Sharing

Advertisements

Tanggungjawab

Satu malam aku singgah solat Maghrib di sebuah masjid di Bangi. Sudah solat, lepak-lepak kejap dalam kereta sambil reply SMS urgent untuk bos, tingkap kereta diketuk dan dengar orang bagi salam. Aku terkejut, si pengetuk, pakcik yang agak2 umur dalam 50-60 tu pun terkejut :). Was-was jugak nak buka ke tak. Aku tengok di tangannya ada beberapa keping duit kertas dan botol kecik. Terus terlintas di fikiran, jangan-jangan asid :D. Tapi dari luar aku dengar dia nak minta duit. So aku buka la, sikit je.

Katanya nak beli gas inhaler untuk isterinya tapi tak cukup duit. Dia pergi minta sana sini baru ada dalam RM18++.  Harga gas inhaler tu RM34++. Nak minta sumbangan masjid, tunggu Tok Siak belum datang katanya. Isterinya nak guna cepat. Aku pun tanpa fikir panjang sebab nak cepat reply SMS bos, aku bagi je lah sikit. Then aku tengok dia ke mana. Macam  masuk masjid tapi tak sure.

Apa yang aku nak kisahkan kat sini bukan pasal pakcik tu betul-betul ke dalam kecemasan. Kalau dia tipu, tak pe lah. Itu hal dia. Kalau betul, buat aku terfikir. Dia sanggup buat apa saja untuk penuhi tanggungjawab dia terhadap isterinya, tanggungannya. Dan buat aku terfikir lagi, memang secara naturalnya kita akan buat apa saja untuk tunaikan tanggungjawab kita kan?

Balik rumah, aku survey-survey juga harga gas inhaler tu di internet :). Harganya dalam lingkungan RM20 – RM 40 (depends brand dan kedai yang menjualnya).

🙂

Usaha tangga kejayaan

Mesej buat mereka yang dilanda kesukaran di luar sana (termasuk diri sendiri)

I

biar tergolek

biar tersepit

biar tersembam

biar sakit

biar menangis

dalam hidup mesti ada usaha

– Iris

II

In facing your troubles you are allowed to feel pain, you are allowed to feel disappointed, you are allowed to feel angry, you are allowed to cry ..BUT…YOU ARE NOT ALLOWED TO GIVE UP! – Rahman Mansor (pelari Putrajaya Night Marathon)

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku……. Keimananku…….

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku……. Keimananku…….

Engkau satu cinta
Yang s’lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…….

Oh Tuhan …. s’lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan …. jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

sumber: lirik