Kerja jari whooz: Project 2 – Scarf

Project 1 – Pawprint Washcloth

Tadaaaa!

Setelah 2 bulan, baru siap. Campur dengan malas, sibuk dan bosan, akhirnya siap jugak.

“H” untuk Huzz bukan Horatio ya 😛

Aku suka design ini sebab nampak cute bulat-bulat kecik-kecik. Patern ni aku ambil dari sini

Cast on 30 stitches.

Row 1:  *Knit 1, purl 1; repeat to end of row.

Row 2:  *Purl 1, knit 1; repeat to end of row.

Repeat Rows 1 and 2 until the scarf is about 60 inches long, or desired length.

Bind off loosely.

Thank you En.Zirafah kerana sudi menjadi model

Next project: selimut baby

Benang untuk next project 😉

Projek 1: Pawprint Washcloth

Aduhhh sakit mata tengok ni. Tapi aku maafkan lah sebab ini hasil knitting pertama aku 😀 . Terlalu excited mengait, sampai tak aware dengan kecacatan yang bakal ditempuhi. Aku ambil corak ni dari sini

Perkara-perkara yang buat sakit mata aku 😀 :

1) Senget
Sepatutnya, washcloth ni memang sesuai untuk beginner sebab ianya sangat simple dan confirm jadi la 4 segi tu. Tapi washcloth yang aku buat ni senget sebab tak berhati-hati dengan kiraan stitch setiap row. Sedar-sedar stitch bertambah. Stitch kat sini aku boleh kata sebagai column lah kalau dibayangkan dalam bentuk grid.

2) Gelembung di beberapa tempat
Ini aku tak pasti kenapa, tapi mungkin sebab bilangan stitch tu jugak rasanya.

3) Corak pawprint tak menjadi (salah satu jari tu macam patah :P)
Corak terhasil berdasarkan susunan knit(K) dan purl(P). Knit: corak timbul, Purl: corak rata. Contoh untuk corak di atas,  susunannya:

Cast on 36 stitches

1-4:  Knit across
5:  k3, p30, k3
6: (and all remaining even numbered rows) knit across
7-8: repeat 5 & 6
9:  k3, p13, k4, p13, k3
11: k3, p11, k8, p11, k3
13: k3, p9, k12, p9, k3
15: k3, p9, k12, p9, k3
17, 19, 21 & 23:  k3, p8, k14, p8, k3
25: k3, p9, k12, p9, k3
27: k3, p10, k10, p10, k3
29: k3, p5, k3, p3, k8, p3, k3, p5, k3
31: k3, p4, k5, p3, k6, p3, k5, p4, k3
33: k3, p3, k6, p4, k4, p4, k6, p3, k3
35: k3, p3, k5, p14, k5, p3, k3
37: k3, p3, k4, p3, k3, p4, k3, p3, k4, p3, k3
39: k3, p4, k2, p3, k5, p2, k5, p3, k2, p4, k3
41 & 43: k3, p9, k5, p2, k5, p9, k3
45: k3, p9, k4, p4, k4, p9, k3
47: k3, p10, k2, p6, k2, p10, k3
49-54: repeat rows 5 & 6
55-57: Knit across
Bind off

Susunan knit(K) dan purl(P) di atas berdasarkan 36 stitch. Kalau ditambah K dan P setiap row jumlahnya 36.

Contoh:
row 9: K3, P13, K4, P13, K3 = 3+13+4+13+3=36

Jadi, bila bilangan stitch bertambah, kalau aku terus ikut susunan di atas, confirm coraknya lari. Kecuali lah kalau aku ubah balik susunan untuk sesuaikan dengan bilangan stitch yang bertambah tu.

4) Bind off
Bind off ni kita buat bila nak tamatkan knitting tu. Kira dah siap lah. Nampak tak ada ekor dan benang lebih kat hujung bertentangan tu. Sepatutnya kena anyam masuk balik dalam border tu, tapi sebab aku tak de jarum yang sesuai, so aku biar je lah dulu.

Next project: Skaf/mafla 😉