Obses Mama

Sejak kena tinggal 2 minggu, Hanaan jadi obses sangat dengan aku. Seminggu pertama dia jumpa aku, dia memang “buli” aku cukup-cukup. Nak aku je dukung dia. Nak aku je mandikan dia. Tak boleh sesaat pun aku hilang dari dia. Kalau tengah tengok TV sama-sama, kemudian aku bangun pergi dapur, berlari dia kejar aku😀 .

Naik kereta sekarang ni susah sangat nak letak dalam baby seat. So aku letak sebelah je. Pulak tu dia bukan nak duduk situ pun. Dia datang duduk kat tengah-tengah, pastu letak kepala atas riba aku. Time manja dia datang, sikit-sikit “nak eluk” (nak peluk)😀. Semua barang dalam kereta tu mama yang punya. Jari tunjuk stereng sebut “mama nye”, tunjuk radio “mama nye”. Memang mencabar aku bawa kereta dalam 2-3 minggu ni.

Mulut dia pulak tak lekang sebut “mama, mama, mama” atau pun “mama hanaan” atau “hanaan mama”😀. Semua barang-barang kepunyaan mama orang lain tak boleh sentuh. Sehinggakan ada satu hari tu aku masak ape ntah tak ingat, husband ambil nak suap dalam mulut. Budak Hanaan ni menjerit “mama nyeeeee!” sambil muka tak puas hati. Pastu membebel apa pun aku tak faham.

Pengalaman kena tinggal 2 minggu betul-betul bagi kesan kat dia. Aku fikir perkara tak besar mana tapi bagi dia itu adalah pengalaman buruk agaknya. Sorry Hanaan😦.

Tapi yang bestnya, disebabkan dia nak melekat dengan aku je, time pergi shopping, dia sangatlah behave duduk dalam troli. Kalau tak sebelum ni, tak sampai 5 minit terus melompat-lompat nak keluar dari troli dan nak jalan (berlari) sendiri😀. Sangatlah tertekan pergi shopping dengan budak kecik ni😛

Larian Milo Breakfast Day 2016

Ahad 29/5/2016 yang lepas, aku sempat join Larian Milo Breakfast Day. My 2nd running event selepas lahirkan Cik Hanaan. First time untuk Mr H dan Cik Hanaan. Aku join ni sebab murah. Rm60 untuk 5 participants. Lagipun 3km je.

Pada hari kejadian, jam 6.00am aku dah kejut Cik Hanaan. Nasib baik dia ok. Ajak dia mandi. Dia angguk je🙂. Pakai baju siap terus gerak ke Putrajaya jam 6.45. Sampai sana jam 7.15am. Dah penuh car park. Hanaan masih mengantuk. Tak nak jalan sendiri. Nak suruh orang dukung. Alaaa😀 Menyesal tak bawa stroller. Memang plan nak bawa tapi nya last minute tertinggal juga. Merasalah dukung berat 11kg. Jauh tempat park kereta dengan starting point depan Perbadanan Putrajaya tu. Nasib ada 2 adik ipar. Gilir-gilir.

 photo 20160529_074516_zpsi63ykzlr.jpgUntuk acara famili run 3km je (fuhh nasib baik 3km je!)

 photo 20160529_074602_zpsdektqa79.jpgMenguap memanjang

 photo 20160529_082129_zpsmru0kpck.jpgPakai bip kat belakang sebabnya dia nak koyak kalau pakai kat depan😀. Jalan lenggang kangkung tak sampai 100m pun kot😀. Baju dan kasut aku memang beli untuk event hari ini (semangat sungguh mama😛 )
 photo 20160529_081835_zpskykyiaf1.jpg
Macam-macam la kerenahnya, nak jalan pimpin dengan aunty lah
 photo 20160529_083847_zpsbbubskpl.jpg
Nak pimpin dengan mama dan abah pulak
 photo 20160529_084516_zpst99rlyxe.jpg
Last-last merajuk tak nak jalan
 photo 20160529_090616_zpseurfatvs.jpg
Lepas merajuk tu, abah dukung, terus lelap😀
 photo 20160529_090830_zpskazjhils.jpg
Aku agak-agak dalam sejam lebih juga nak sampai FINISH ni😀
 photo 20160529_092156_zpsn6hp0xeo.jpg
Pilihan sarapan yang ada tapi sandwich tak diedarkan sebab ada orang complaint bau busuk. Jadinya nasi lemak habis cepat dan aku hanya dapat epal 4 biji😦

 photo 20160602_191722_zps8gkvyacg.jpg
Dapat 3 lori milo!

Bandung, Indonesia (3 Sept – 6 Sept 2015) part II

Lebih kurang jam 9.30 pagi kami sampai di De’ Halimun Guest House. Transport sepanjang di Bandung, aku menggunakan servis Pak Amin. Aku dapat contact dia melalui blog-blog. Orang rekemen servis Pak Amin sangat bagus. Aku pun malas nak cari lain. Tapi nasib aku tak baik sebab Pak Amin ada trip dari Jakarta ke Bandung sama tarikh aku sampai di Bandung. Jadinya Pak Amin minta orang lain sebagai ganti beliau. Apa nama ntah budak tu aku dah lupa. Senyap budaknya. Banyak benda yang kitaorang tanya dia tak tahu😦 . Kitaorang hanya jumpa Pak Amin pada hari terakhir sewaktu nak ke airport. Baru jumpa tak sampai 30 minit, aku rasa macam dah kenal berhari-hari. Ramah. Sentiasa senyum. Kita jadi selesa bercakap dengan beliau. Aku rekemen Pak Amin pada kawan dan officemate yang nak ke Bandung selepas trip aku. Ternyata  servis Pak Amin bagus. Tak berkira. Banyak informasi yang Pak Amin share dengan client-client beliau.

Untuk penginapan, aku minta Pak Amin yang cadangkan. Mula-mula dengar nama, macam  halimunan apa ni?? Ok ke tak ni?? Aku mula cari maklumat tentang guest house ni di Internet. Majoriti memuji. Yang komen tak bagus cuma part makanan. Aku tengok gambar-gambar bilik dan suasana sekeliling guest house tu macam ok, jadi terus confirm. Malas dah nak cari lain. Untuk transport 3 hari dan penginapan (1 family room 1 standard room) aku bayar RM1100.

De’ Halimun Guest House
Jl. Halimun No.12, Lengkong, Kota Bandung,
Jawa Barat 40262, Indonesia

 photo 20150906_072642_zpsnk2vilwy.jpgDari luar nampak kecil. Rumah ni memanjang ke belakang

 photo 20150906_073547_zpsy4oer74p.jpgDe’Halimun terletak di kawasan perumahan. Nun hujung sana ialah jalan besar untuk keluar ke bandar. Di tepi-tepi jalan sana ada deretan kedai makan. Jadi, tak de masalah kalau lapar malam-malam takde makanan kat bilik🙂

 photo 20150906_075647_zpsv0lymirx.jpgMeja penyambut tetamu

 photo Dsc_1005_zpsldtl3jjw.jpgBahagian dalam guest house

 photo 20150903_092904_zpsocjknih0.jpg
Standard room

 photo 20150903_092929_zpsxyzwmn2i.jpgRuang makan dan rehat

 photo Dsc_0694_zpszp9gmijo.jpgRuang makan dan rehat

 photo 20150904_071328_zpsdppo2qjt.jpgDapur dan tempat makanan dihidang. Bagi aku, ok je makanan kat sini. Boleh telan, ada rasa🙂

Kitaorang check-in hari Khamis. Ada 2-3 bilik je berpenghuni. Memang best la buat macam rumah sendiri. Budak kecil 2 orang tu bebas berlari sana-sini. Tiba hari Sabtu, orang ramai dah mula check-in. Wifi pun dah kurang signalnya😀. Famili room besar. Ada 2 katil double dan 1 sofa. Ruang kosong antara katil dan rak tv agak luas, boleh muat 1 toto. Cuma standard room agak sempit. Satu katil double, ruang kosong untuk letak beg dan solat dan 1 meja. Aku suka guest house ni🙂

2016 calendar

 photo 20160308_095412_zpsavukbulg.jpg

First time print calendar guna photobook software. Nak tunggu yang free je. Kebetulan hujung tahun lepas ada promo, sempat rembat 2. Baru siap 1. Ni dah masuk Mac dah😀. Not bad kualiti kertasnya. Tapi portrait je la yang free. Tak banyak gambar portrait. Untuk ini aku letak gambar-gambar semasa hiking trip.

Rindu sebenarnya ni😦

 photo 1457413098000_zpswpovclua.jpg

Bandung, Indonesia (3 Sept – 6 Sept 2015)

Kali terakhir aku pergi bercuti sebelum kahwin ialah trip ke Cameron Highlands. Hiking trip 2013. Lepas bertunang, tak kemana-mana. Nak simpan duit. Lepas kahwin pun tak ke mana-mana. Nak simpan duit + pregnant + malas nak berjalan. Lepas lahirkan Cik Hanaan, aku mula rasa tak kena😀. Lemau rasanya (over sungguh).

AA ada sales. Trip kali ni memang plan nak bawa parents. Sebab aku ingat lagi nak dekat-dekat aku kahwin, abah kata “susah dah la nak berjalan sekali lepas ni”. Time tu dalam hati cepat-cepat kata harap-harap tak lah sampai macam tu🙂

Maka terbanglah kami anak-beranak ke Bandung Indonesia pada 3 Sep 2015. Tepat ulangtahun Cik Hanaan pertama. 6 dewasa, 3 kanak-kanak. Husband Kak Ngah tak ikut. Cikgu sama sekolah, susah nak minta cuti serentak.

Sebelum bertolak, aku google tips nak travel dengan anak-anak. Risau sangat. Antara tips semasa berada di dalam kapal terbang yang aku jumpa dan aku ikut:

  1. Penerbangan awal pagi atau malam (masa anak-anak untuk tidur).
    – Aku beli tiket flight paling awal. Jam 6.50 pagi🙂
  2. Bawa barang atau toys kesukaan yang boleh buat anak-anak leka dan tak meragam. Ramai yang cadang bawa ipad atau gajet-gajet lain.
    – Part ni aku macam risau sebab aku memang tak bagi Cik Hanaan apa-apa gajet pun. Toys aku lupa bawa. Pasrah je la
  3. Pastikan anak-anak kenyang. Kalau tak nanti mengamuk atas kapal terbang sebab lapar.
    – Aku sempat 2 kali menyusukan Cik Hanaan sebelum berlepas. Masa dalam teksi menuju ke airport dan masa kat dalam departure hall. Tapi aku buat jugak susu siap2 dalam botol bawa naik atas kot-kot tetiba dia tak nak susu aku. Tak boleh dijangka ragam anak-anak ni
  4. Pakaikan pakaian tebal. Sejuk kan dalam kapal terbang.
    – Checked!
    Tips lain banyak lagilah. Selain daripada tu, pasrah, cool, dan enjoy the trip!

Park kereta di Putrajaya Sentral. Janji dengan suami pengasuh Cik Hanaan (beliau pemandu teksi) jumpa di sana, jam 4.00 pagi gerak ke airport. Time ni aku ingat Cik Hanaan akan tidur. Cerah bulat lagi biji matanya. Hmm..doa je lah dia tak buat perangai sebab tak cukup rehat.

Sampai KLIA2, tak sempat rehat apa pun, lepas check in bag, terus ke departure hall. Aku bawa stroller. Sebab katanya jauh jugak jaraknya. Ini kali pertama aku naik kapal terbang kat KLIA2. Fuhh nasib baik!. Memang jauh. Lepas Subuh, terus masuk menunggu kat kerusi. Cik Hanaan masih aktif. Berjalan ke sana-sini. Tapi nak dekat-dekat naik kapal terbang tu, dia nak nyusu lah pulak. Bagi botol dia tak nak. Tak sampai 5 minit nyusu, terus pejam. Fuhhh lega giler aku rasa. Jadinya sepanjang perjalanan dari KL – Bandung, Cik Hanaan tidur saja..Heheheh! (mama happy!)

Tapi anak Kak Ngah, Ayriel pulak mengamuk. Tersedar dari tidur. Tak cukup tidur la tu. Bagi apa pun dia tak layan. Ipad Kak Ngah lupa bawak. Sepanjang perjalanan dia menangis main hp menangis main hp. Orang sekeliling dah mula buat bunyi shh..shh..Alaa takyahla kot bershh..shh..Tak kena kat dorang.  Nasib baikla 2 jam perjalanan je kan.

Tiba di airport, Husein Sastranegara, Ayriel masih buat perangai. Lagi kuat jeritnya sebab airport tu kan kecil je. Que panjang pulak. Panas. Tak sedap duduk lah budak tu. Cik Hanaan tidur lagi, tapi masa tengah que tu dia terjaga. Macam nak start buat perangai tapi Mr.H cepat-cepat layan.

Siap semuanya, nampak seorang lelaki pegang kertas nama aku. Ok, lega sangat sebab tak perlu tunggu lama. Naik van terus ke guest house dulu.

Boleh tarik nafas lega untuk seketika🙂

 photo 5764771c-c73d-47e9-9e1b-3bc7764ee125_zps1du0ifuf.jpg

Pengumpul

Cuti CNY yang panjang, aku ambil kesempatan untuk kemas stor. Itupun kena kumpul kekuatan untuk selongkar stor dan kekuatan hati untuk buang barang-barang yang tak guna dah🙂. Kali terakhir aku buang barang-barang dalam stor ialah 2 tahun lepas.

Kemas punya kemas aku terjumpa beberapa barang:

 photo 20160211_091512_zpswapx6jtg.jpg
kepala plug pun aku simpan😛.

 photo 20160211_093054_zpszay6qeyo.jpgMasa aku mula-mula start kerja dulu, memang selalu sangat pergi conference. Dan memang suka sangatlah mengumpul gift dari booth exhibitors. Sekarang soft toys semua ni dah jadi milik Cik Hanaan. Tersengih dia🙂

 photo 20160211_090253_zpsao80iilk.jpgRajin sungguh kumpul botol shampoo atau sabun mandi bila-bila pergi travel. Saja simpan sebab selalunya kat botol-botol ni ada tulis nama hotel. Buat kenangan katanya

 photo 20160211_091233_zps7fstqufh.jpgIni sebenarnya bekas jam tangan. Waktu awal-awal famili berpindah ke Kuantan dulu, aku macam terkena kejutan budaya. Rumah dekat dengan Megamall. Selalu ada artis-artis buat show kat sana. Tak pun ade je pameran2 kat situ. Aku memang tak missed kot pergi memeriahkan suasana😀. Kebetulan satu hari tu tengah ada roadshow promotion movie LOTR. Aku pergilah dengan adik-adik aku. Ada game. Memanah. Kalau tepat dapat hadiah utama, jam tangan. So aku cuba dan aku dapat panah tepat! Maka dapatlah jam ni. Jam aku bagi pada adik aku, Eddy. Tinnya aku simpan. Sayang pulak nak buang

 photo 20160211_092047_zpsgwk12nje.jpgcermin mata Harry Porter. Habis cun dah aku rasa dulu-dulu ni😀

  photo 1_zpss7zhlgbp.jpgBuku ni aku beli di Cameron Highlands. Masa tu pergi bercuti bersama Geng Budak Itam. Tahun kedua mula bekerja. Dalam buku ni aku tulis semua kenangan semasa trip tu. Apsal aku tak tulis dalam blog eh? 2004 aku dah ade blog dah😀

 photo 20160211_092841_zpsjnxql8o8.jpgHobi mengumpul stem. Tapi aku dah simpan semua dalam kotak sebab malas nak lap habuk

 photo 20160211_101302.png_zpswbv41ee7.jpegSewaktu belajar di UUM dulu, aku tinggal sebilik dengan sorang kakak dari Penang. Dia cukup suka pasang lagu-lagu Modern Talking. Sampai aku pun terpengaruh. Pengaruh rakan tak sebaya macam ni lah. Aku pasang kaset ni berulang-ulang kali sampai putus tali kaset. Lepas tu pergi pasar malam beli lagi yang baru.

Aku stop kemas, susun-susun semua balik. Tengok-tengok tak banyak pun barang aku buang. Ade dalam 1 kotak kasut je. Tu pun pen-pen yang aku dapat dari exhibitors. Pen yang dah tak boleh guna. Kalau boleh guna mesti aku masih simpan😀.

Hmmm..susah jadi pengumpul ni….

Gilir

Demi nak mencapai azam tahun ni, di suatu pagi Sabtu, kami suami isteri beserta seorang anak pempuan pergila ke Taman Bukit Jalil untuk bersenam. Malam sebelum tu Hanaan tidur awal. Aku bangun solat Subuh, dia pun bangun. Aku pun terus siap-siapkan dia bawa pergi jogging. Susah nak jumpa hari yang Hanaan bangun awal. Tapi dalam perjalanan ke sana, dia tidur pulak. Haishh susah ni nak kejut nanti bad mood.

Sampai sana dia masih tidur. Kejutkan, angkat terus letak dia atas jalan. Suruh berjalan. Nasib la ok. Excited sangat kalau boleh berjalan. Agak jauh la dia berjalan (berlari sebenarnya). Berpeluh-peluh dahi, kepala, muka😀. Lepas 1 trek yang agak mendaki, Hanaan dah penat. Suruh dukung pulak. Adoiii. Aku malas nak dukung. Dia bantai menangis kat situ😀. Aku pun dukung la. Sampai ke satu kerusi, rehat-rehat minum air, makan biskut. Sementara aku layan Hanaan, husband berlari pusing kolam dekat dengan replika rumah-rumah tu. Husband rehat, turn aku pulak. Ala sempat 2 round je. Hanaan nak suruh aku dukung pulak. Ngada nye laaaa..

Kitaorang pun terus balik.

Aku berkira-kira nak kena buat gilir-gilir lah kalau nak keluar exercise. Sabtu abah jaga Hanaan, mama keluar jogging. Ahad mama jaga Hanaan, abah keluar jogging. Ok tak?

😀

  photo 20160116_082123_zpsrqqdrtop.jpgpenat tau jogging, kita rehat makan biskut dulu🙂