Pandang pertama

Telefon bukan benda pertama dalam list aku. Orang lain sibuk dengan iphone la apa la, aku ok je dengan i-mobile. Officemate aku tegur, “eh ada eh phone i-mobile?”..Ye tau lah handphone i tak glamour 😀 .

Tapi kan bila aku tengok Nokia X3 Touch and Type ni, rasa macam berkenan la. Berkenan sebab keypad dia besar untuk jari besar macam aku 🙂

Ada sesiapa nak review? Sila2..

Advertisements

Saya nak..

Waterproof W250 Walkman

Akan dilancarkan Mei 2010. Sesiapa yang berhajat untuk beli hadiah besday saya, boleh consider ini ye 😉 . Oh ye, saya nak merah jambu any color pun boleh. Semua cun! Sedikit review:

Apa yang menarik mengenai Walkman ini ialah satu ciri dikenali sebagai Smart Mood yang mana lagu-lagu yang dimainkan dalam rentak yang sama untuk meneruskan mood pengguna

Tapi kalau pakai tudung macam tak boleh nak selit kat telinga je. Ataupun ada earphone sekali?

Sumber gambar

Pokok keluarga

Ini adalah pokok keluarga aku. Aku baru je jumpa benda alah ni. Kesian kan? 😀 .

Sebenarnya memang dah lama aku nak buat carta susur galur famili macam ni. Tambah-tambah lagi bila aku tengok, famili Ira (kawan baik ku di Jitra) buat reunion dari level setua-tua orang tua hinggalah semuda-muda baby. Aku jeles sebenarnya 😛 .  Jeles sebab dia kenal ramai sedara mara dia. Dan sebab itu jugakla aku suka sangat ke Jitra, sebab sedara-mara dia dah macam sedara mara aku pulak. Ok balik kepada famili tree aku. Aku rasa benda ni amat penting memandangkan aku ni jenis yang tak kenal sedara. Ini la akibatnya time kecik-kecik dulu tak mau ikut ma abah gi jalan rumah sedara. Lepak je kat rumah tengok kartun. Ni dah besar, memang aku macam malu je sebab tak kenal sedara.

Di www.geni.com ni boleh buat map jugak. Map untuk current location atau pun tempat lahir. Contoh ni aku letak current location abah aku,

Boleh juga share dengan famili kita yang lain. Just invite melalui email diorang. Diorang pun boleh edit atau tambah. So lepas ni sesapa yang baru kahwin atau bersalin, aku memang kena alert la 😛 .