New Zealand Trip Day 1 & Day 2 (Auckland – Christchurch – Lake Tekapo)

Aku dah rajin sikit ni nak update pasal trip ke NZ. Harapnya sampai habis la πŸ™‚

Jom!

Auckland-Christchurch

 photo 20160802_134338_zpswakm9rjv.jpg

 photo 20160802_173603_zpsfsgmwwpv.jpgBermalam di Auckland 1 malam di Ibis Budget Hotel Auckland. Jalan kaki dalam 15 minit dari Auckland Airport. Tapi dengan beg segala tu nak dekat 30 minit jugak. Sampai je kat hotel, kami nampak troli airport tersusun di tempat park kereta :D. Nak marah diri sendiri rasanya :D. Bilik hotel kecik sangat. 1 Queen bed, 1 bunk bed. Berhampiran dengan pasaraya Countdown. Harga lebih kurang NZD112/night.

 photo 20160802_212157_zpsy3p61jlm.jpgFlight Jetstar ke Christchurch keesokkan paginya jam 6.45 pagi. Kitaorang ambil shuttle bus NZD5/person dari hotel ke airport. Mesin tiket ada di sebelah receptionist hotel.

 photo 20160803_050556_zpsadlf4skk.jpgSurau di domestik airport di tingkat 1. Dalam peta macam senang je nak cari. Tapi punyalah susah. Rupanya terselit di lorong-lorong.

Christchurch – Lake Tekapo

 photo 2016_10_10_11_44_06_Christchurch_New_Zealand_to_Lake_Tekapo_New_Zealand_Google_Maps_zpsuohvuwy8.png

 photo 20160803_084523_zpsvb7synjx.jpgTiba di Christchurch Airport jam 8.10 pagi. Guna free phone di airport tu untuk call Jucy Car Rental minta dorang datang ambil kitaorang ke office Jucy.

 photo 20160803_091715_zpsdzdx5cq5.jpg

 photo 20160803_091730_zpsh7cztp4c.jpgLama jugak urusan nak ambil campervan kat office Jucy tu. Ada demo untuk pasang snow chain. Kitaorang sewa jugak snow chain sebab dijangka sepanjang minggu kat di South Island tu, akan turun salji dengan lebat. Siap semua angkut beg masuk dalam campervan, kitaorang gerak ke McD dulu beli minuman panas. Sejuk sebab hujan tak henti-henti sejak dari airport. Aku drive untuk trip ke Lake Tekapo ni.

 photo Dsc_0004_zps7c9my7jo.jpgIni Jucy Condo yang kami guna sepanjang di South Island. Berkenan betul dengan van ni. Warna yang terang dan gambar perempuan seksi :D. Dalam van ni ada segala macam, sofa bed, kelengkapan tidur, dapur, fridge, sinki, pinggan mangkuk segala barang :D. Harga NZD757 untuk 9 hari.

 photo 20160803_114230_zps5ctaqqku.jpgSeterusnya kitaorang ke pasaraya Countdown untuk beli barang-barang masak.

 photo fde1b0df-7ed9-4091-a914-3dd93223f202_zpsmcxuneat.jpgDah sampai NZ ni, benda pertama yang dicari mestilah kambing biri-biri kan. Dah katanya populasi biri-biri lebih banyak dari manusia :D. Ini kami jumpa sebaik sahaja keluar dari bandar Christchurch.

 photo bc176b50-a22c-4952-b0df-cbf09db29199_zpstctyjbqh.jpgDah mula nampak view macam ni dah. Aku bawa van pun excited sangat.

 photo eb19dd3c-ac0f-4307-8560-63e53e396248_zpsauhqsirf.jpgHaiwan paling cantik yang kami jumpa :). Camera friendly kot dorang ni. Kitaorang stop nak ambil gambar gunung, tiba-tiba 4 ekor ni datang interframe :D. Comel! Pulak tu tak berganjak langsung. Sehingga kami naik van semula baru 4 ekor ni beredar. Ini Llama kan?

 photo 3ae7db24-b1c8-4704-941a-dc93f5e98620_zpskxjaxnrv.jpgIni jambatan 1 lorong pertama yang kami jumpa. Arrow merah bermaksud kita kena stop untuk beri laluan kenderaan dari arah bertentangan (arrow hitam) lalu dahulu.

 photo 20160803_144309_zpsxs7w7tbd.jpgKira-kira sejam lebih perjalanan , kitaorang berhenti di Geraldine Information Centre. Untuk makan dan ke toilet. Sempat juga aku pos poskad dari sini. Poskad berharga NZD0.60, setem NZD2.20

 photo Img_0229_zpstso5jjjg.jpgPokok kering, tasik, gunung dan salji. Perfect!

 photo Img_0204_zpsuyhils8s.jpg

 photo 20160804_073014_zpspkhvu15l.jpg
Hampir 4 jam perjalanan, kami sampai di Lake Tekapo Motels & Holiday Park. Ini view depan cabin kami. Salji!!!

 photo 20160804_073150_zpsgnqaxo19.jpg
Yang warna kuning tu kabin kami. Harga NZD139/night

Advertisements

Pantai Bagan Lalang

 photo 1475630205000_zpsumnabe58.jpgHappy betul Cik Hanaan hujung minggu lepas. Sabtu main dengan Kakak Iris dan Ayriel. Ahad main air kat Pantai Bagan Lalang. Kamu memang berhak untuk berasa gembira sepanjang masa. Maafkan mama jika ada masa kamu terpaksa bersedih 😦

Ahad, cuti Awal Muharram aku ajak husband dan Eddy pergi camping di Pantai Bagan Lalang. Lama dah nak camping, tapi asyik tak de masa. Bawa 20 ketul ayam untuk dibakar, nasi sebekas, roti dan bihun goreng sebekas.

 photo 20161002_170235_zpsoiudiae8.jpg

Ramai sungguh orang. Ada yang bercamping dari semalam. Maybe “checkout” harini. Aku sampai sana dalam jam 11. Kebetulan ada tempat kosong, terus pasang khemah. Dalam khemah masih ada sisa pasir. Mungkinkah pasir Pantai Bagan Lalang yang aku datang beberapa tahun dahulu dengan GGK? πŸ˜€

 photo IMG_20161002_122939_zpswdodxeq0.jpg

Ini pengalaman pertama Cik Hanaan berkhemah. Suka je dia keluar masuk pintu khemah. Time dia basah, aku suruh dia duduk luar. Ok je dia lepak-lepak depan pintu khemah sambil jenguk-jenguk aku kat dalam πŸ™‚ . Ok next time kita cuba bermalam pulak ye.

 photo IMG_20161002_190312_zpsrh97cnpd.jpg

Kami lepak kat sana sampai Asar. Jam 6.00 ptg pergi ke HM Bagan Lalang untuk makan seafood. Kalau ikut plan asal, aku nak beli seafood dan balik bakar kat khemah. Tapinya ayam yang 20 ketul tu tak habis dimakan, jadi malas pulak nak pergi beli lauk basah. Order lauk sahaja sebab masing-masing tak nak makan nasi dah. Ikan jenahak bakar so-so saja. Yang sedap siput pepahat cili, udang butter dan kepah serai πŸ™‚

 photo 20161002_174813_zps444nyo43.jpgCik Hanaan dah bad mood sebab letih main air. Langsung tak tidur hari tu

Putrajaya Skyride Festival Park – SkyKids

Last week, bila Kak Ngah bagitau nak datang KL dan nak bawa budak-budak pergi main, aku blank sebab tak tau nak bawa pergi mana. Mulalah search on internet dan jumpa macam-macam. Kebanyakkan nya berbayar dan mahal :(. Ada la free macam taman permainan kat KLCC , Tasik Titiwangsa, Tasik Perdana dll. Tapi aku malas nak masuk KL. Malas nak bersesak.

Cari punya cari jumpa tempat ni di Putrajaya. Tak pernah datang sini. Rupanya kat sini tempat orang naik belon udara panas tu. Pernah nampak belon udara panas dari jauh je. Kitaorang sampai dalam jam 2.30ptg. Tak de orang pun. Ada bahagian-bahagian ditutup under maintenance. So aku tak dapat nak cerita apa yang best kat sini :D. Kitaorang pergi sana pun sebab ada satu bahagian untuk kanak-kanak, SkyKids. Bayar RM10 untuk 2 jam. Parents tak perlu bayar. Memang best giler lah budak bertiga tu sebab tak de orang lain pun main kat situ :D. Ada macam-macam barang permainan kat dalam tu. Beraircond pulak. Bagi aku tempat ni sangat OK. Parents boleh lepak luar sambil tengok anak-anak sebab dindingnya kaca. Kat luar tu pun ada buaian dan pondok boleh lepak-lepak.

 photo 1475630329000_zpsuhy7gxpa.jpgbahagian luar SkyKids

 photo 1475630480000_zpsq0ikzmsz.jpgbahagian dalam SkyKids

 photo 20161001_152506_zpsz7dp5aji.jpgada jual aiskrim dan barang-barang permainan juga

Selesai kat situ, kitaorang pergi solat dan lepak kejap kat dataran depan masjid. Dalam masjid pun ada kawasan untuk anak-anak bermain. Memang suka hatilah budak-budak tu. Non stop bermain. Bertenaga betul. Masa lepak kat dataran kena paw dengan budak-budak ni pulak :P. Kebetulan ada orang menjual barang mainan kat tepi kereta aku 😦

 photo IMG_20161001_183151_zpsdapz5bh8.jpg

Iris, anak sulung Kak Ngah, tak habis-habis cakap bestnye duduk KL. Ada banyak permainan :D. Senang kan dorang ni berhibur. Tak perlu ke tempat mahal-mahal pun. Taman permainan kat tepi rumah pun dah happy sesangat :). Tapi kalau dapat pergi Disneyland tu kira rezeki lah πŸ˜€

Obses Mama

Sejak kena tinggal 2 minggu, Hanaan jadi obses sangat dengan aku. Seminggu pertama dia jumpa aku, dia memang “buli” aku cukup-cukup. Nak aku je dukung dia. Nak aku je mandikan dia. Tak boleh sesaat pun aku hilang dari dia. Kalau tengah tengok TV sama-sama, kemudian aku bangun pergi dapur, berlari dia kejar aku πŸ˜€ .

Naik kereta sekarang ni susah sangat nak letak dalam baby seat. So aku letak sebelah je. Pulak tu dia bukan nak duduk situ pun. Dia datang duduk kat tengah-tengah, pastu letak kepala atas riba aku. Time manja dia datang, sikit-sikit “nak eluk” (nak peluk) :D. Semua barang dalam kereta tu mama yang punya. Jari tunjuk stereng sebut “mama nye”, tunjuk radio “mama nye”. Memang mencabar aku bawa kereta dalam 2-3 minggu ni.

Mulut dia pulak tak lekang sebut “mama, mama, mama” atau pun “mama hanaan” atau “hanaan mama” :D. Semua barang-barang kepunyaan mama orang lain tak boleh sentuh. Sehinggakan ada satu hari tu aku masak ape ntah tak ingat, husband ambil nak suap dalam mulut. Budak Hanaan ni menjerit “mama nyeeeee!” sambil muka tak puas hati. Pastu membebel apa pun aku tak faham.

Pengalaman kena tinggal 2 minggu betul-betul bagi kesan kat dia. Aku fikir perkara tak besar mana tapi bagi dia itu adalah pengalaman buruk agaknya. Sorry Hanaan :(.

Tapi yang bestnya, disebabkan dia nak melekat dengan aku je, time pergi shopping, dia sangatlah behave duduk dalam troli. Kalau tak sebelum ni, tak sampai 5 minit terus melompat-lompat nak keluar dari troli dan nak jalan (berlari) sendiri :D. Sangatlah tertekan pergi shopping dengan budak kecik ni πŸ˜›

Larian Milo Breakfast Day 2016

Ahad 29/5/2016 yang lepas, aku sempat join Larian Milo Breakfast Day. My 2nd running event selepas lahirkan Cik Hanaan. First time untuk Mr H dan Cik Hanaan. Aku join ni sebab murah. Rm60 untuk 5 participants. Lagipun 3km je.

Pada hari kejadian, jam 6.00am aku dah kejut Cik Hanaan. Nasib baik dia ok. Ajak dia mandi. Dia angguk je :). Pakai baju siap terus gerak ke Putrajaya jam 6.45. Sampai sana jam 7.15am. Dah penuh car park. Hanaan masih mengantuk. Tak nak jalan sendiri. Nak suruh orang dukung. Alaaa πŸ˜€ Menyesal tak bawa stroller. Memang plan nak bawa tapi nya last minute tertinggal juga. Merasalah dukung berat 11kg. Jauh tempat park kereta dengan starting point depan Perbadanan Putrajaya tu. Nasib ada 2 adik ipar. Gilir-gilir.

 photo 20160529_074516_zpsi63ykzlr.jpgUntuk acara famili run 3km je (fuhh nasib baik 3km je!)

 photo 20160529_074602_zpsdektqa79.jpgMenguap memanjang

 photo 20160529_082129_zpsmru0kpck.jpgPakai bip kat belakang sebabnya dia nak koyak kalau pakai kat depan :D. Jalan lenggang kangkung tak sampai 100m pun kot :D. Baju dan kasut aku memang beli untuk event hari ini (semangat sungguh mama πŸ˜› )
 photo 20160529_081835_zpskykyiaf1.jpg
Macam-macam la kerenahnya, nak jalan pimpin dengan aunty lah
 photo 20160529_083847_zpsbbubskpl.jpg
Nak pimpin dengan mama dan abah pulak
 photo 20160529_084516_zpst99rlyxe.jpg
Last-last merajuk tak nak jalan
 photo 20160529_090616_zpseurfatvs.jpg
Lepas merajuk tu, abah dukung, terus lelap πŸ˜€
 photo 20160529_090830_zpskazjhils.jpg
Aku agak-agak dalam sejam lebih juga nak sampai FINISH ni πŸ˜€
 photo 20160529_092156_zpsn6hp0xeo.jpg
Pilihan sarapan yang ada tapi sandwich tak diedarkan sebab ada orang complaint bau busuk. Jadinya nasi lemak habis cepat dan aku hanya dapat epal 4 biji 😦

 photo 20160602_191722_zps8gkvyacg.jpg
Dapat 3 lori milo!

Bandung, Indonesia (3 Sept – 6 Sept 2015) part II

Lebih kurang jam 9.30 pagi kami sampai di De’ Halimun Guest House. Transport sepanjang di Bandung, aku menggunakan servis Pak Amin. Aku dapat contact dia melalui blog-blog. Orang rekemen servis Pak Amin sangat bagus. Aku pun malas nak cari lain. Tapi nasib aku tak baik sebab Pak Amin ada trip dari Jakarta ke Bandung sama tarikh aku sampai di Bandung. Jadinya Pak Amin minta orang lain sebagai ganti beliau. Apa nama ntah budak tu aku dah lupa. Senyap budaknya. Banyak benda yang kitaorang tanya dia tak tahu 😦 . Kitaorang hanya jumpa Pak Amin pada hari terakhir sewaktu nak ke airport. Baru jumpa tak sampai 30 minit, aku rasa macam dah kenal berhari-hari. Ramah. Sentiasa senyum. Kita jadi selesa bercakap dengan beliau. Aku rekemen Pak Amin pada kawan dan officemate yang nak ke Bandung selepas trip aku. TernyataΒ  servis Pak Amin bagus. Tak berkira. Banyak informasi yang Pak Amin share dengan client-client beliau.

Untuk penginapan, aku minta Pak Amin yang cadangkan. Mula-mula dengar nama, macamΒ  halimunan apa ni?? Ok ke tak ni?? Aku mula cari maklumat tentang guest house ni di Internet. Majoriti memuji. Yang komen tak bagus cuma part makanan. Aku tengok gambar-gambar bilik dan suasana sekeliling guest house tu macam ok, jadi terus confirm. Malas dah nak cari lain. Untuk transport 3 hari dan penginapan (1 family room 1 standard room) aku bayar RM1100.

De’ Halimun Guest House
Jl. Halimun No.12, Lengkong, Kota Bandung,
Jawa Barat 40262, Indonesia

 photo 20150906_072642_zpsnk2vilwy.jpgDari luar nampak kecil. Rumah ni memanjang ke belakang

 photo 20150906_073547_zpsy4oer74p.jpgDe’Halimun terletak di kawasan perumahan. Nun hujung sana ialah jalan besar untuk keluar ke bandar. Di tepi-tepi jalan sana ada deretan kedai makan. Jadi, tak de masalah kalau lapar malam-malam takde makanan kat bilik πŸ™‚

 photo 20150906_075647_zpsv0lymirx.jpgMeja penyambut tetamu

 photo Dsc_1005_zpsldtl3jjw.jpgBahagian dalam guest house

 photo 20150903_092904_zpsocjknih0.jpg
Standard room

 photo 20150903_092929_zpsxyzwmn2i.jpgRuang makan dan rehat

 photo Dsc_0694_zpszp9gmijo.jpgRuang makan dan rehat

 photo 20150904_071328_zpsdppo2qjt.jpgDapur dan tempat makanan dihidang. Bagi aku, ok je makanan kat sini. Boleh telan, ada rasa πŸ™‚

Kitaorang check-in hari Khamis. Ada 2-3 bilik je berpenghuni. Memang best la buat macam rumah sendiri. Budak kecil 2 orang tu bebas berlari sana-sini. Tiba hari Sabtu, orang ramai dah mula check-in. Wifi pun dah kurang signalnya :D. Famili room besar. Ada 2 katil double dan 1 sofa. Ruang kosong antara katil dan rak tv agak luas, boleh muat 1 toto. Cuma standard room agak sempit. Satu katil double, ruang kosong untuk letak beg dan solat dan 1 meja. Aku suka guest house ni πŸ™‚

2016 calendar

 photo 20160308_095412_zpsavukbulg.jpg

First time print calendar guna photobook software. Nak tunggu yang free je. Kebetulan hujung tahun lepas ada promo, sempat rembat 2. Baru siap 1. Ni dah masuk Mac dah :D. Not bad kualiti kertasnya. Tapi portrait je la yang free. Tak banyak gambar portrait. Untuk ini aku letak gambar-gambar semasa hiking trip.

Rindu sebenarnya ni 😦

 photo 1457413098000_zpswpovclua.jpg