Berasap dapur

Ini my favourite. Di suatu petang Ahad yang membosankan, aku masuk dapur siapkan bahan untuk buat Kuih Tiram ni. Pernah sembang-sembang dengan mak angkat pasal kuih ni. Senang je katanya nak membuatnya. Aku pun google youtube. Ye lah senang je. Resepinye aku ambik kat sini.

  • 500gm tepung
  • 1 biji telur
  • 2 sudu margerin
  • sedikit garam
  • 160ml air
  • *6 sudu tepung jagung
  • *6 sudu minyak

*satukan bahan2 ni, jadi macam krim
yang lain-lain tu uli jadi doh

Tapi aku lupa nak letak telur :D. Lepas sehari baru aku teringat :P. Aku buat sikit je. 1st time, takut tak jadi kan, membazir. Sukatan agak-agak je. Tambah tepung, tambah air, sampai doh tu agak-agak cantik. Pastu buat doh-doh kecil, dapat dalam 5 biji. Untuk doh pertama, aku ikut youtube ni. Tapi jadi tebal. Tak best. Pastu doh yang ke-2 aku ikut cara yang mak angkat ajar. Jadi nipis seperti yang aku nak :). Yeay! Tak de gambar, tengok gambar kat blog mat gebu ni je lah. Kena buat lagi ni bagi jadi cantik macam Mat Gebu buat :). Boleh buat kuih raya kan?

Advertisements

Cookbook – Resepi

Sepertimana yang aku rancangkan dulu untuk simpan segala resepi masakan, aku dah ada 2 resepi, yeay!

Resepi 1: Laksam

Last week, tiba-tiba kakak teringin nak makan laksam lepas tengok Zamir (Masterchef) masak laksam di pusingan penyingkiran. Tapi tak mau beli sebab rasa tak macam ma buat dan tak tau nak beli kat mana :). Then, cepat-cepat buat panggilan talian hayat untuk dapatkan resepi, petang Sabtu mengukus laksam la kami adik beradik. Tadaaaa!

Laksam sentiasa jadi favourite aku. Maybe sebab dari kecil ma selalu buat, berniaga. Tapi aku tak pernah nak ambil tahu nak buat :). Bila dok jauh ni baru rasa nak belajar :P. Tapi dah jadi habit aku, walaupun aku tau masak masakan tu, tapi kalau itu kepakaran ma, aku tak kan masak kat rumah. Nak makan yang ma masak jugak! Sama dengan ma. Apa-apa resepi baru yang aku masak kat rumah, walaupun dia tau nak masak macam mana ataupun dia tak ambik tau langsung pasal resepi tu, mesti suruh aku masak bila aku balik :).

Resepi 2: Kerabu pucuk ubi

Disebabkan petang Sabtu nak buat laksam, untuk lunch aku malas nak masak beriya. Fikir-fikir sambil tengok barang dalam peti ais, decided nak buat kerabu je lah. Makan dengan ikan pekasam. Cukup.

Ma memang suka buat kerabu sebab abah sangat suka makan kerabu. Especially bulan puasa. Macam-macam jenis kerabu. Setakat ni, kerabu pucuk ubilah yang aku sangat suka. Lagi masam, lagi sedap!

Macaron?

Femes huh? Sana sini orang sebut aje. Macam boleh menang anugerah bintang popular. Aku pernah makan sekali. Itu pun kebetulan dihidangkan di satu conference di Singapore tak lama dulu. Kebetulan juga, sebelum pergi Singapore, beberapa rakan asyik bercakap pasal macaron ni. Kiranya time jumpa kat Singapore tu aku dah kenal lah, cuma belum pernah makan. Bos pula asyik suruh makan, sedap katanya. Aku makan sebiji, manis sangat! Macam tak boleh telan.

Semalam tengok siaran ulangan Masterchef, Callum menang cabaran “Invention test” melalui “Violet Macaroons with Raspberries & Butter Cream”

Gulp! Telan air liur. Nak try buat, silakan 🙂

http://www.masterchef.com.au/violet-macaroons-with-raspberries-and-butter-cream.htm

dan juga pengalaman orang ni buat kulit macaron, kali ke-4 baru menjadi. Susah jugak eh.

http://www.dishwithvivien.com/tag/macaron/

Cik Miza Boboi, si tangan ajaib dan Kak Zana, tukang buat kek, tak nak cuba ke? Buat gift bagi orang cute juga nih.

 

 

 

Oven whooz berasap lagi..

Tak yah beli dah..dah boleh buat sendiri  😀 . Cuma takut penyakit MALAS je datang. Bersempena cuti merdeka, sekali lagi rumah aku jadi host untuk program masak-memasak bersama SSK :). Kali ni 2 student baru belajar tart nenas , aku dan Miza nak try buat Blueberry Cheese Tart, walla! Gambar terus laaaa 😛

kena cucuk-cucuk bagi dia bernafas :P. Masak kulit dulu, 3/4 masak (depends to oven lah, kalau yg elok tu, 3/4 masak dah cantek kaler dia. Masak elok. Kalau oven aku tu, putih suci bersih, tak berapa masak sangat )

dah masak lebih kurang 3/4 masak, pipekan cheese+butter+sugar+egg yang dipukul rata dan letak blueberry di atasnya. Bakar sekali lagi, kali ni guna api bawah sahaja

tada!!!!!! buat size paling kecil, memang tak boleh stop makan, puas boleh makan banyak!

next nak belajar buat apa lagi????

Bagi mereka yang nak cuba resipi ni, boleh pergi sini

Chocolate in ‘da house!

Best gilerrr buat coklat ni tau. Senang. Cuma perlu tau teknik mencairkan untuk bagi coklat tu menjadi dan perlu lebih kreativiti untuk membezakan coklat kita dengan coklat orang lain.

Mula-mula kami belajar kenal coklat.

2 paket kecil hujung tu coklat compound (Gred B), 3 pek besar ni coklat couverture (Gred A)

Kemudian kami belajar cara-cara buat filling.

Susu + strawbery paste + white chocolate + Liquid glucose = strawbery filling


Untuk filling ni Kak Arah je buat, kami tengok sahaja. Next, ialah masa untuk kami beraksi!

Resipi 1 – Coklat Couverture. Untuk resepi ni kami guna coklat Gred A. Untuk coklat Gred A, teknik mencairkan adalah dengan cara tempering.

Asingkan sama banyak coklat dalam 2 bekas. 1 bekas panaskan atas food warmer. Agak-agak 50% cair, turunkan dan campur balance coklat ke dalam bekas tu. Gaul penyek-penyek hingga semua coklat cair  dan berkilat.

Isi coklat separuh dalam acuan, dan letak la dengan apa yang kita suka

kemudian isi coklat sampai penuh. Make sure badam/kacang tadi tak timbul

Resipi 2- Coklat acuan rose ada inti. Untuk resipi ni, kami guna coklat gred B. Capur milk chocolate dan dark chocolate. Bunga rose ni ada warna-warna, so kami kena buat pewarna dulu dengan mengunakan white chocolate.

Cara nak cairkan coklat grade B senang sket dari Gred A. Cairkan semua coklat atas food warmer. Tak perlu buat tempering

milk chocolate + dark chocolate yang dicairkan

Untuk mewarna, guna berus lukisan khas untuk masakan, dan kaler lah acuan rose tu ikut suka hati. Aku betul-betul enjoy part mewarna ni. Macam khayal dalam dunia sendiri. Macam masuk kelas lukisan 😉

Kemudian pipekan sket coklat dan golek-golek hingga coklat rata ke seluruh acuan

Masukkan apa jenis inti yang kita suka

Last sekali pipekan lagi coklat sampai penuh. Siap!

Resepi 3- Oreo Chocolate. Yang ni pun kami campur 2 coklat, milk dan dark. Kalau nak letak warna, kena kalerkan dulu dan biarkan kering sebelum masukkan coklat.

Selepas mewarna, pipekan coklat sikit dan letak biskut oreo, tekan sampai coklat melimpah ke atas biskut. Last Sekali pipekan lagi coklat untuk cover keseluruhan biskut. Siap!

Resepi 4 – Lolichoc. Cara yang sama mewarna, pipe kan coklat hingga penuh dan letakkan batang plastik. Siap!

Jom kita tengok hasilnya..hehehhe

Resepi: Murtabak Megi

Hari ni, tak tau apa yang merasuk, rasa macam nak masak something yang tak pernah buat. Tapi dengan bahan kat dapur pun tak de, aku macam tension satu hari ni. Google sana, search sini, masuk blog masak2, macam-macam rasa nak buat. Tapi MALAS nak keluar beli bahan. Akhirnya aku terjumpa resepi Murtabak Megi. Dah lama dah dengar pasal murtabak ni tapi tak pernah try. Jadi makan malam aku hari ni bersama Murtabak Megi.

Bahan:

Megi perasa kari (2 paket)
*Sayur-sayuran yang digemari (contoh carrot/sayur campur/kobis)
*Isi ayam atau daging cincang, udang  atau hotdog (ikut suka hati)
*Bawang besar ikut suka banyak mana (dipotong dadu)
*Bawang putih ikut suka banyak mana (di potong dadu)
*Cili besar / cili padi (ikut suka)
Garam, lada hitam / lada sulah
Perisa kari Meggi (2 paket)
Telur 5-6 biji

Cara-cara:

1. Rebus megi

2. Goreng sekejap bahan2 bertanda *

3. Pukul telur. Masukkan garam, lada hitam / lada sulah, perisa kari Megi

4. Masukkan inti dan megi tadi. Gaul hingga rata dan boleh goreng. Buat tebal-tebal macam murtabak.