Bandung, Indonesia (3 Sept – 6 Sept 2015)

Kali terakhir aku pergi bercuti sebelum kahwin ialah trip ke Cameron Highlands. Hiking trip 2013. Lepas bertunang, tak kemana-mana. Nak simpan duit. Lepas kahwin pun tak ke mana-mana. Nak simpan duit + pregnant + malas nak berjalan. Lepas lahirkan Cik Hanaan, aku mula rasa tak kena :D. Lemau rasanya (over sungguh).

AA ada sales. Trip kali ni memang plan nak bawa parents. Sebab aku ingat lagi nak dekat-dekat aku kahwin, abah kata “susah dah la nak berjalan sekali lepas ni”. Time tu dalam hati cepat-cepat kata harap-harap tak lah sampai macam tu 🙂

Maka terbanglah kami anak-beranak ke Bandung Indonesia pada 3 Sep 2015. Tepat ulangtahun Cik Hanaan pertama. 6 dewasa, 3 kanak-kanak. Husband Kak Ngah tak ikut. Cikgu sama sekolah, susah nak minta cuti serentak.

Sebelum bertolak, aku google tips nak travel dengan anak-anak. Risau sangat. Antara tips semasa berada di dalam kapal terbang yang aku jumpa dan aku ikut:

  1. Penerbangan awal pagi atau malam (masa anak-anak untuk tidur).
    – Aku beli tiket flight paling awal. Jam 6.50 pagi 🙂
  2. Bawa barang atau toys kesukaan yang boleh buat anak-anak leka dan tak meragam. Ramai yang cadang bawa ipad atau gajet-gajet lain.
    – Part ni aku macam risau sebab aku memang tak bagi Cik Hanaan apa-apa gajet pun. Toys aku lupa bawa. Pasrah je la
  3. Pastikan anak-anak kenyang. Kalau tak nanti mengamuk atas kapal terbang sebab lapar.
    – Aku sempat 2 kali menyusukan Cik Hanaan sebelum berlepas. Masa dalam teksi menuju ke airport dan masa kat dalam departure hall. Tapi aku buat jugak susu siap2 dalam botol bawa naik atas kot-kot tetiba dia tak nak susu aku. Tak boleh dijangka ragam anak-anak ni
  4. Pakaikan pakaian tebal. Sejuk kan dalam kapal terbang.
    – Checked!
    Tips lain banyak lagilah. Selain daripada tu, pasrah, cool, dan enjoy the trip!

Park kereta di Putrajaya Sentral. Janji dengan suami pengasuh Cik Hanaan (beliau pemandu teksi) jumpa di sana, jam 4.00 pagi gerak ke airport. Time ni aku ingat Cik Hanaan akan tidur. Cerah bulat lagi biji matanya. Hmm..doa je lah dia tak buat perangai sebab tak cukup rehat.

Sampai KLIA2, tak sempat rehat apa pun, lepas check in bag, terus ke departure hall. Aku bawa stroller. Sebab katanya jauh jugak jaraknya. Ini kali pertama aku naik kapal terbang kat KLIA2. Fuhh nasib baik!. Memang jauh. Lepas Subuh, terus masuk menunggu kat kerusi. Cik Hanaan masih aktif. Berjalan ke sana-sini. Tapi nak dekat-dekat naik kapal terbang tu, dia nak nyusu lah pulak. Bagi botol dia tak nak. Tak sampai 5 minit nyusu, terus pejam. Fuhhh lega giler aku rasa. Jadinya sepanjang perjalanan dari KL – Bandung, Cik Hanaan tidur saja..Heheheh! (mama happy!)

Tapi anak Kak Ngah, Ayriel pulak mengamuk. Tersedar dari tidur. Tak cukup tidur la tu. Bagi apa pun dia tak layan. Ipad Kak Ngah lupa bawak. Sepanjang perjalanan dia menangis main hp menangis main hp. Orang sekeliling dah mula buat bunyi shh..shh..Alaa takyahla kot bershh..shh..Tak kena kat dorang.  Nasib baikla 2 jam perjalanan je kan.

Tiba di airport, Husein Sastranegara, Ayriel masih buat perangai. Lagi kuat jeritnya sebab airport tu kan kecil je. Que panjang pulak. Panas. Tak sedap duduk lah budak tu. Cik Hanaan tidur lagi, tapi masa tengah que tu dia terjaga. Macam nak start buat perangai tapi Mr.H cepat-cepat layan.

Siap semuanya, nampak seorang lelaki pegang kertas nama aku. Ok, lega sangat sebab tak perlu tunggu lama. Naik van terus ke guest house dulu.

Boleh tarik nafas lega untuk seketika 🙂

 photo 5764771c-c73d-47e9-9e1b-3bc7764ee125_zps1du0ifuf.jpg

Terbang lagi!

Kali ni banyak makanan aku bawa 🙂 . Yang bestnye, aku baru terjumpa dengan vacuum bag (kiri dalam gambar) di sebuah kedai travel di Loke Yew. Sangat terbukti menjimatkan ruang. Beg plastik yang dilipat dua tu terdiri daripada 1 baju sejuk, 1 trench coat, 1 kemeja, 1 seluar jeans, 5 tshirt, 1 long john, 2 helai seluar tidur, 1 inner, sepasang glove dan 1 shawl.

Nervous sket nih, tak habis pun belajar Japan 101 nih. But excited!

See you!

Makan je lah kerjanye

Ini adalah unofficial office dinner. Email tanya sapa nak pergi, last sekali 17 orang confirm nak pergi. So kami 4 kereta ke Bagan Lalang 06/12/2010 lepas.

Teringin lama dah nak gi Bagan Lalang ni. Kata orang tempat best nak makan seafood selain Kuala Selangor. Tapi sebab jauh sangat tu yang postpone dulu. Google sana sini, last-last decided nak makan di HM Sri Bagan. Aku buat reservation untuk 17 orang dan request nak view yang paling cantik di situ 😀 . Directionnye, sampai je di pantai bagan lalang tu, nanti jumpa simpang 3, ambil kanan. Terus saja sampai jalan mati. Di hujung jalan itulah letaknya restoren terapung ni. Sebelum pergi makan kami ke Golden Palm Tree Resort dulu. Dari simpang 3 tu, ke kiri dan terus sampai jumpa chalet-chalet terapung. Cantik! Pergi jumpa guard minta nak masuk jalan-jalan. Guard bagi pass dan masuklah kami meninjau kawasan.

big boss kata really need to hire staff lelaki lah 😀

us jalan-jalan

the chalet

kitaorang tak boleh lalu jalan ni sebab dah disewa untuk outdoor photoshoot pengantin

lepak, cool 🙂

Ok, lepas ambil angin di Golden Palm Tree Resort ni, kami terus ke HM Sri Bagan. Tokei dah call pun, apsal tak sampai-sampai lagi ni :). Kitaorang memang dapat port cantik punya :).

meja makan kitaorang menghadap view ni, cantik kan?

Untuk dinner tu kitaorang order pepahat masak cili, lala masak halia, siakap 3 rasa, pari bakar, tomyam campur, sotong goreng kunyit, udang butter, kailan ikan masin, kangkung belacan dan otak-otak. Nak order ketam, tapi mahal sangat. Total price rm510 :). Seorang dalam rm30. Mahal ke murah?

Ini je makanan yang sempat aku snap, lapa sangat. Suka sangat pepahat (gambar paling besar tu)

senarai harga seafood

Siap makan jam 8 malam. Perjalanan balik ambil masa dalam 1 jam 30 minit. Sampai rumah terus siap-siap untuk menu piknik esok hari. Makan lagi. Tunggu next entry 😉

Cuti-cuti: Rompin (1/01/2010-3/01/2010)

Bukannya holiday yang super best tapi cukuplah untuk lari dari hiruk pikuk ibu kota yang tak pernah padam itu (ayattttt!) . Dari KL pukul 8.30 pagi menuju ke Senawang, terus ke Kuala Pilah, terus ke Muadzam dan sampai la aku dan kakak di Kuala Rompin jam 1 tengah hari. Ngam-ngam lunch siap terhidang. Dari Senawang ke Kuala Pilah, aku lalu jalan baru Bukit Putus. Memang totally ‘putus’ lah bukit tu 😀 . So tak de pening-pening lalu jalan bengkang bengkok. Tapi jalan Bukit Putus tu masih ada la, ada orang nak guna lagi ke? Atau tempat untuk drift 😀 . Sampai di penghujung jalan baru tu, jumpa kawasan rekreasi Ulu Bendol dan Gunung Angsi (ooo kat situ rupanya G.Angsi).

Aku suka jalan ke Kuala Pilah. Kiri kanan kawasan rumah kampung. Ada rumah Minang cantek gilerrr. Diorang cat rumah tu, sebijik macam replika. Dengan laman rumah yang bersih, rasa macam nak pergi main teng-teng je depan rumah tu. Sori tak de gambar sebab aku belum belajar untuk jadi kameraman berani mati snap gambar ketika driving. Tapi aku perlahankan sketla kereta sebab nak sightseeing la konon dan akibatnya kereta-kereta kat belakang bengang sebab jalan agak berliku susah nak potong aku 😛 .  Sebelum sampai ke bandar Kuala Pilah, aku nampak signboard ke Istana Seri Menanti. Wahh rasa macam nak belok masuk je. Aku memang suka tempat-tempat bersejarah gitu. Tapi sebab memikirkan, perjalanan tak tau berapa jauh lagi kan, so tak de singgah pun. Maybe next time. Lawatan sambil belajar 😉 .

Jalan dari Kuala Pilah ke Rompin, AMAT bosan. Melalui felda yang berapa banyak felda tu,kiri kanan ladang kelapa sawit. TAPI in between tu kan, aku perasan kawasan hijau sebijik macam kat New Zealand! (macam la aku pernah pergi New Zealand ). Siap ada lembu-lembu putih sedang meragut rumput dan berehat-rehat okay. Gambar tak de la, cakap pun tak guna kan. Next time lah, tapi tak taulah next time tu lembu-lembu tu ada lagi ke tak.

Dipendekkan cerita, aku sampai di Kuala Rompin dengan selamat. Takde apa sangat buat kat sana. Pergi beli udang galah, makan laksa/laksam/cucuq ubi/ais kacang tepi Pantai Hiburan dan dinner di One Seafood Restraunt. Hasilnya, aku balik KL, berat aku bertambah 2 kg. Sekian.

kedai makan tepi Pantai Hiburan

layang-layang berdating di Pantai Hiburan

beli udang galah di rumah Mak Ngah