My Ju-on

Ada sahabat pernah nasihatkan aku supaya jangan bawa balik kerja office ke rumah. Aku setuju. Tapi kadang-kadang terpaksa juga. Ini apa yang terjadi masa aku tengah buat kerja tadi. Mula-mula dia kata kaki dia gatal, tangan gatal. Aku pun sapu bedak. Kemudian dia senyap je kat bawah meja. Tengok-tengok dah rupa Ju-on :D. Tak jadi nak marah. Malah offer dia untuk ambil gambar. Bukan main gelak dia tengok gambar dia 😀

hanaan

New Zealand Trip Day 8 (Lake Hawae -Franz Josef)

Lake Hawea – Franz Josef

 photo LH FJ_zpscm2m3i1t.pngSelesai checkout dari Lake Hawea Hostel, kami teruskan perjalanan ke Franz Josef. Perjalanan hari ni pun nak cepat sampai juga sebab plan nak tengok glacier di Franz Josef. Tiap-tiap hari terkejar-kejar masa 😀
 photo Dsc_0577_zpsdivbmdon.jpg
 photo Dsc_0585_zpsooacaynk.jpgSinggah sekejap di Lake Hawea Lookout
 photo Dsc_0600_zpshkmysgfm.jpgSinggah untuk ke toilet, nampak pula view tasik yang sangat cantik 🙂
 photo Dsc_0623_zps7opsdr68.jpgJumpa sungai yang sangat jernih 🙂
 photo Dsc_0641_zps9i6rk4qt.jpgKemudian ternampak signboard waterfall, singgah kejap 🙂
 photo 20160809_114928_zpsj7fh8smh.jpg
 photo 20160809_114140_zpsktrt6fin.jpg
Jambatan Gates of Haast. Di sini sepatutnya boleh nampak air terjun tapi disebabkan musim sejuk, tak de air mengalir pun :D. Ada laluan jalan kaki untuk ke bawah tapi kami tak turun sebab tak de apa nak di lihat

Franz Josef Glacier

Salah satu sebab kenapa kami plan route melalui Franz Josef ialah sebab nak tengok glacier. Tapi glacier yang ada sukar dilihat sebab terlalu jauh. Kebiasaannya bagi mereka yang ada bajet lebih, akan naik helikopter. Bayaran lebih kurang Rm300 untuk 10 minit. Kitaorang pun hampir-hampir nak naik heli tapi last minit ada halangan jadi batal 😦

 photo 20160809_171121_zpsmcd08grp.jpgLaluan dari entrance. Agak-agak ada dalam 3km pergi balik
 photo 20160809_154323_zpso0pioyjh.jpg
 photo Dsc_0688_zps4rh5mipw.jpg
 photo 20160809_161603_zpsbffc1fhj.jpgSampai sini saja. Tengok glacier dari jauh
 photo Img_0920_zpsvyg37ui3.jpgZoom
 photo Img_0921_zpsstslhiep.jpg
 photo Dsc_0672_zps5n4jkttg.jpg
Tak lama pun kat sana sebab hari makin gelap nak hujan. Berlari balik ke van. Terus ke penginapan, Franz Josef TOP 10 Holiday Park and Motels.
 photo 20160809_205112_zps7cvw0sr0.jpgDinner 🙂

New Zealand Trip Day 7 (Te Anau -Milford Sound-Lake Hawae)

Te Anau – Milford Sound

 photo te anau to MS_zps3wnjadul.png

Disebabkan perjalanan hari ini agak jauh, kami beli tiket cruise yang paling awal iaitu jam 9.30 pagi. Seawal jam 6.30 pagi kami dah bertolak dari Te Anau dengan jangkamasa 2 jam akan tiba di Milford Sound. Perjalanan lancar walaupun gelap gelita dan cermin van penuh dengan ais.

 photo Dsc_0532_zpsbzlhu7vb.jpgDari tempat parking menuju ke entrance

 photo Dsc_0537_zpscd1nfwnd.jpgView dari laluan pejalan kaki
 photo Dsc_0527_zpskiyris3p.jpgEntrance

 photo 20160808_092202_zpsigrakvox.jpgKami beli tiket cruise dari Jucy untuk dapatkan diskaun sebab sewa van dari Juicy juga. Ada banyak trip cruise dari company lain. Jucy yang paling murah.
 photo Dsc_0537_zpscd1nfwnd.jpg
 photo 20160808_094301_zpsvmf9r5ua.jpgAda disediakan teh dalam cruise.
 photo 20160808_094149_zpsbozf6kdt.jpg
 photo 20160808_105040_zpswmzvxx9g.jpg

 photo Img_0741_zps95lnedsm.jpgSinga laut sedang berehat

 photo Dsc_0462_zpsptnyeqz3.jpgDolphin!

 photo Img_0720_zpsuhwl9jh8.jpg
 photo Dsc_0459_zpsjptu1f3u.jpg
Memang layanlah lepak atas ni tapi sangat sejuk! Kebas rasa pipi.

Selesai 2 jam, kami mendarat. Cepat-cepat breakfast dan terus gerak ke Lake Hawea. Jauh lagi perjalanan.

 photo 20160808_123422_zpsacuofl3w.jpgTiba di satu bahagian, hanya jalan 1 lorong melalui terowong. Lebih kurang 1km lebih jauhnya. Berpandukan lampu isyarat, kami tunggu turn untuk melalui terowong tu.

 photo 20160808_123536_zpsr3fyojzg.jpgKena stop betul-betul kat situ barulah lampu isyarat aktif

 photo Img_0788_zpswilmdu6d.jpg

 photo Img_0789_zpsxdxivjb3.jpgKenderaan dari arah bertentangan
 photo 20160808_124134_zpsqi0wxsam.jpgDalam terowong

 photo 20160808_124658_zpsiin5u2tq.jpgSelalu sangat ada kejadian salji runtuh di sini, jadi amat penting untuk check road closure sebelum datang ke sini.

Milford Sound – Lake Hawea

 photo MS to Lake Hawea_zps667spha2.png

 photo Dsc_0558_zps4agszvjm.jpgDalam perjalanan jumpa biri-biri dan gunung warna emas

 photo Dsc_0552_zpsvdaxzrwa.jpgTak ingat kat mana tapi view ni sangat ummph!

 photo Dsc_0571_zps3seppdfy.jpg
Kami tiba agak lewat di penginapan, Lake Hawea Hostel. Sebab sejuk sangat, kami request bilik hotel instead of cabin. Maka penginapan di Lake Hawea adalah yang paling mahal. Lebih kurang RM600 :D. Malam tu dinner Maggi Mee. Breakfast esoknya pun Maggi Mee 😀

New Zealand Trip Day 6 (Queenstown-Te Anau)

Queenstown Top 10 Holiday Park
 photo 20160806_202830_zpstrse9ues.jpgDinner. Kobis kecil (brussel sprouts), Ayam bakar, cendawan dan labu bakar. Labu bakar ni sedap! First time juga merasa. Potong kiub , jangan buang kulit. Susun atas tray, tabur garam dan pepper dan letak butter sikit. Bakar.
 photo 20160807_085000_zpsrgzcihfs.jpgKabin kecil je.Toilet kat luar. Sejuk gedik la pergi toilet
 photo 20160807_073844_zpsoxatmgxq.jpgView depan kabin. Tak nak balik!
 photo 20160807_075959_zpsnvjknpbb.jpgRuang dapur
 photo 20160807_075941_zps0lc9jhlf.jpgBreakfast, roti telur 🙂

Queenstown Skyline  photo Dsc_0425_zpscowlyt1h.jpg
 photo Img_0608_zpsza6u7hji.jpg
 photo 20160807_101507_zpsqp8r9obr.jpgSelesai breakfast, kami terus ke Queenstown Skyline. Kena naik kereta kable untuk naik ke atas
 photo Img_0601_zps3qujnavo.jpg
 photo Dsc_0393_zpsz4qdlhi5.jpg
 photo 20160807_100404_zpsarwtdyec.jpg
 photo 20160807_102237_zpsipbyx16w.jpgKemudian naik chairlift ni ke atas lagi
 photo Img_0614_zpsw49hza7t.jpgTujuan utama datang Skyline ni untuk naik benda LUGE ni lah 🙂
 photo Dsc_0396_zpsvesk5jcj.jpg
 photo Dsc_0392_zpsinetkxbg.jpgTrek
 photo Img_0620_zpshgbrzgn6.jpgTeringin jugak nak naik ni
 photo 20160807_100429_zpszuiiabjq.jpg
 photo Dsc_0413_zpsqz2unr3a.jpgView dari atas
 photo IMG-20160808-WA0035_zpsdggjte8o.jpg
Kami sudah!

Queenstown – Te Anau
 photo queenstown to te anau_zpsf5gtyk9w.png
 photo Dsc_0436_zpsxc1zvlyo.jpg
 photo Dsc_0431_zpsmwqgnqcw.jpgPermandangan dalam perjalanan ke Te Anau
 photo 20160807_161757_zpsysxoi5yl.jpgKami tiba di pekan Te Anau lebih kurang 3 jam perjalanan. Singgah di information centre untuk dapatkan maklumat terkini sama ada jalan ke Milford Sound dibuka atau akan ditutup esok hari. Staff kat situ kata buka tapi kami boleh dapatkan update daripada tempat penginapan, Te Anau Top 10 Holiday Park.
 photo Img_0682_zpsrdkuu6j3.jpg
 photo 20160807_164707_zps34omvlw3.jpg
 photo 20160807_164735_zpsorehdovw.jpgSelesai check-in, kami jalan-jalan di kawasan sekitar. Cantik sungguh tempat ni. Sayang tak boleh lepak lama-lama
 photo 20160807_172105_zpsrumlev73.jpgParking
 photo 20160807_172330_zpsuw9scew7.jpgTempat penginapan. Kiri kanan adalah bilik. Tengah-tengah tu dapur dan laundry
 photo 20160807_182523_zpsor2ulb0l.jpg
 photo 20160807_173351_zpsmsbdbg5w.jpgTempat rehat, makan, dan dapur. Selesa :).
 photo 20160807_194425_zps8j1eyke6.jpgDinner malam tu

Malam tu kami tidur awal sebab esoknya kami kena bertolak ke Milford Sound seawal jam 6 pagi. Sebab dah beli ticket cruise jam 9.30 pagi

New Zealand Trip Day 5 (Dunedin – Queenstown)

Dunedin Holiday Park
 photo 20160806_081425_zpsjwj0rfvc.jpg
 photo 20160806_083525_zps8q2nghxk.jpg
 photo 20160806_072912_zps3mrczwi5.jpg
Dapur tak sempat guna pun sebab malam dinner di luar. Breakfast pula masak maggi mee saja dalam bilik.
 photo 20160806_081456_zpspuxk2aqq.jpg
 photo 20160806_085254_zps2gztrst7.jpg
Kabin kecil
 photo 20160806_084817_zpsoohxxyao.jpg

Dunedin – Nugget Point Lighthouse

 photo dunedin nugget point_zpsosaizwjx.png

 photo 20160806_093642_zpsvofarfqe.jpg
Selesai breakfast, kami terus ke Countdown untuk top-up barang-barang yang hampir nak habis. Perjalanan hari ini agak jauh. Dunedin ke Queenstown. Sebelum tiba di Queenstown, kami pergi ke Nugget Point Lighthouse terlebih dahulu. Salah satu destinasi wajib :). Kami tak sempat langsung nak jalan-jalan kat Dunedin. Tak sempat nak pergi tengok universiti, tengok stesen keretapi, Baldwin street yang sangat curam tu dan banyak lagi tempat lain. Ok, next time! 😀

 photo Img_0511_zps9wjb2kv8.jpgSejam lebih perjalanan kami sampai di Nugget Point Lighthouse

 photo 20160806_122333_zpsqecr6pol.jpg
Car Park

 photo Dsc_0303_zpsf350jzyb.jpg
Berjalan mendaki agak-agak 1km jugak
 photo Dsc_0306_zpsipz86bc0.jpg

 photo Dsc_0314_zpsir0oi1zw.jpg

 photo Dsc_0319_zpsldgbttjl.jpg
Inilah ketulan-ketulan nuggets 🙂

Nugget Lighthouse – Queenstown

 photo nugget point to queenstown_zpsooeedx71.pngTak lama pun di Nugget Point Lighthouse. Kami terus ke Queenstown.

 photo Dsc_0358_zpsh4rafd7u.jpg

Sampai di Queenstown, kami ke Below 0 Ice Bar.
 photo Dsc_0352_zpsldwcnrt6.jpg
 photo Dsc_0357_zpsunooitqg.jpg
 photo Dsc_0349_zps4z9p2cpu.jpgDi Below 0 Ice Bar ni semua barang termasuk cawan diperbuat dari ice. Sudah minum boleh pecahkan 😀
 photo Dsc_0365_zpsy1v5j4es.jpgTak lama pun kat Ice Bar, sejuk sangat!. Keluar jalan-jalan area bandar kejap then terus ke Queenstown Top 10 Holiday Park.

New Zealand Trip Day 4 (Mt Cook – Dunedin)

Aoraki Mt Cook

 photo 771c123a-c509-4c44-aa8e-e4e50c21792d_zpshlzixyxj.jpg

 photo Dsc_0156_zpsa2b7vis8.jpg Ruang makan dan dapur di Alpine Lodge. Sangat selesa.

 photo food mt cook_zpsmxexxhhx.jpgDinner makaroni, sup keledek dan chicken wings

 photo 20160805_085857_zpstgeody2c.jpgBreakfast dengan sup ubi keledek. Habiskan yang semalam punya. First time makan ni, sedap. Cara nak buat: Rebus halia dan ubi keledek. Tambah gula perang secukup rasa. Masak hingga empuk. Memang boleh panaskan badan.

 photo 20160805_091537_zpsfkqwhrbb.jpg

 photo 20160805_091530_zpsgfx8ieot.jpgPermandangan pagi. Seluruh jalan dipenuhi salji. Mula terfikir nak kena pakai snow chain atau tidak. Kami tengok kereta lain tak pakai pun. Jadi kami pun tak pakai. Jika keadaan buruk akan ada papan-papan tanda disepanjang jalan menyuruh pemandu memasang snow chain pada kenderaan masing-masing. So far takde dan van boleh bergerak seperti biasa.

Mt Cook – Dunedin

 photo 2016_10_10_16_38_27_Aoraki_Mount_Cook_National_Park_to_Dunedin_New_Zealand_Google_Maps_zpsm1z1gxhu.png

 photo IMG_0386_zpskbelr5yz.jpg

Sekali lagi kami lalu Lake Pukaki yang biru turquoise warnanya. Sebelum sampai ke Dunedin, kami singgah di Kaitiki Lighthouse terlebih dahulu. Salah seorang dari group ni peminat peguin. Di Kaitiki Lighthouse memang boleh nampak penguin tapinya waktu tertentu sahaja. Kami mencuba nasib 😀

 photo Dsc_0232_zpslt5drwlf.jpg
Tiba di Omarama, nampak tugu biri-biri ni. Stop la kejap

 photo Dsc_0198_zps2zih73is.jpg

 photo Dsc_0202_zpsh2xgjacb.jpgKemudian stop di Twizel for coffee, toilet dan isi minyak. Sukalah pekan Twizel ni. Kecil tapi semuanya ada.

 photo 20160805_134924_001_zpsiicnfsfd.jpg

Stop bergambar lagi 🙂

 photo IMG-20160804-WA0014_zpswwus9i5m.jpg
Dah nak sampai ke Kaitiki Lighthouse, kami tersalah jalan pula. Dekat je pun cuma tersalah masuk simpang. Bila dah sedar jalan mati, kami pun cuba uturn ke jalan besar. Malangnya tayar van terlekat di tanah lembut. Panic giler sebab tempat tu langsung tak de orang. Yang ada rumah buruk dan cafe yang tak de orang. Sunyi sepi. Kat bawah bukit sikit ada bot. Kebetulan sebelum datang ke NZ ni, aku ada terbaca kisah satu pasangan ni yang tayar van dorang jugak terlekat di tanah lembut. Tapi nasib dorang baik sebab tanah tu tanah laman rumah orang. Jadi tuan rumah tu tolong.
Dalam gambar tu kami cuba korek tanah yang terlekat di tayar menggunakan hiking stick yang sepatutnya guna di Mt Cook dengan harapan tayar kurang licin dan boleh gerak tapi tak boleh juga. Tiba-tiba hujan pulak. Sedang berusaha keluarkan tayar dari situ, datang satu mini lori. Terus minta tolong dia tarik van dengan lori dia. Berjaya! Aku lupa dah nama dia tapi dia gelak je tengok kami tersekat :D.

 photo 20160805_162727_zpsx4c50pyz.jpg
Habis rosak tanah orang

 photo Dsc_0296_zpsfl5gzffa.jpg

 photo Dsc_0293_zpsjizssx9n.jpg

 photo Dsc_0294_zpsw2ju4dxe.jpg

 photo Dsc_0270_zpsgeyzxsv0.jpg

 photo 20160805_165651_zps8jk0q7nu.jpgDalam kurang 10 minit kami sampai di Kaitiki Lighthouse. Ada 1 kereta je di car park. Kami tak lama pun kat sini sebab masih ada lebih kurang 1 jam untuk sampai di Dunedin dan hari makin gelap. Kawan aku kata dia nampak penguin tapi kitaorang tak percaya sebab dia sorang je yang nampak 😀

 photo 20160805_195745_zpsofegq0bt.jpg
Kitaorang sampai Dunedin dalam jam 7pm dan terus pergi dinner kat luar. Harini janji jumpa kenalan salah seorang dari group aku ni yang menetap di sana. Kami order pizza salmon (sedap tak terkata), seafood dan ayam. Selesai dinner pergi ronda-ronda Dunedin kejap. Tak lama pun sebab suhu terlalu sejuk. Masing-masing macam nak demam dah

 photo 20160805_211940_zpsv4bvhqgt.jpg
Dunedin dari atas bukit

New Zealand Trip Day 3 (Lake Tekapo – Mt Cook)

Lake Tekapo Holiday Park

 photo 3a6bc5b4-1969-44e6-a303-438e3e0d570d_zpshpkgh3za.jpgIni dapur di holiday park. Lengkap dengan semua peralatan.

 photo 20160803_200700_zpswtbxth6g.jpgMalam tu kami goreng kobis dan bakar chicken wing sahaja.

 photo 20160804_073432_zps6ulhqyp5.jpg
 photo Dsc_0046_zpsyxpskxdk.jpgMalam tu salji turun lebat. Ini pengalaman pertama aku tengok salji. Best!

 photo 20160804_084418_zpsdkehfh0v.jpgNak pergi ke dapur nak prepare breakfast. Salji turun lagi, stop kejap ambil gambar :). Masak Maggi je 🙂

 photo 20160804_084501_zpsbkgno893.jpgBangunan yang dekat dengan tong sampah tu ialah dapur dan toilet

 photo 20160804_095932_zpsfitldwgj.jpg
 photo 20160804_094703_zpshgwofi4b.jpg
 photo 20160804_094010_zps8xsmugck.jpgSampai semalam tak sempat nak round kawasan. Ada taman permainan juga kat sini. Sepatutnya kena lepak lama lagi tapi masa tak cukup. Barulah boleh menikmati permandanagn Lake Tekapo yang sangat memukau. Kami kena gerak cepat ke Mt Cook. Sebab kononnya nak hiking 😀

Lake Tekapo – Mt Cook

 photo 2016_10_10_12_21_28_Lake_Tekapo_New_Zealand_to_Aoraki_Mount_Cook_National_Park_Google_Maps_zpsarwonrfm.png

Sepatutnya kami akan singgah di Church of Good Shepherd, tempat orang ambil gambar cantik-cantik tu. Tapi sebab risau lambat sampai di Mt Cook, kami tak singgah :(.

 photo Dsc_0081_zpsdpzbkyxt.jpg

 photo Dsc_0084_zpsjefmhlvl.jpg

 photo 20160804_113623_zpsrljcb10j.jpgSepanjang perjalanan ke Mt Cook, beginilah permandangannya 🙂

 photo Dsc_0143_zpskfvztviu.jpg

 photo ee4ce2d2-7573-4f1d-8832-500ba9602d3a_zpsb2zgqsdw.jpg
Singgah sekejap nak ke toilet di Lake Pukaki (kalau tak silaplah).

 photo 20160805_101801_zpsqxfnfe97.jpgSebelum tiba di penginapan di Mt Cook, kami ternampak signboard ini. Ini adalah jalan yang sepatutnya kami lalu untuk ke White Horse Hills Campground, tempat permulaan trekking di Hooker Valley. Kecewa sebab pagi tu kami dah check road closure cuma tak check jalan-jalan kecil macam ni. Kecewa lagi sebab kami tak singgah Church of Good Sherpard sebab nak jimat masa untuk trekking :(. Dua-dua melepas, maksudnya kena datang lagi 😀

 photo 20160804_134639_zpsiw06lyw7.jpgKami terus ke information centre dan nampak announcement ini. Actually kami masih boleh meneruskan misi untuk trekking tapi kami tak study jalan kampung tu dan tak tau macam mana rupanya. Senang cerita masing-masing tak nak ambil risiko.

 photo 20160804_175150_zpsubqigr1t.jpg

 photo 20160804_131629_zpswwmhlwbu.jpg

 photo 20160804_142045_zpsaqppqywi.jpg

 photo 20160804_140421_zpscvullnto.jpg

 photo 20160804_145036_zpsrlsl1qya.jpg

 photo 20160804_141737_zpst4vscpso.jpg

 photo 20160804_140415_zpsrm7vaf9p.jpg

 photo 20160804_142847_zps70l1ixn9.jpgJadinya, sementara menunggu masa untuk check in jam 2 pm, kami berfoto-foto, main salji dan habiskan masa di information centre yang ada kat situ.
 photo 20160804_172913_zpsae7mlzeb.jpgJalan-jalan habiskan masa di Sir Edmund Hilary Alpine Centre

 photo 20160804_172439_zpsjwsghj94.jpgDi antara bahan pameran yang menarik minat di Sir Edmund Hilary Alpine Centre. Last hiking trip pada umur 90!

 photo Img_0357_zpsrby5bgwd.jpgShopping di Sir Edmund Hilary Alpine Centre

 photo 20160805_094001_zps0strhem6.jpgLebih kurang jam 3 pm, kitaorang check-in dan siap-siap untuk masak. Bilik kat sini NZD164/night

New Zealand Trip Day 1 & Day 2 (Auckland – Christchurch – Lake Tekapo)

Aku dah rajin sikit ni nak update pasal trip ke NZ. Harapnya sampai habis la 🙂

Jom!

Auckland-Christchurch

 photo 20160802_134338_zpswakm9rjv.jpg

 photo 20160802_173603_zpsfsgmwwpv.jpgBermalam di Auckland 1 malam di Ibis Budget Hotel Auckland. Jalan kaki dalam 15 minit dari Auckland Airport. Tapi dengan beg segala tu nak dekat 30 minit jugak. Sampai je kat hotel, kami nampak troli airport tersusun di tempat park kereta :D. Nak marah diri sendiri rasanya :D. Bilik hotel kecik sangat. 1 Queen bed, 1 bunk bed. Berhampiran dengan pasaraya Countdown. Harga lebih kurang NZD112/night.

 photo 20160802_212157_zpsy3p61jlm.jpgFlight Jetstar ke Christchurch keesokkan paginya jam 6.45 pagi. Kitaorang ambil shuttle bus NZD5/person dari hotel ke airport. Mesin tiket ada di sebelah receptionist hotel.

 photo 20160803_050556_zpsadlf4skk.jpgSurau di domestik airport di tingkat 1. Dalam peta macam senang je nak cari. Tapi punyalah susah. Rupanya terselit di lorong-lorong.

Christchurch – Lake Tekapo

 photo 2016_10_10_11_44_06_Christchurch_New_Zealand_to_Lake_Tekapo_New_Zealand_Google_Maps_zpsuohvuwy8.png

 photo 20160803_084523_zpsvb7synjx.jpgTiba di Christchurch Airport jam 8.10 pagi. Guna free phone di airport tu untuk call Jucy Car Rental minta dorang datang ambil kitaorang ke office Jucy.

 photo 20160803_091715_zpsdzdx5cq5.jpg

 photo 20160803_091730_zpsh7cztp4c.jpgLama jugak urusan nak ambil campervan kat office Jucy tu. Ada demo untuk pasang snow chain. Kitaorang sewa jugak snow chain sebab dijangka sepanjang minggu kat di South Island tu, akan turun salji dengan lebat. Siap semua angkut beg masuk dalam campervan, kitaorang gerak ke McD dulu beli minuman panas. Sejuk sebab hujan tak henti-henti sejak dari airport. Aku drive untuk trip ke Lake Tekapo ni.

 photo Dsc_0004_zps7c9my7jo.jpgIni Jucy Condo yang kami guna sepanjang di South Island. Berkenan betul dengan van ni. Warna yang terang dan gambar perempuan seksi :D. Dalam van ni ada segala macam, sofa bed, kelengkapan tidur, dapur, fridge, sinki, pinggan mangkuk segala barang :D. Harga NZD757 untuk 9 hari.

 photo 20160803_114230_zps5ctaqqku.jpgSeterusnya kitaorang ke pasaraya Countdown untuk beli barang-barang masak.

 photo fde1b0df-7ed9-4091-a914-3dd93223f202_zpsmcxuneat.jpgDah sampai NZ ni, benda pertama yang dicari mestilah kambing biri-biri kan. Dah katanya populasi biri-biri lebih banyak dari manusia :D. Ini kami jumpa sebaik sahaja keluar dari bandar Christchurch.

 photo bc176b50-a22c-4952-b0df-cbf09db29199_zpstctyjbqh.jpgDah mula nampak view macam ni dah. Aku bawa van pun excited sangat.

 photo eb19dd3c-ac0f-4307-8560-63e53e396248_zpsauhqsirf.jpgHaiwan paling cantik yang kami jumpa :). Camera friendly kot dorang ni. Kitaorang stop nak ambil gambar gunung, tiba-tiba 4 ekor ni datang interframe :D. Comel! Pulak tu tak berganjak langsung. Sehingga kami naik van semula baru 4 ekor ni beredar. Ini Llama kan?

 photo 3ae7db24-b1c8-4704-941a-dc93f5e98620_zpskxjaxnrv.jpgIni jambatan 1 lorong pertama yang kami jumpa. Arrow merah bermaksud kita kena stop untuk beri laluan kenderaan dari arah bertentangan (arrow hitam) lalu dahulu.

 photo 20160803_144309_zpsxs7w7tbd.jpgKira-kira sejam lebih perjalanan , kitaorang berhenti di Geraldine Information Centre. Untuk makan dan ke toilet. Sempat juga aku pos poskad dari sini. Poskad berharga NZD0.60, setem NZD2.20

 photo Img_0229_zpstso5jjjg.jpgPokok kering, tasik, gunung dan salji. Perfect!

 photo Img_0204_zpsuyhils8s.jpg

 photo 20160804_073014_zpspkhvu15l.jpg
Hampir 4 jam perjalanan, kami sampai di Lake Tekapo Motels & Holiday Park. Ini view depan cabin kami. Salji!!!

 photo 20160804_073150_zpsgnqaxo19.jpg
Yang warna kuning tu kabin kami. Harga NZD139/night

Pantai Bagan Lalang

 photo 1475630205000_zpsumnabe58.jpgHappy betul Cik Hanaan hujung minggu lepas. Sabtu main dengan Kakak Iris dan Ayriel. Ahad main air kat Pantai Bagan Lalang. Kamu memang berhak untuk berasa gembira sepanjang masa. Maafkan mama jika ada masa kamu terpaksa bersedih 😦

Ahad, cuti Awal Muharram aku ajak husband dan Eddy pergi camping di Pantai Bagan Lalang. Lama dah nak camping, tapi asyik tak de masa. Bawa 20 ketul ayam untuk dibakar, nasi sebekas, roti dan bihun goreng sebekas.

 photo 20161002_170235_zpsoiudiae8.jpg

Ramai sungguh orang. Ada yang bercamping dari semalam. Maybe “checkout” harini. Aku sampai sana dalam jam 11. Kebetulan ada tempat kosong, terus pasang khemah. Dalam khemah masih ada sisa pasir. Mungkinkah pasir Pantai Bagan Lalang yang aku datang beberapa tahun dahulu dengan GGK? 😀

 photo IMG_20161002_122939_zpswdodxeq0.jpg

Ini pengalaman pertama Cik Hanaan berkhemah. Suka je dia keluar masuk pintu khemah. Time dia basah, aku suruh dia duduk luar. Ok je dia lepak-lepak depan pintu khemah sambil jenguk-jenguk aku kat dalam 🙂 . Ok next time kita cuba bermalam pulak ye.

 photo IMG_20161002_190312_zpsrh97cnpd.jpg

Kami lepak kat sana sampai Asar. Jam 6.00 ptg pergi ke HM Bagan Lalang untuk makan seafood. Kalau ikut plan asal, aku nak beli seafood dan balik bakar kat khemah. Tapinya ayam yang 20 ketul tu tak habis dimakan, jadi malas pulak nak pergi beli lauk basah. Order lauk sahaja sebab masing-masing tak nak makan nasi dah. Ikan jenahak bakar so-so saja. Yang sedap siput pepahat cili, udang butter dan kepah serai 🙂

 photo 20161002_174813_zps444nyo43.jpgCik Hanaan dah bad mood sebab letih main air. Langsung tak tidur hari tu

Putrajaya Skyride Festival Park – SkyKids

Last week, bila Kak Ngah bagitau nak datang KL dan nak bawa budak-budak pergi main, aku blank sebab tak tau nak bawa pergi mana. Mulalah search on internet dan jumpa macam-macam. Kebanyakkan nya berbayar dan mahal :(. Ada la free macam taman permainan kat KLCC , Tasik Titiwangsa, Tasik Perdana dll. Tapi aku malas nak masuk KL. Malas nak bersesak.

Cari punya cari jumpa tempat ni di Putrajaya. Tak pernah datang sini. Rupanya kat sini tempat orang naik belon udara panas tu. Pernah nampak belon udara panas dari jauh je. Kitaorang sampai dalam jam 2.30ptg. Tak de orang pun. Ada bahagian-bahagian ditutup under maintenance. So aku tak dapat nak cerita apa yang best kat sini :D. Kitaorang pergi sana pun sebab ada satu bahagian untuk kanak-kanak, SkyKids. Bayar RM10 untuk 2 jam. Parents tak perlu bayar. Memang best giler lah budak bertiga tu sebab tak de orang lain pun main kat situ :D. Ada macam-macam barang permainan kat dalam tu. Beraircond pulak. Bagi aku tempat ni sangat OK. Parents boleh lepak luar sambil tengok anak-anak sebab dindingnya kaca. Kat luar tu pun ada buaian dan pondok boleh lepak-lepak.

 photo 1475630329000_zpsuhy7gxpa.jpgbahagian luar SkyKids

 photo 1475630480000_zpsq0ikzmsz.jpgbahagian dalam SkyKids

 photo 20161001_152506_zpsz7dp5aji.jpgada jual aiskrim dan barang-barang permainan juga

Selesai kat situ, kitaorang pergi solat dan lepak kejap kat dataran depan masjid. Dalam masjid pun ada kawasan untuk anak-anak bermain. Memang suka hatilah budak-budak tu. Non stop bermain. Bertenaga betul. Masa lepak kat dataran kena paw dengan budak-budak ni pulak :P. Kebetulan ada orang menjual barang mainan kat tepi kereta aku 😦

 photo IMG_20161001_183151_zpsdapz5bh8.jpg

Iris, anak sulung Kak Ngah, tak habis-habis cakap bestnye duduk KL. Ada banyak permainan :D. Senang kan dorang ni berhibur. Tak perlu ke tempat mahal-mahal pun. Taman permainan kat tepi rumah pun dah happy sesangat :). Tapi kalau dapat pergi Disneyland tu kira rezeki lah 😀