lain pulak. Dia memang plan untuk tak nak anak lagi dalam masa terdekat. Dia dah ada 4 anak. Tapi target dia memang nak 5. Tahun ni rancangannya nak pergi umrah, so dia nak tangguhkan la dulu untuk dapat baby. Tapi kuasa Allah kan, menjadi jugak. Tengok lah kalau ada rezeki baby IR, dapatla pergi Mekah sama-sama dengan ibunya πŸ™‚

Actually Budak Itam ada 5 orang semuanya. Sorang lagi ada problem sikit. Kalau tak harus 5-5 sesama perut buncit :D. Dalam geng ni aku yang paling lewat kahwin. Dulu time dorang semua dapat anak terdetik jugak, bila aku kahwin esok-esok, anak aku je yang masih kecil. Anak-anak geng lain semua besar-besar dah. Tapi tak sangka dapat rezeki anak sebaya πŸ™‚

So, September, October, December 2014.. insyaAllah akan muncul Junior Budak Itam yang sebaya. Semoga semuanya dipermudahkan. Amin